TERUJA mahu menjadi individu pertama mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Sabtu, seorang pemimpin sayap parti yang bertanding telah memuat naik status berkongsikan kertas undinya. Malah, dia turut memaparkan parti pilihannya walaupun perbuatan itu menyalahi undang-undang dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR 1954). ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Gambar Kertas Undi Menyalahi Undang-Undang - SPR Jika menangkap gambar sudah menjadi kesalahan, menyebarkannya juga pasti dikenakan hukuman yang lebih berat. Malah kesalahan itu telah diperuntukkan sekian lama dalam enakmen undang-undang negara, namun masih terdapat rakyat Malaysia tidak mengetahuinya. Menerusi perkongsian yang dibuat itu, pemilik akaun Facebook, Mohd Azam Mektar dipercayai memuat naik kertas undiannya selepas membuang undi di PRN Johor yang dipercayai dibuat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar. Netizen meminta pemilik akaun memadam statusnya. Perbuatan itu dilakukan mungkin disebabkan ketaksubannya terhadap parti yang diikuti berikutan hantaran statusnya turut menyatakan 'Contohi saya jangan bazirkan undi anda. Setiap undi sangat berharga'. "Langkah kanan. Alhamdulillah selesai memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat," katanya yang memuat naik status kira-kira pukul 8.30 pagi, Sabtu. Ekoran itu, perkongsian yang dibuatnya itu dikongsi lebih 40 pelayar Facebook. Bagaimanapun, dia dikecam sekumpulan netizen, malah kebanyakannya menyifatkan tindakan tersebut sebagai bodoh dan mahukan 'habuan' jika ahli politik yang diundi menang. Antara reaksi netizen selepas melihat perkongsian tersebut. Beberapa netizen juga membuat hashtag PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). "Delete (padam) bang gambar undi," kata Ahmad Zhafri Md Noor. "Bro, kertas undi tidak boleh ambil gambar dan tunjuk. Ini adalah kesalahan serius," Elson Tiow "Delete segera gambar kertas undi tu!!!," Mohd Ridzuan Mhd Zolkafli. "Gambar undi tu jangan ditunjukkan bang... karang jadi isu lain pula. Walaupun dah tahu abang undi yang mana... tapi biarlah ia menjadi rahsia," Adi KandarmStar telah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohd Azam tetapi masih belum tidak mendapat respons daripada kedua-dua pihak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI