suria

Bapa cuak terima gambar kepala anak berdarah hari pertama ke tadika... kecewa guru hanya minta maaf di WhatsApp, langsung tak tanya khabar

Aisy dikatakan enggan pergi ke sekolah semula selepas kejadian itu.

TAWAKAL dan berserah.

Itulah perasaan ibu bapa setelah menghantar anak mereka ke tadika atau sekolah untuk belajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini menangis hantar anak ke tadika... mahu bina semula keluarga buat kali ketiga! - "Ini jalan terbaik"

ARTIKEL BERKAITAN: "Ambil balik anak puan, dia ni peliklah" - Ibu sedih baca mesej cikgu selepas 2 hari hantar anak ke tadika, terselit hikmah walau terpaksa berhenti kerja

Apatah lagi jika anak mereka masih kecil pastinya ia mengundang rasa bimbang memikirkan keselamatan mereka.

Turut merasai pengalaman ini, Mohd Asraf Firdaus, 25, yang menghantar anaknya, Muhammad Aisy Firash berusia empat tahun ke sebuah tadika buat pertama kalinya.

Namun, menurut Asraf, setelah beberapa jam anaknya di tadika yang enggan dinyatakan lokasinya, dia menerima panggilan daripada seorang guru anaknya.

"Lepas je hantar Aisy ke tadika saya terus ke hospital Terengganu sebab isteri ada appointment check kandungan dia tapi tak sampai tiga jam tinggalkan anak, tiba-tiba ada banyak call masuk. Bila saya jawab, cikgu terus cakap kepala Aisy berdarah terhantuk pintu sebab berlari.

"Perasaan saya masa tu sangat terkejut bila dapat gambar kepala Aisy berdarah. Hari tu pula pertama kali saya hantar Aisy ke tadika. Sebelum ni dia ke taska sejak umur dua tahun. Itu pun pernah ada kemalangan cumanya saya tak nak uar-uarkan kejadian di taska cawangan sama tu.



Aisy merupakan anak sulung Asraf dan pasangannya.

"Asalnya cikgu minta datang segera tapi saya tak dapat datang. Lepas tu saya dah call Tokma (nenek kepada Aisy) untuk ambil dan bawa ke hospital," jelas Asraf.

Bercerita lanjut, Asraf dan isteri telah memutuskan untuk membatalkan temu janji dengan doktor lalu bergegas ke hospital di mana Aisy dirawat.

Sejurus tiba di Hospital Dungun, Terengganu, dia melihat di tepi kiri sebelah mata Aisy sudah bertampal.

Cikgu Aisy ada minta maaf melalui WhatsApp selepas hantar gambar tu. Saya tak balas mesej tu sebab keadaan masa tu dah tergopoh-gapah dan kelam-kabut.

ASRAF

"Rasa nak luruh jantung bila tengok anak macam tu. Sebak, kecewa dan sedih semua ada masa tu. Saya buka bahagian tampal untuk tengok luka dengan empat jahitan itu.

"Ya Allah, sikit lagi nak terkena mata Aisy. Kalau betul terkena di bahagian mata macam manalah keadaan dia. Saya tak dapat nak bayangkan masa tengok tu.

"Selepas kejadian itu, dua hari Aisy demam dan terpaksa makan ubat untuk hilangkan rasa sakit dan meracau. Dia dah tak nak ke tadika tu lagi. Setiap hari kami pujuk tetapi dia tak nak sampai nangis-nangis," ujar Asraf mengenai anak sulungnya itu.



Keadaan kepala Aisy yang berdarah dikatakan terlanggar pintu di tadika.

Menurut Asraf yang berniaga pakaian bundle di live TikTok, kejadian itu lebih mengundang rasa terkilan apabila melihat cara pemilik tadika berkenaan menguruskan hal itu.

Bercerita lanjut mengenai video dimuat naik sehingga menjadi tular, jelasnya kemalangan itu sebenarnya berlaku lima hari lalu.

Tambah Asraf, dia tidak mahu mengaibkan atau memalukan mana-mana pihak, cuma mahu jadikan ia sebagai peringatan juga pengajaran kepada semua pihak sahaja.

"Cikgu Aisy ada minta maaf melalui WhatsApp selepas hantar gambar tu. Saya tak balas mesej tu sebab keadaan masa tu dah tergopoh-gapah dan kelam-kabut.



Foto Aisy setelah menerima empat jahitan di kawasan luka.

"Tapi selepas tu tak ada contact dah. Saya saja diamkan diri sebab nak tengok effort cikgu nak mengakui kesilapan tapi respons yang saya terima sangat mengecewakan. Saya berdiam diri bukan bermaksud sombong tetapi nak tunggu inisiatif pemilik tadika berkenaan beri penjelasan atau tunjuk rasa bimbang dan bersalah saja.

"Sepatutnya hari pertama kanak-kanak di tempat baru cikgu kena alert sebab mereka tentu sekali excited. Jadi macam mana boleh terlanggar pintu tu. Lepas beritahu pasal kemalangan, dia terus diam. Dah lima hari, cikgu masih tak ada contact untuk tanya khabar tentang perkembangan anak," ujar Asraf menamatkan bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain