suria

Kecoh kes Tangmo Nida, anak imbas misteri kehilangan bapa di tasik! Sampai sekarang tak percaya mati sebab lemas walau mayat ditemui terapung

Wan sukar percaya bapanya mati sebab terjatuh ke tasik,

KES kematian pelakon popular Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong merupakan satu kemalangan menurut Ketua Polis Thailand, Suwat Jangyodsuk.

Bagaimanapun, mayatnya yang dijumpai dalam keadaan terapung dI Sungai Chao Phraya masih menjadi tanda tanya dan menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat atau mereka yang mengikuti perkembangan kes kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan-rakan sering kata 'muka sama' sejak dulu, 'Tangmo Nida' versi berhijab terkesan kisah kematian aktres Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Timbul spekulasi baharu, Tangmo Nida dipaksa layan nafsu lelaki VVIP sebelum jatuh bot

Ketika kes ini masih belum reda, tular pula kisah kematian seorang lelaki yang diceritakan semula oleh anak sulungnya, Wan Nur Zaratul Aieza Wan Zuraini, 23, yang percaya bapanya tidak meninggal dunia kerana lemas.

Wan Nur Zaratul Aieza yang mesra disapa Wan mengakui kes kematian Tangmo menyebabkan dirinya terimbas kembali kes kematian bapanya yang didakwa hampir sama.

"Sebenarnya bukan tak nak cerita tapi kes ni dah lama. Masa tu saya baru berumur enam tahun dan adik saya baru tiga tahun. Ibu saya pula tengah mengandung lima bulan.

"Hari terakhir sebelum ayah ‘pergi’ sepatutnya dia hantar mak pergi klinik buat check-up tapi dia minta ibu pergi sendiri. Ibu pun OK saja pergi sendirian.



Keratan akhbar kisah ayahnya yang dikatakan mati lemas.

"Macam biasa ibu akan sediakan minuman untuk ayah setiap pagi sebelum pergi kerja. Tapi pelik sikit bila dia tak minum pula pagi tu," jelasnya mengimbas kembali kisah bapanya yang hilang pada 17 Februari 2005.

Menurut Wan yang berasal dari Sik, Kedah ini, bapanya ada memberitahu ibu bahawa dia sedikit kelam-kabut mengejar masa kerana pelanggan yang mahu menyewa bot sudah menunggunya.

Jelas Wan lagi, pada masa itu ibunya berasa sedikit hairan melihat kelakuan bapanya yang mana tindak tanduknya pada hari itu amat berbeza dengan hari-hari biasa.

Ibu Wan memberitahu, walau sesibuk mana sekali pun, bapanya yang membuka bisnes sewaan bot kepada pelancong di Tasik Beris, Sik sentiasa akan menjamah atau makan sarapan pagi sebelum pergi kerja.

Perkongsian Wan pada video seterusnya menceritakan semula bagaimana bapanya hilang selama empat hari sebelum ditemui terapung tetapi sehingga kini dia tidak percaya bahawa bapanya terjatuh dalam tasik dan mati lemas.

"Pada hari pertama dan kedua, pasukan penyelam tidak menjumpai apa-apa bukti yang ayah lemas atau jatuh tenggelam. Pasukan penyelamat bomba, polis dan penyiasat semua tetap jalankan pencarian sampailah hari ayah dijumpai iaitu pada hari keempat.

"Polis siasat semua kawan yang ada masa tu seramai lima orang. Saksi (kawan-kawan ayah) pada hari kejadian beritahu ayah tengah mandi sambil cuci bot kemudian tiba-tiba hilang.



Wan menceritakan semula kisah yang berlaku ketika dia berusia enam tahun menerusi TikTok.

"Kalau fikir logik tak kan boleh hilang macam tu je. Bot yang terakhir dia naik pun hilang juga. Tapi bot tu dijumpai semula berada 300 meter jaraknya dengan kawasan dikatakan ayah jatuh. Jadi saya tak percaya yang ayah mati lemas," ujarnya.

Bercerita lanjut, mayat bapanya akhirnya dijumpai dalam keadaan yang sadis oleh datuknya sendiri pada hari keempat ketika waktu subuh.

Namun Wan berkata, keadaan mayat pada ketika itu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

"Masa waktu subuh tu atuk tengah cuci muka, tiba-tiba dia nampak ada benda terapung dekat permukaan air kira-kira jaraknya lebih kurang 100 meter jadi atuk terus pergi dekat tempat tu dan tengok rupa-rupanya tu mayat ayah.

"Tapi yang agak pelik apabila mayat ayah tak kembang sikit pun. Tak mungkin dalam masa empat hari dalam air tak kembang langsung. Cuma banyak kesan lebam sampaikan mata pun macam dipukul oleh objek keras. Kepala ayah pula berdarah, bibir bengkak dan kaki pun kecut ibarat macam kita main air dalam tempoh agak lama saja.

"Kes tu sampai sekarang belum selesai. Kawan-kawan dia yang terlibat dan akrab dulu dengan keluarga pun dah tak bertegur," jelasnya sedikit kesal.



Tangkap layar kisah yang diceritakan semula oleh Wan.

Berikutan kejadian yang disyakinya sebagai kes bunuh, dia berasa sedikit terkilan kerana marasakan tiada pembelaan sewajarnya pada zaman itu, tidak seperti zaman kini.

Bagaimanapun Wan mendoakan bapanya akan mendapat keadilan dan pelaku akan menerima balasan jika tidak di dunia tetapi di akhirat kelak

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain