INSIDEN tragis yang berlaku pada Khamis di mana sepasang suami isteri maut kerana terkena renjatan elektrik, benar-benar mengejutkan masyarakat. Difahamkan pasangan yang berusia 35 tahun dan 40 tahun dari Taman Puncak Teringkap, Cameron Highlands, itu meninggal dunia berpunca daripada alat pemanas air di bilik mandi. Ketika kejadian, mangsa wanita terbabit cuba membantu suaminya yang terkena renjatan elektrik ketika mandi menggunakan pemanas air. ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan menyelamat tidak berjaya... suami, isteri maut terkena renjatan elektrik pemanas air ARTIKEL BERKAITAN: Gitaris Eddy Malmsteen meninggal dunia terkena renjatan elektrik ‘water heater’ Dia bagaimanapun tidak berjaya berbuat demikian dan turut terkena renjatan, sebelum rebah di bilik mandi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ini bukanlah kejadian pertama membabitkan situasi yang sama sehingga mengorbankan nyawa, justeru secara tidak langsung ia mengundang rasa bimbang kepada rata-rata individu yang menggunakan alat pemanas air. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang jurupendawaian eletrik PW4, Mohamad Arif berkongsi panduan dan tip untuk menyelenggara serta memastikan alat pemanas air sentiasa selamat untuk digunakan. "Bagi mana-mana rumah yang ada ada water heater (pemanas air), pastikan setiap minggu tekan butang test Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dekat water heater tu boleh trip atau tidak. Contoh di mana kabel panas dan terbakar, justeru penghuni rumah dinasihatkan untuk kerap memeriksa kotak fius utama. "Kebanyakkan kes macam ni sebab ELCB tu tak berfungsi dah. Jadi 'on' suis current still ada walaupun current leaking, sepatutnya 'on' dia terus akan trip," tulisnya menerusi satu bebenang di Twitter di akaun @arepletrik. Menurut Mohamad Arif, penghuni rumah juga disarankan untuk menekan butang ELCB di kotak fius utama rumah setiap bulan atau dua minggu sekali untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Kes yang berlaku baru-baru ini di mana sepasang suami isteri maut terkena renjatan berpunca daripada alat pemanas air. "Function dia bila ada litar pintas, perkakas elektrik yang leakage current, ia akan trip. "Jika ia tidak berfungsi, bila anda tekan dia takkan trip atau tekan dia jadi kosong sahaja. Oleh itu wajib diganti sebab boleh terbakar disebabkan high amp, kabel jadi panas dan akan cair sebab tak ada tripping," terangnya. Tabung air dalam water heater adalah tembaga, air dipanaskan dekat dalam tabung air tembaga tu, baru keluar ke shower. Jika current leakage, ia akan jadi kes macam ini. MOHAMAD ARIF Mohamad Arif turut menerangkan bagaimana renjatan elektrik daripada alat pemanas air boleh berlaku sebagaimana kes-kes sebelum ini. "Bagaimana air boleh ada electric current? Sebab tabung air dalam water heater adalah tembaga. Air dipanaskan dekat dalam tabung air tembaga tu, baru keluar ke shower. "Tembaga adalah bahan pengalir elektrik dan air pun sama. Jika current leakage, ia akan jadi kes macam inilah," ulasnya. Mohamad Arif merupakan seorang jurupendawaian eletrik PW4. Dalam perkongsian yang sama, Mohamad Arif turut memuat naik video mengenai cara-cara untuk memeriksa alat pemanas air supaya ia berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Sehingga kini ciapannya meraih lebih 6,500 ulang kicau di Twitter. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kerana dapat mempelajari sesuatu yang baharu hasil perkongsiannya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI