suria

Doktor nak potong tapi 30 tahun lelaki ini sanggup jalan ‘kaki terbalik’... isteri tak pernah anggap OKU, panjat pokok kelapa pun boleh!

Kanan Shuhada (kanan) bersama suami di hospital, kiri suami menjalani pemeriksaan kaki. Gambar kecil kaki dicucuk besi selepas pembedahan.

KEADAAN kaki kiri seorang lelaki yang kelihatan 'terbalik' dan dicucuk besi seperti menjalani pembedahan ternyata menggemparkan ramai.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, rata-rata netizen menyangka lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat kemalangan jalan raya.

Bercakap kepada mStar, isteri kepada lelaki berkenaan, Siti Nurshuhada Ismawadi bagaimanapun tampil menjelaskan keadaan suaminya itu bukan disebabkan kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat dengan lelaki OKU, kini dah pun jadi suami... isteri jual produk herba demi 'mata batu' - "Nampak sikit senget, ingatkan tanda lahir"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menangis dimaklumkan suami kemalangan, sukar percaya ada seorang manusia baik sanggup bantu dari A-Z tanpa diminta

Wanita berusia 31 tahun berkata, sebaliknya ia berlaku semasa suaminya, Shamsul Zufahemi Yusof, 32, mengalami jangkitan di kaki hingga menyebabkan demam panas sewaktu kecil.

"Suami saya jadi macam tu bukan sebab kemalangan. Tapi masa dia demam panas masa umur dua tahun dan ada jangkitan pada tulang kaki.

"Kaki suami bernanah dan tulang kaki patah, menyebabkan kakinya tidak lagi normal dan membengkok," katanya ketika dihubungi.

Selain dilahirkan daripada keluarga susah sekali gus menyukarkannya untuk menjalani rawatan, Shuhada memberitahu suaminya juga sering dimaklumkan bahawa kaki kirinya perlu dipotong.

kaki terbalik 1

Shuhada (kiri) dan suami berkahwin pada 12 Februari 2021.

Namun segalanya berubah selepas dia sendiri dimasukkan ke hospital pada Ramadan tahun lalu kerana mengalami penyakit batu karang di hempedu.

"Masa saya nak discaj dari hospital, seorang doktor bedah ortopedik tawar suami untuk lakukan pembedahan bagi meluruskan kaki dia tanpa perlu dipotong.

"Selama ini kebanyakan doktor cadangkan suami supaya potong kaki. Suami pula sukakan sesuatu yang baharu, jadi sekurang-kurangnya dia mencuba sebelum mengalah.

"Walaupun dia berjalan 'tempang' kerana panjang kaki yang tidak sama, suami tetap berjalan seperti orang lain... dia tak mahu pakai tongkat atau kerusi roda," ujarnya yang berasal dari Kuala Berang di Hulu Terengganu, Terengganu.

kaki terbalik mainpic 5

Kaki kiri suami Shuhada dimasukkan besi.

Shuhada yang berkahwin pada 12 Februari 2021 dan mengenali suaminya sejak 2012 berkata, dia sentiasa menyokong suami yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).

"Saya tak anggap suami OKU kerana dia ada banyak kelebihan sampaikan saya sendiri tak mampu buat. Panjat pokok kelapa pun suami boleh. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

"Dan saya bersyukur dan terharu keluarga menerima dia seadanya. Suami begitu penyayang dan mengambil berat," katanya sambil menambah suaminya yang bekerja secara sambilan dalam bidang teknologi maklumat (IT) sentiasa mengutamakan keluarga.

Saya tak anggap suami OKU kerana dia ada banyak kelebihan sampaikan saya sendiri tak mampu buat. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

SITI NURSHUHADA ISMAWADI

Menurut Shuhada yang bertugas sebagai kerani, suaminya telah menjalani pembedahan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di Serdang, Selangor, awal minggu ini.

"Sebelum ini suami dah lalui beberapa follow up sejak tahun lalu. Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan dan kini dalam proses pemulihan," katanya.

kaki terbalik mainpic 4 W

Suami Shuhada kini dalam proses pemulihan.

Shuhada berkata, kos pembedahan kaki termasuk penggunaan besi melibatkan kos lebih RM25,000 di mana ia ditanggung dengan status sebagai pemegang kad OKU termasuk faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Doktor kata pembedahan ni untuk luruskan kaki yang bengkok sebelum tumbuh tulang baru. Kami difahamkan, ia akan mengambil masa dua tahun sebelum pembedahan seterusnya.

"Saya harap keadaan suami bertambah baik, insya-Allah. Suami isteri perlu sokong antara satu sama lain demi kebahagiaan bersama," katanya yang berkongsi video suaminya selepas pembedahan menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih tiga juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain