suria

Hangus RM16,000! Tertarik dapat habuan lumayan, jejaka ini pinjam mak ayah labur sejumlah wang... padahnya scammer lesap

SEMAKIN hari semakin ramai individu yang sanggup lakukan apa sahaja jenis pekerjaan demi mencari wang.

Dalam pada itu, scammer atau agensi yang menjalankan taktik penipuan mengambil kesempatan untuk menipu demi mendapatkan wang secara haram dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris hangus RM10,000! Wanita ini hampir gadai barang kemas gara-gara taktik baru scammer... data peribadi tepat, confident level penipu sampai ke langit

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pemilik akaun @aboiii98, dia telah mengalami kerugian hampir RM16,000 akibat mempercayai individu yang mengiklankan kerja di laman Facebook.

"Pada 14 Mac lalu, ketika berada di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Saya berhubung dengan seorang wanita yang mengiklankan kerja berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. Saya dapat nombor contact dia pun setelah menekan pautan WhatsApp pada iklan kerja tu.

"Setelah berbincang mengenai kerja yang harus dilakukan, saya bersetuju menerima satu tugasan daripadanya. Saya buat kerja ni sebagai pendapatan sampingan saja.

"Tugasan pertama saya untuk membeli beberapa produk di Shopee. Saya telah dijanjikan dengan keuntungan 10 peratus hasil daripada setiap pembelian tu," jelasnya.

Difahamkan, jejaka ini pada keesokannya telah ke pusat beli belah MyTown, Cheras di ibu negara untuk melakukan transaksi pembelian itu.



Gambar laporan yang dibuat oleh mangsa ditipu oleh scammer.

Menceritakan pengalaman yang dilalui, dia telah membuat pembelian dua produk iaitu pelitup muka dan tetikus (gaming mouse) di laman Shopee masing-masing bernilai RM85 dan RM330.

"Pembayaran dibuat ke akaun bank CIMB milik seorang wanita ini. Setelah itu, saya dapat pulangan wang dengan jumlah sama serta komisyen sebanyak RM41.50 bagi dua produk tersebut.

"Saya kemudiannya diarah membeli beberapa produk lain sebagai tugasan seterusnya. Saya telah membuat pembayaran lima produk bernilai RM15,593 ke dua akaun bank di mana pemiliknya adalah nama dua wanita yang berbeza," ujarnya.

Berkongsi cerita lebih lanjut, jejaka malang ini menjelaskan semua modal serta komisyen yang dijanjikan untuk tugasan kedua bagaimanapun tidak dibayar.

Sehingga kini, jejaka ini telah memuat naik laporan polis di Twitter di mana dia masih belum menerima apa-apa bayaran dari pihak tersebut.

"Saya syak saya telah ditipu. Saya mengalami kerugian sangat besar. Habis semua simpanan saya telah keluarkan. Saya siap pinjam lagi RM8,500 lagi daripada sepupu dan ibu bapa.

"Saya harap kamu semua boleh ambik ikhtibar dari apa yang berlaku dekat saya. Nanti free saya buat cerita semua dari A sehingga Z. Sekarang ni saya lemah tak tahu nak buat apa dah," tulisnya pada satu ciapan di Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, pelayar Twitter lain turut berkongsi pengalaman sama sambil memuat naik tangkap layar mesej taktik penipuan yang diterima.



Tangkap layar penerangan berkenaan penipuan yang dilakukan oleh scammer.

"Modus operandi mereka akan start dengan barang murah and give you the commission and your money. Then barang mahal, you won't get your money back.

"WEIII I KENA SEJIBIK LIKE THIS!! Sumpah they spent on ads on Instagram, Facebook and TikTok also dah ada! Promising daily income and wfh and flexible hours so I bodoh I lost more than that too!!

"Have to be careful guys. Nowsday memang banyak offer part time job macam ni tapi last-last kena scam. Ada sama kes ni juga from TikTok. Even Instagram story pun mereka buat macam ni untuk advertise pastu last-last scammer. Don't trust OK,” komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain