SUDAH lumrah seseorang yang bergelar ibu sememangnya tidak lepas daripada sikap suka membebel. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak ada melakukan kesilapan atau sengaja 'mengundang penyakit', maka pastinya bebelan si ibu makin menjadi-jadi sebagaimana kisah wanita ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman sosial, wanita tersebut sempat merakam gelagat ibunya yang tidak henti-henti berleter ketika menghantar makanan kepadanya yang sedang menjalani kuarantin di bilik, sekali gus mengundang tawa warganet yang terhibur dengan tingkah dua beranak berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bebel anak membazir beli hadiah mahal... gelagatnya selepas balik rumah memang comel - “Mak tekan lama...” ARTIKEL BERKAITAN: Anak kena bebel dengan bapa guna elaun pertama beli hadiah, tapi mak bocor rahsia perkara sebaliknya - “Koyak banyak kali tetap hantar jahit” Berkongsi cerita dengan mStar, Yang Chik Anum Tasrip berkata dia mendapat tahu dirinya dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian kendiri sebelum ke pejabat, pada Khamis minggu lalu. "Selalu saya akan hantar mama pergi office. Mama bekerja sebagai Personal Assistant di sebuah pasar raya di USJ. Bila buat ujian dan keputusannya positif, respons mula-mula saya macam 'alamak aduh!' dan kemudian terus panggil mama time tu dia tengah nak siap-siap juga. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya cakap 'mama i got bad news' dan dia respond 'kau dah kenapa?'. Saya beritahu yang saya positif. Start situlah dia membebel dekat saya. Respon pertamanya tu tak bagi muka kesian langsung sebab salah sendiri juga kan tak reti duduk rumah. Itulah biasa mak-mak kan," kata wanita yang senang disapa sebagai Anum ini. Masih lagi sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya, Anum berkata dia bersyukur kerana ibu dan ibu saudaranya yang tinggal bersama di bawah satu bumbung menunjukkan keputusan negatif. Kelihatan garang pada luaran, namun Anum berkata ibunya seorang yang sporting dan ceria. "Sepanjang kuarantin, mama dan ibu (ibu saudara) yang jaga saya. Ibu yang selalu akan masakkan manakala mama akan hantar makanan dan ubat. Rutin pun tak banyak pun sebab sepanjang kuarantin, saya stay bilik je. Hanya keluar ke toilet sahaja. "Asal keluar bilik je mama dah bersuara 'nak pergi mana tu?'. Mama suruh duduk dalam bilik saja," kata wanita berusia 25 tahun ini dari Klang, Selangor ini. Mengulas perwatakan ibunya, Siti Rohana Hairullah, 49, Anum berkata wanita tersebut seorang ibu yang sangat sporting dan berjiwa muda meskipun kelihatan garang pada luarannya. Anum merupakan anak sulung daripada dua adik beradik. "Mama memang jenis sporting sebenarnya, tak adalah garang sangat... jenis happy go lucky. Tapi waktu dia memang betul-betul serious tu lebih baik jangan bersuara. Kalau tengok character dia sebenarnya bukan tipikal ibu-ibu. Mama ada special character yang susah nak jelaskan," ujarnya yang bekerja sebagai ejen insurans. Tidak menyangka perkongsiannya meraih melebihi 700,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Anum berkata dia terharu apabila membaca komen-komen netizen yang memuji serta mengkagumi keakraban hubungan dengan ibunya. "Ramai yang puji mama cantik dan nampak muda. Ada juga cakap macam Korean. Sedih juga bila ada reply, dia teringat memori dengan arwah mak dia. Saya faham bagaimana rasanya sebab saya pun kehilangan ayah. ANUM "Tapi ada pula cakap tak respect mama bila tengah membebel tu boleh gelak. Bagi saya, ia bukan tak respect tapi itu moment yang kelakar. Ada masa kita serious, ada masa kita kelakar-kelakar juga... kadang-kadang orang macam tak faham. "Tapi sedih juga bila ada reply, dia teringat memori dengan arwah mak dia. Saya faham bagaimana rasanya sebab saya pun kehilangan ayah. Ayah meninggal ketika saya berumur 19 tahun, waktu tu saya belajar diploma di UiTM Machang. Ayah 'pergi' sebab serangan jantung," ujar anak sulung daripada dua adik beradik ini. Tambahnya lagi, kehilangan insan bergelar ayah membuatkan dirinya lebih menghargai setiap detik dengan satu-satunya orang tua yang masih ada ketika ini. Anum (kiri) bersama keluarga besarnya. "Nak bermanja sekarang tinggal mama, jadi sedaya upaya hargai mama... hanya nak cipta memori dengan mama. Waktu-waktu ini saja nak bermanja berlawak dengan mama sementara dia masih ada. "Buat mereka di luar sana, dengarlah cakap mak walaupun kita sebagai anak kadang-kadang tak dengar. Hargai mereka sebaik mungkin, beri yang terbaik untuk mak kita bila besar dan berkerja... kita balas balik segala pengorbanan mereka," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI