suria

Minta tester dah 3 kali tapi langsung tak beli, peniaga biskut raya sekolahkan pelanggan keturunan 'Haji Bakhil'... asyik nak free je!

Percubaan kali ketiga pelanggan tersebut untuk meminta tester biskut raya akhirnya menerima padah apabila dia diberi teguran 'makan dalam' oleh peniaga.

TATKALA melangkah ke 10 hari terakhir bulan Mac, semangat untuk menyambut kehadiran Ramadan semakin berkobar-kobar.

Selain teruja menantikan bulan mulia itu, ada dalam kalangan kita yang sudah rancak melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka diraikan pada awal Mei depan.

Apabila bercerita mengenai Aidilfitri, biskut raya merupakan antara elemen penting yang wajib ada bagi memeriahkan lagi sambutan hari mulia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puncanya larangan ziarah raya... keluarga ini ada cara rare rai lebaran di rumah sendiri, siap cetak QR Code MySejahtera lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kecil sampai besar, baju raya satu keluarga wajib ‘sama sebiji’.. semua kena ikut citarasa bos! - “Pernah mak pilih, ayah tak berkenan”

Di laman Facebook, seorang peniaga biskut raya tampil meluahkan rasa terkilan apabila ada pelanggan yang seolah-olah mahu mengambil kesempatan ke atasnya.

Seperti kelaziman, peniaga menyediakan tester biskut raya untuk dicuba pelanggan sebelum mereka membuat tempahan atau pembelian.

Namun, pelanggan tersebut sudah dua kali diberi tester tetapi tidak pernah membeli biskut raya dengannya.

seller 3

Biskut raya menjadi elemen wajib setiap kali tiba Aidilfitri.

Percubaan kali ketiga pelanggan tersebut untuk meminta tester biskut raya akhirnya menerima padah apabila dia diberi teguran 'makan dalam' oleh peniaga tersebut.

"Boleh dapatkan tester dulu tak sis? Saya nak rasa dulu la. Sis hantar dekat rumah saya boleh?" soal pelanggan itu menerusi mesej WhatsApp.

Peniaga itu sempat memohon maaf sebelum dia berleter panjang lebar kepada pelanggan berkenaan.

Dan ni dah kali ketiga sis minta tester. Dulu dah dua kali saya bagi tester coklat. Sis tak beli pun.

PENIAGA BISKUT RAYA

"Sebelum tu saya minta maaf. Jangan buat peniaga macam ni. Tester pun ada modal. Minyak kereta pun kena isi.

"Sebalang tu tak mahal pun sis, RM29," ujarnya.

Dalam mesej sama, peniaga tersebut turut menasihati pelanggan berkenaan agar tidak meminta-minta, sebaliknya memberikan sokongan buat insan sepertinya.

"Dan ni dah kali ketiga sis minta tester. Dulu dah dua kali saya bagi tester coklat. Sis tak beli pun.

seller 2

Jualan biskut raya sudah 'meriah' biarpun belum memasuki bulan Ramadan lagi.

"Maaf sekali lagi. Janganlah buat benda ni kat seller. Kami keluarkan modal beli kat founder. Tolong la support sikit. Asyik nak free je," tulis peniaga itu lagi.

Paparan mesej WhatsApp itu ditularkan menerusi laman Facebook Viral Muafakat Johor dan turut dibanjiri hampir 500 komen netizen.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan peniaga tersebut dan berharap orang ramai tidak mengambil kesempatan ke atas golongan itu.

"Dia nak free dia datang rumah kita la. Kenapa nak pergi hantar?

seller 4

Teguran peniaga itu tular menerus Facebook.

"Memang ada pelanggan macam ni. Minta tester tapi tak beli pun.

"Kenyang makan tester je. Ada juga orang macam ni.

"Ni keturunan Haji Bakhil," tulis beberapa pelayar Facebook.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman Facebook mendapati peniaga sudah rancak mengiklankan jualan biskut raya masing-masing.

Antara yang ditawarkan termasuklah tart nenas, almond London, semperit dahlia dan banyak lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain