TARIKH 21 Mac 2022 tercatat sebagai sejarah tersendiri bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia tujuh tahun. Mana tidaknya, tanggal keramat itu adalah detik berharga yang menunjukkan perkembangan anak-anak mereka dan fasa penting untuk mengajar berdikari. ARTIKEL BERKAITAN: Bangun sendiri, tak perlu kejut... ibu bapa kongsi cerita si cilik teruja hari pertama sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar runsing kereta baru beli dah hilang! Ramai buat bermacam andaian, betul ke Kelisa value tinggi sekarang? Di sebalik keseronokan melihat ragam murid darjah satu memulakan sesi persekolahan, seorang pelayar Twitter tampil dengan aspek kebajikan sekolah berikutan murid perlu membayar RM10 untuk kos cetakan bahan. Posting itu berbunyi: 'Kertas A4 pun sekolah kena minta sumbangan parents. Betapa kerajaan tidak pentingkan kebajikan rakyat', demikian kata pemilik akaun @SyedAkramin, sekaligus bagai mengakui perkara seumpama itu antara punca yang menyebabkan guru tertekan. Antara reaksi netizen selepas isu kebajikan sekolah diutarakan. "Patut ramai guru stres, nak beli kertas A4 pun sekolah tiada duit. Macam mana nak mengajar dengan baik kalau keperluan mengajar pun tidak lengkap? "Mungkin kereta Vellfire untuk menteri lebih penting berbanding pelajaran murid-murid," ciapnya di Twitter pada Isnin. Kenyataannya itu mengundang pelbagai reaksi warganet dan kebanyakannya mempersoalkan yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang dibayar. Menurutnya, rata-rata sekolah mengharapkan bantuan daripada PIBG dan peranan yang di-pertua (YDP) adalah mencari sumbangan. Warganet juga mempersoalkan tentang peruntukan kerajaan kepada Kementerian Pendidikan. "Jangan kata boleh minta sumbangan ahli, ibu bapa yang bawa kereta mewah pula usulkan yuran tahunan dikurangkan sedangkan yang naik kapcai cadang naikkan sikit untuk bantu sekolah," ujarnya yang pernah menjadi YDP. Bagi seorang lagi netizen, ibu bapa yang enggan menghadiri mesyuarat PIBG pastinya tidak mengetahui maklumat tentang penyata kewangan sekolah. Malah, dia turut menyifatkan keadaan sekolah masih berada di takuk lama walaupun yuran PIBG yang dibayar adalah tinggi. Terdapat sekolah yang meminta ibu bapa menderma barang makanan seperti sardin, megi dan sebagainya untuk dijual bagi membantu sekolah. @SIRDANIAL "Sebenarnya ramai ibu bapa tidak hadir mesyuarat PIBG dan tidak mendapat maklumat tentang penyata kewangan sedangkan (jumlah) yang mereka bayar bukan sedikit. "Ibu bapa tidak nampak sebarang perubahan walau yuran dijelaskan. Anak mereka pun sama juga, (setiap) projek sekolah kena bayar... itu ini kena bayar," luahnya. Kewangan dan kebajikan sekolah terus dipersoalkan netizen walhal institusi pendidikan itu adalah milik kerajaan dan berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Ia berikutan, seorang lagi pelayar Twitter @sirdanial menyatakan terdapat sekolah yang meminta ibu bapa menderma barang makanan seperti sardin, megi dan sebagainya untuk dijual bagi membantu sekolah. Murid darjah 1 memulakan sesi persekolahan pada 21 Mac 2022. @azman pula menyatakan kebanyakan cat di sekolah kerajaan sudah lusuh seolah-olah bangunan tinggal. "Cat bangunan pun sudah lusuh habis. Bagaimana dengan fasiliti lain? Nak banding dengan sekolah swasta atau sekolah cina dan antarabangsa pasti sangat menyedihkan," jelasnya lanjut. Mengakui perkara sama, seorang netizen memaklumkan pengalamannya yang pernah menjadi pelatih di kerajaan. "Sekolah memang tiada projector, jalur lebar yang kuat, tiada kemudahan laptop untuk guru. "Cetakan juga atas inisiatif guru itu sendiri... kemanakah pergi semua duit (peruntukan) yang diberikan?," ajunya kembalI. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI