LAIN yang hendak ditunjuk, lain yang mendapat perhatian. Begitulah yang dialami seorang wanita yang berkongsi video masakan lauk kegemaran suami di laman sosial, tetapi menerima komen mengenai keadaan kuali yang digunakannya. "Kualinya kotor," menurut satu komen netizen merujuk kepada kesan hitam pada kuali yang digunakannya untuk memasak udang sambal petai, ikan kembung goreng dan sambal belacan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin kongsi 'keajaiban' baju nikah arwah mak, dulu tak muat tapi sebulan sebelum ijab kabul tiba-tiba boleh pakai - "Dia lelaki sama saya kenalkan dekat ibu" ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru meninggal, anak terkejut tengok reaksi seorang sahabat selepas dihadiahkan tudung milik arwah Wanita berkenaan, Nur Syahaina Jamaludin tampil menjelaskan bahawa kesan yang hitam bukan disebabkan kotor tetapi kuali lama berusia lebih sedekad. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, katanya, kuali tersebut merupakan milik arwah ibunya yang meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat kanser paru-paru, kira-kira enam tahun lalu. "Saya berkahwin pada 2 Julai 2021. Seminggu selepas itu saya minta izin kat ayah untuk ambil satu kuali dan satu sudip mak untuk bawa balik guna di rumah saya dan suami. "Bagi saya, kuali dan sudip tu antara barang-barang kepunyaan mak yang mempunyai nilai sentimental sebab mak suka memasak semasa hayatnya," katanya ketika dihubungi. Tangkap layar video Ainaa memasak. Sebelum berkahwin, dia yang lebih dikenali sebagai Amany Ainaa mengambil alih tanggungjawab memasak untuk keluarga di rumah selepas pemergian ibunya. "Dalam keluarga selain arwah mak, saya pandai memasak sebab dulu belajar dengan arwah. Saya rajin tulis resipi dalam buku nota. "Saya pernah sambung belajar dan dapat Sijil Pemprosesan Makanan tapi saya ambil keputusan untuk berhenti sebab nak jaga ayah dan adik-adik," katanya sambil menambah pengajiannya di sebuah kolej di Kedah itu hanya bertahan selama enam bulan. Kuali milik arwah ibu Ainaa yang digunakan lebih sedekad. Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, antara masakan yang dipelajari daripada arwah ibu adalah ayam masak cili api, kari ikan, sup ikan dan ikan masak kicap. "Walaupun saya berhenti belajar, saya ada simpanan. Dari darjah empat ikut arwah mak pergi cari upah kutip biji sawit. Saya juga buat kerja jadi cleaner di pejabat ladang kelapa sawit. Kuali dan sudip tu antara barang-barang kepunyaan mak yang mempunyai nilai sentimental sebab mak suka memasak semasa hayatnya. AINAA "Saya juga belajar masak nasi ayam resipi arwah mak. Alhamdulillah bila dijual ramai kata sedap. Nasi ayam juga jadi sumber rezeki," ujarnya yang diibesarkan di Kampung Changkat Lada di Bandar Seberang, Perak. Ainaa berkata, setiap kali menggunakan peralatan memasak milik arwah ibu, dia pasti teringat insan yang mengandung selama sembilan bulan dan melahirkannya itu. Bapa Ainaa (kanan) dan arwah ibu. Dia yang kini meraih pendapatan dengan menjadi 'streamer' permainan video, membuat review di laman sosial dan terlibat dalam bisnes produk penjagaan kulit menyifatkan arwah ibunya sebagai peramah dan pemurah. "Setiap kali teringat masa guna kuali dan sudip arwah mak tu saya akan mendoakannya. Dan sekarang selepas kahwin, saya kongsi resipi dengan adik-beradik lain. "Saya pernah menangis di dapur pukul 4 pagi nak masak untuk sahur sebab teringatkan kesusahan arwah mak bangun seawal itu untuk kami sekeluarga makan pada bulan Ramadan. "Mengenai kuali arwah mak yang ada kesan hitam tu, bukan saya sengaja biarkan macam tu. Pernah gosok dan hilang kesan hitam. "Tapi bila selalu guna, kesan hitam tu ada balik. Bagi saya, itu kuali 'legend', banyak berjasa," katanya sambil menambah menu resipi arwah ibu yang disukai suaminya adalah ayam masak merah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI