suria

Bukan main happy bawa bekal, siap pakai seragam sekolah tapi kenapa Aniq Firas menangis? Ibu dedah si bongsu pernah acu pisau sebab ‘no mainan’

Aniq menangis kerana tidak dibenarkan masuk ke kelas bersama kakak dan abangnya.

RAGAM kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan pastinya mencuit hati kerana kebanyakannya akan menangis selepas ditinggalkan ibu bapa.

Bagaimanapun, reaksi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menangis kerana tidak dapat memasuki kelas bersama abang dan kakaknya menggamit perhatian warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang - “Saya sangat tegas, garang”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih, marah, kelakar! Sehari lebih 10 kali ajak, anak-anak terpaksa pura-pura bawa bapa nyanyuk 'balik kampung'... apa yang berlaku selepas itu memang puas hati

Menerusi video yang dimuat naik itu, anak bongsu kepada pasangan Sahmiza Ahmad Soaimy, 34, dan Mohd Hafiz Yatim Mustafa, 38, kelihatan menangis teresak-esak sambil membaling 'duit belanja' yang diberikan kerana tidak dibenarkan masuk ke kelas.

Malah, Aniq Firas juga memakai baju seragam lengkap seperti kakak dan abangnya yang didaftarkan di Pra Sekolah Kebangsaan Teluk Bakong Bota Kanan, Perak pada 21 Mac.

Bercerita kepada mStar, ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu, anak bongsunya memiliki keunikan tersendiri dan sedikit berbeza dengan dua lagi anaknya.

"Kakak dan abang dia menangis bila nak masuk sekolah, Aniq pun menangis tapi sebab tak dapat masuk kelas. Mungkin faktor Covid-19 juga cikgu tak dapat benarkan dia masuk, lagi pun cikgu tu berseorangan kerana pembantunya baru disahkan positif wabak itu.

"Jadi, saya terpaksa cari tadika berhampiran dan bertanya sama ada kanak-kanak berusia tiga tahun dibenarkan belajar atau tidak sebab dia jenis 'tak makan' pujuk," katanya yang kini menetap di Bota Kanan.

Menurutnya, keghairahan Aniq Firas yang lebih mesra dipanggil adik untuk belajar di sekolah disebabkan dia pernah mengikut kakak dan abangnya ke tadika serta belajar bersama-sama.

Dia gembira apabila diberi peluang masuk ke kelas bersama kakak dan abangnya.

Dia gembira apabila diberi peluang masuk ke kelas bersama kakak dan abangnya.

"Tahun lepas dia dapat masuk kelas bersama Aisyah Fariha dan Asyraf Faiq. Masa tu kakak dan abangnya masing-masing berusia lima serta empat tahun. Mereka belajar di Tadika Sepakat Keramat AU3, Kuala Lumpur.

"Dia sangat gembira bila dapat masuk belajar bersama. Apabila kena beratur, dia akan beratur bersama dan berdiri paling hadapan malah dia juga pandai berkawan dengan murid-murid yang lain.

"Selepas sejam berada dalam kelas, baru dia akan ajak saya pulang ke rumah," katanya sambil menambah, anak bongsunya itu merupakan seorang yang ceria, peramah dan tidak takut dengan orang luar.

Menurutnya lagi, perkara yang tidak dapat dilupakan tentang anak bongsunya itu adalah kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

Aniq Firas juga disukai jirannya semasa menetap di Keramat.

Aniq Firas juga disukai jirannya semasa menetap di Keramat.

Katanya, pada masa itu, dia sedang memilih baju seragam untuk kedua-dua anaknya dan tiba-tiba Aniq Firas 'berteriak' kerana mahukan pakaian yang sama.

Lebih menggelikan hati apabila anaknya itu turut meminta bekal makanan seperti dua saudaranya itu.

"Saya sediakan juga untuk dia... tapi dia makan selepas ambil kakak dan abangnya dari sekolah sebab merajuk. Yelah, dia tak dapat masuk belajar sekali.

"Bila saya cakap dia masih kecil dia akan marah saya balik. Adik kalau marah dia selalunya merajuk, menangis atau buat muka," jelasnya yang tidak mahu memanjakan anak secara berlebihan.

"Bila dapat telefon... dia akan terus berada dalam dunia dia tanpa mengganggu orang sekeliling. Keunikan dia tu menyebabkan jiran di Keramat panggil dia imam sebab abang dan kakaknya kena ikut cakap dia kalau mereka berkunjung ke sana.

SAHMIZA

Sahmiza yang juga suribisnes memberitahu, Aniq Firas seorang anak yang suka mencuba dan sering berada dalam dunianya sendiri apabila bersendirian.

"Perwatakan adik lain sikit, dia suka mencuba sesuatu yang baru berbanding abangnya. Kalau pergi memancing, dia akan cuba lakukan seperti orang dewasa, malahan bersedia pegang ikan.

"Bila dapat telefon... dia akan terus berada dalam dunia dia tanpa mengganggu orang sekeliling. Keunikan dia tu menyebabkan jiran di Keramat panggil dia imam sebab abang dan kakaknya kena ikut cakap dia kalau mereka berkunjung ke sana.

"Pernah berlaku kejadian yang tak dapat saya lupakan, Aniq Firas tiba-tiba mengambil pisau di kedai serbaneka dan mengacukannya kepada saya seolah-olah mengugut.

Sahmiza bersama suami dan tiga orang anaknya.

Sahmiza bersama suami dan tiga anaknya.

"Dia buat macam tu lepas saya cakap 'no mainan'. Pada masa tu saya bawa ketiga-tiga anak ke bahagian perkakas dapur kerana mahu membeli barang sebab mak baru pindah rumah.

"Saya tidak sedar yang pisau diletakkan pada bahagian bawah rak sehingga dia boleh mencapainya. Mungkin dia tidak tahu perbuatan itu salah tapi saya berharap alatan tajam seumpama itu tidak diletakkan di kawasan yang mudah dicapai," ujarnya.

Berkata lanjut, Sahmiza mengakui dia terkejut dengan tindakan anak bongsunya itu dan berasa pelik kerana kartun yang ditonton tidak memaparkan aksi ganas seumpama itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain