suria

Akibat panik, 3 hari telinga bayi 4 bulan berdarah... suri rumah tak puas hati, dakwa doktor kerajaan layan acuh tak acuh

Pengorek telinga jenis lampu yang digunakan.

IBU mana tidak panik apabila melihat banyak darah mengalir keluar dari telinga bayi berusia empat bulan.

Lebih membimbangkan apabila bayi bernama Muhammad Aafy Rayqal seolah-olah tidak merasai sebarang kesakitan kerana dia langsung tidak menangis mahupun meragam walaupun darah mengalir dari telinganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengkenit seronok bergayut di mata anak sampai ‘montel’, mujur petua diguna si ibu menjadi... tapi akhirnya ke klinik juga!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak meraung sengkenit tumpang dua telinga, ibu terkejut video raih hampir 18 juta views - “Saya agak dapat dari kucing”

Malah, bayi comel itu tetap aktif bermain seperti kebiasaannya sebelum tertidur.

Ketika dihubungi mStar, ibunya Nurul Izyani, 27, memberitahu, kejadian yang berlaku pada Ahad (20 Mac) itu berlaku selepas dia cuba mengorek telinga Aafy.

"Terdapat sengkenit di telinga dia dan saya guna pengorek telinga plastik yang ada lampu untuk periksa pada bahagian dalam telinga. Bimbang ada anak-anak sengkenit.

"Tapi masa suluh-suluh tu, Aafy langgar tangan saya dan menyebabkan pengorek telinga tu terlepas dari tangan. Disebabkan terkejut, saya terus rentap dan cabut pengorek tu dari telinga dia tanpa berfikir panjang.

"Kejadian masa tu pukul 7 malam. Saya check memang tiada darah dan semua nampak okay... cuma anak menangis sekejap," ujarnya.

Doktor mencuci darah pada bahagian dalam telinga Aafiy.

Doktor mencuci darah pada bahagian dalam telinga Aafiy.

Bagaimanapun, wanita yang mesra dipanggil Ezzy ini tidak menyangka bahawa telinga anak keduanya itu akan berdarah semasa tidur.

"Tengah malam tu, dalam pukul 12 lebih saya perasan ada banyak darah keluar dari telinga kanan Aafy. Disebabkan panik, saya dan suami terus ke unit kecemasan sebuah hospital kerajaan.

"Tunggu punya tunggu, doktor yang bertugas layan acuh tak acuh pula dan dia cakap 'biasa la sebab sengkenit tu, tiada apa-apa pun dan darah pada luka dah berhenti'.

Keadaan luka di dalam telinga Aafy.

Keadaan luka di dalam telinga Aafy.

"Selepas pemeriksaan tu, kami balik rumah. Tiba-tiba keesokan pagi nampak telinga Aafy berdarah lagi sehingga tertutup lubang telinga kerana terlalu banyak kesan darah," luahnya yang terus ke klinik swasta bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Apa yang mengejutkan, doktor di klinik itu memaklumkan masih terdapat darah keluar dari tempat luka.

Terdapat dua kesan luka dalam telinga dia. Satu terjadi pada bahagian belakang cuping keras telinga

NURUL IZYANI

Malah kata anak kelahiran Dungun Terengganu itu, gegendang telinga juga sudah tidak kelihatan kerana terdapat banyak darah beku di dalam lubang telinga Aafy.

"Doktor di klinik swasta kemudiannya membuat surat rujukan untuk saya berjumpa dengan pakar.

"Saya terus bawa anak ke hospital swasta dan berjumpa Dr Affaendi. Masa tengok dengan kamera, ternampak dua kesan luka yang mungkin disebabkan saya rentap pengorek telinga.

"Terdapat dua kesan luka dalam telinga dia, satu di bahagian belakang cuping keras telinga," ceritanya sambil menambah, pendarahan berlaku selama tiga hari.

Ezzy bersama suami dan anaknya.

Ezzy bersama suami dan anaknya.

Menurut suri rumah itu lagi, walaupun luka sudah tidak berdarah pada hari keempat, dia masih meneruskan antibiotik kerana bimbang berlaku jangkitan kuman yang mengakibatkan nanah dan sebagainya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyatakan, pemeriksaan lanjut pada bahagian gegendang telinga Aafy akan dilakukan pada Selasa depan.

Aafy bersama abangnya Farish Aidan.

Aafy bersama abangnya Farish Aidan.

Tambahnya lagi, bagi mengelakkan insiden sumpama itu berulang kepada orang lain, dia memuat naik video kejadian itu di akaun TikToknya.

Perkongsian yang dibuat pada 23 Mac itu menjadi tular dalam satu hari dan telah ditonton lebih 761,000 pelayar TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain