suria

Dapat tahu tema majlis saat akhir, kelam kabut anak cari baju tak jumpa! Mujur ada 'superhero', 5 jam bekas atendan hospital jahit dah siap

Kak Una gembira apabila dapat memenuhi tema busana yang ditetapkan.

AYAH adalah hero bagi setiap anaknya.

Ungkapan itu sering didengari kerana ayah pasti akan 'hadir' ketika anak dalam kesusahakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak diuji tak lama selepas sambung bisnes ibu! Jenuh jemur bawah matahari, pelanggan batal ‘order pukal’ kuih putu kacang

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman dah maju, tak sangka lelaki ini masih setia di pondok... masak guna dapur kayu!

Mana tidaknya, setua mana pun usia ayah, dia akan memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan selamat serta bahagia dan selesa.

Seperti yang dialami Nurul Husna Zolkeppley, ayahnya yang sudah menjangkau usia 69 tahun masih lagi kuat untuk membantunya.

Menerusi video yang dimuat naik Rabu lalu, rata-rata netizen memuji kebolehan ayahnya memotong kain dan menjahit selain menyatakan hasrat untuk membuat tempahan.

"Hebatlah ayah, boleh tempah."

"MasyaAllah hebatnya ayah kan? Sanggup buat apa sahaja untuk anak."

"Comel ayah awak, the best dad, the best superhero."

Kira-kira lima jam untuk menyiapkan baju Kak Una.

Kira-kira lima jam untuk menyiapkan baju Kak Una.

Bercerita kepada mStar, ujar ibu tunggal berusia 37 tahun itu, disebabkan mendapat makluman saat akhir berkenaan tema majlis yang perlu dihadiri, dia terpaksa meminta bantuan ayahnya.

"Hari ini (25 Mac) kumpulan Shaklee saya, Team Miracle ada pengambaran untuk persiapan Ramadan nanti. Tema yang ditetapkan adalah baju kurung Kedah dan kain batik.

"Disebabkan projek tu bagi tema last minit, saya tak jumpa baju kurung Kedah yang dicari. Jadinya, saya beli kain kat kedai dan balik rumah mintak ayah tolong buatkan.

Bersama ibu dan ayahnya serta ketiga-tiga anaknya.

Bersama ibu dan ayahnya serta ketiga-tiga anaknya.

"Pagi tu ayah terus gunting kain dan keesokannya dah siap. Saya boleh pakai baju yang ayah jahit dan tak perlu terkejar-kejar nak cari," ceritanya gembira.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, ayahnya hanya mengambil masa kira-kira lima jam untuk menyiapkan sepasang baju kurung Kedah dan kain batik seperti yang dimintanya.

Malah katanya, baju hasil jahitan ayah tercinta sangat cantik dan selesa serta sedap dipakai berbanding pakaian yang dibeli dari kedai.

Pengalaman menjahit ayah adalah dari umur dia 16 tahun dan dia belajar dari arwah atok, Mohamad.

NURUL HUSNA

Namun katanya yang mesra dipanggil Kak Una, ayahnya bukanlah tukang jahit seperti yang ditelah netizen, sebaliknya merupakan bekas atendan kesihatan hospital kerajaan.

"Ayah sudah bersara dan dia bukanlah tukang jahit seperti orang ramai sangka. Menjahit itu hanya hobi dia semata-mata.

"Pengalaman menjahit ayah adalah dari umur dia 16 tahun dan dia belajar daripada arwah atok, Mohamad.

Baju yang dijahit ayah lebih selesa dipakai.

Baju yang dijahit ayah lebih selesa dipakai.

"Selain baju kurung Kedah, ayah juga pandai buat baju Melayu dan seluar kain pelekat," katanya sambil memaklumkan ayahnya hanya menjahit apabila ada permintaan daripada anak dan cucu sahaja.

Katanya lagi, selain menjahit baju, ayahnya juga pandai memasak dan menganyam ketupat.

Tambahnya, dia kini menetap bersama ayah dan ibunya di Parit Buntar, Perak selepas berpisah dengan bekas suami.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain