suria

Panas debat backup perogol upama kes pecah masuk rumah! Henti salahkan mangsa 100 peratus, sampai sudah isu ini tak selesai

WCC Peneng menegaskan bahawa rogol adalah jenayah.

ASPEK pemakaian wanita sering dikaitkan apabila kejadian rogol dilaporkan pihak media.

Malah acap kali, apabila perdebatan berkaitannya berlaku, kaum hawa akan dipersalahkan.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang individu tampil dengan kenyataan 'kejadian rogol adalah 100 peratus salah perogol'.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu trauma anak 5 tahun beritahu diajak ‘main jilat’, rakan tengok aksi tu di telefon emaknya

Ciapannya itu mengundang perbahasan dalam kalangan netizen, namun ada yang menyamakan kejadian tersebut dengan kes kecurian.

Umpamanya, wanita sengaja membuka ruang untuk diri mereka dirogol sama seperti tuan rumah membuka pintu yang membolehkan pencuri masuk dengan mudah.

"Kalau kejadian mencuri pun 100 peratus salah pencuri kan? Tapi pada waktu semua (penghuni) keluar, kau sengaja buka pintu luas-luas, biar pagar terbuka luas tanpa ditutup dan tingkap pun dibiar buka tanpa pasang jeriji penghadang... jadi kau langsung tidak bersalahkah?" aju seorang pelayar Twitter pada kenyataan @IjamAlcantara pada 14 Mac lalu.

Bagaimanapun, kenyataan balas individu tersebut diselar netizen dan rata-ratanya menyifatkan pemilik akaun tersebut menyebelahi pesalah rogol mahupun pencuri.

Seorang pelayar Twitter yang membalas kenyataan Ijam diselar warganet.

Seorang pelayar Twitter yang membalas kenyataan Ijam diselar warganet.

Menurut seorang pelayar Twitter yang lain, perbuatan tersebut tetap salah kerana pelaku sememangnya mempunyai niat untuk membuat kejahatan.

"100 peratus salah pencuri dan jangan jadi bodoh backup perogol."

"Kat US (Amerika Syarikat) banyak rumah tiada pagar dan bukan rumah teres pun. Tak banyak kes pecah rumah kecuali penjenayah tegar, kat Malaysia rumah teres semua berpagar... sebab?."

Rata-rata netizen menyelarnya kerana dilihat membela perogol.

Rata-rata netizen menyelarnya kerana dilihat membela perogol.

"Mudah ja bro, perogol dan pencuri masing-masing ada akal fikiran tetapi tetap bodoh sebab masih nak ambil hak orang lain. Jangan tunjukkan sangat kebodohan tu."

"Tak salah sebab mencuri itu suatu bentuk kesalahan dan jenayah. Pernah ke wujud kes orang kena penjara sebab biarkan pintu rumah sendiri terbuka atau pemilik rumah dihukum penjara kerana tidak memasang grill tingkap?."

Menerusi komentar yang ditinggalkan juga, terdapat segelintir netizen yang cuba menjelaskan maksud yang ingin disampaikannya.

Netizen cuba menjelaskan maksud yang ingin disampaikan.

Netizen cuba menjelaskan maksud yang ingin disampaikan.

"Tapi sekarang ini, apa yang analogi dia nak sampaikan adalah berkenaan risiko. Kalau mencuri tu terjadi memang 100 peratus salah pencuri tapi ia boleh dielak dengan mengurangkan risiko. Bagaimanapun, salah tetap 100 peratus ke atas pencuri sebab dia yang mahu mencuri."

"Bro, mentality kena tukar. Aku faham kau nak sampaikan yang penjenayah memang tetap akan ada. Betul lagi banyak kunci lagi selamat. Tapi sampai bila? Penjenayah relaks, kita pula yang kena ambil tindakan... sampai ke sudah la isu ini tidak akan selesai."

Komen-komen yang mengizinkan rogol... antaranya tak jaga aurat, pakai macam tak cukup kain, pakai filter comel-comel dan baju seksi serta keluar sendirian lewat malam pakai baju seksi," jelasnya.

WOMEN'S CENTRE FOR CHANGE PULAU PINANG

Bagi netizen lain pula, pandangan individu tersebut tidak dinafikan kebenarannya namun tindakan menyalahkan mangsa perlu dihentikan.

"Ada benarnya. Tapi kena hentikan budaya salahkan mangsa, mereka tetap mangsa keadaan sama macam orang yang kena tipu walau rela bagi duit," jelasnya.

Malah, Women's Centre for Change (WCC) Pulau Pinang turut tampil memberi reaksi menerusi gambaran info grafik.

Dalam kenyataan ringkas, WCC menegaskan bahawa rogol merupakan satu jenayah dan meminta orang ramai supaya berhenti menyalahkan mangsa.

"Komen-komen yang mengizinkan rogol... antaranya tak jaga aurat, pakai macam tak cukup kain, pakai filter comel-comel dan baju seksi serta keluar sendirian lewat malam pakai baju seksi," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain