suria

Tak kisah dihina demi rezeki halal sara keluarga, Kak Long tetap teruskan kerjaya bersama geng lelaki... impian nak jadi minah rempit, berlumba di trek musnah

Nuranaqah berusaha menyara ibu dan adik-adiknya yang masih bersekolah.

MENGEJEK dan memandang rendah terhadap orang lain sudah menjadi perkara 'normal' di dunia.

Malah, terkini, 'gurauan' yang dibuat pelawak Chris Rock mengundang kemarahan pelakon Hollywood Will Smith.

Ekoran itu, Smith tanpa berlengah naik ke pentas dan menampar pelawak itu ketika siaran langsung Oscars 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main happy bawa bekal, siap pakai seragam sekolah tapi kenapa Aniq Firas menangis? Ibu dedah si bongsu pernah acu pisau sebab ‘no mainan’

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan drama, tapi realiti! Anak akur, mahu berdikari kerja sendiri tapi ibu ‘paksa’ uruskan syarikat legasi keluarga

Mengalami situasi sama, Nuranaqah Mohd Azam memaklumkan, dia juga pernah diherdik orang sekeliling kerana pekerjaannya tidak setaraf pelajarannya.

Bercerita kepada mStar, ujar anak gadis berusia 23 tahun itu, dia berkelulusan Sijil Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi dan pernah bekerja dalam bidang berkenaan.

"Saya sangat meminati bidang permotoran sejak dari zaman sekolah... kononnya nak jadi minah rempit pada masa sama teringin nak masuk perlumbaan dalam trek.

"Tapi malangnya saya terpaksa berhenti sebab keluarga tidak berapa suka saya kerja dalam bidang tersebut," ujarnya dengan nada sedih.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu lagi, selepas kematian ayah tercinta, dia perlu menyara keluarga kerana ibu merupakan suri rumah sepenuh masa.

Kerjaya lasak lebih diminati.

Kerjaya lasak lebih diminati.

"Selepas berhenti, saya bekerja di kedai makan sebagai tukang masak. Kat situ saya perlu buat banyak kerja malah terpaksa angkat tong gas sendiri untuk ditukarkan di kedai runcit.

"Keadaan lebih sukar sejak abah meninggal dunia pada Ogos tahun lepas... sebab itu saya gian mencari kerja yang lain demi menyara keluarga, tambahan pula adik-adik masih bersekolah

"Tapi perkara yang saya tidak mampu hadapi adalah sikap orang sekeliling. Mereka pandang rendah pada saya, ada yang cakap 'penat mak ayah hantar belajar... tiba-tiba kerja kedai makan'.

Nuranaqah berharap orang sekeliling berhenti menghinanya.

Nuranaqah berharap orang sekeliling berhenti menghinanya.

"Disebabkan itu, saya nekad berhenti kerja di kedai makan," rintihnya sedih.

Bercerita lanjut, ujarnya, kehidupan mereka sekeluarga di Kampung Lahar Budi, Alor Setar di Kedah amat sederhana.

Justeru, anak gadis berketinggian 159 sentimeter menzahirkan rasa syukur kerana diterima kerja dalam bidang landskap di Damalhana Construction baru-baru ini.

"Alhamdulillah... bos sangat baik dan kawan-kawan sepasukan juga sangat baik.

Saya tetap dipandang hina oleh masyarakat sebab saya bekerja dengan lelaki. Ada yang cakap saya tidak jaga pergaulan.

NURANAQAH MOHD AZAM

"Saya pun dah boleh diterima dengan baik walaupun saya seorang sahaja perempuan di situ. Cuma masa mula-mula kerja dulu saya rasa agak sukar kerana perlu mencangkul dan angkat barang-barang berat termasuk skop pasir dan tanah.

"Alhamdulillah, saya ambil masa seminggu sahaja untuk biasakan diri dengan semua tugasan tersbeut.

"Tapi saya hadapi benda yang sama juga... saya tetap dipandang hina oleh masyarakat sebab saya bekerja dengan lelaki. Ada yang cakap saya tidak jaga pergaulan," katanya sayu.

Bersama keluarga tercinta.

Bersama keluarga tercinta.

Tambahnya, pekerjaan yang dilakukan adalah untuk mencari nafkah dan pendapatan halal untuk menyara ibu serta adik-adiknya.

"Saya bukan pergi kerja untuk menggatal tapi bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa sekarang," akuinya yang juga pernah kecewa dalam percintaan kerana bekas teman lelaki tidak dapat menerima perkajaan yang dilakukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain