suria

Dua tahun LDR, hati wanita ini mula goyah berjauhan dengan ‘boyfriend’... Lebih parah tersuka suami orang!

Kesetiaan wanita ini teruji apabila berjauhan dengan pasangannya. Gambar hiasan

PERHUBUNGAN jarak jauh (LDR) sememangnya diakui banyak dugaan dan cabarannya.

Ketika berjauhan daripada pasangan, ada sahaja 'gangguan' yang muncul sehingga menyebabkan hubungan berantakan gara-gara kesetiaan tergugat.

Begitu juga dengan luahan seorang wanita ini yang berjauhan dengan pasangannya dan tanpa sedar dia terjatuh hati dengan rakan sepejabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah jarang-jarang, isteri syak suami berlaku curang... tapi semuanya berubah selepas bertemu seseorang, siap dipuji cantik! - “Pertama kali dalam hidup aku pergi spa”

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

"Baru- baru ni, ditempat kerja saya, ada seorang lelaki. Wajah dia seakan-akan menyerupai wajah partner saya. Untuk makluman admin, saya dan partner sudah dua tahun LDR.

"Apabila saya lihat wajah lelaki tu, terus saya rasa sedih dan pada masa yang sama tersuka," demikian coretan wanita berkenaan sebagaimana yang dikongsi di laman Twitter @twtmalaywedding.

Menurut wanita tersebut, dia cuba mengusir perasaan minat terhadap lelaki berkenaan namun gagal, lebih-lebih lagi kerana mereka kerap kali terserempak di pejabat.

LDR 1

Luahan pelayar wanita berkenaan di Twitter.

"Saya cuba jauhkan perasaan ni sebab ini semua mainan jiwa. Apa perlu saya buat, kami satu pejabat dan selalu nampak dia. Dan saya memang jauhkan diri sebab saya tak nak kacau suami orang (lelaki itu sudah berkahwin).

"Setiap hari saya berdoa agar Allah kuatkan hati ini. Jangan terlibat dengan hal seperti ini. Nampaknya mainan jiwa ini betul-betul mengganggu konsentrasi saya," luahnya.

Tambahnya lagi, dia mengambil keputusan untuk membuat luahan di Twitter kerana mahu meminta pandangan warganet lantaran terlalu buntu memikirkan solusi kepada situasi yang dialaminya.

LDR 4

Lebih parah, lelaki yang disukai wanita berkenaan berstatus suami orang. Gambar hiasan

"Saya begitu rapuh dan sedih teramat sangat. Hanya Allah saja yang tahu betapa pedihnya jiwa saya," luahnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang komen daripada warganet yang rata-ratanya mengecam wanita berkenaan.

Segelintir daripada mereka menyifatkan kewujudan golongan seperti wanita berkenaan adalah ancaman kerana mampu menjadi peruntuh rumah tangga wanita lain.

Cubalah fikir jauh sikit. Takkan nak risikokan diri sendiri merosakkan rumah tangga orang lain.

NETIZEN

"Sebab nilah selalu paranoid dengan mana-mana perempuan. Sampai saya tak bagi suami berkawan dengan perempuan walaupun officemate. Bukan sebab tak percaya dekat suami, tapi tak percaya dekat perempuan.

"Partner kan hidup lagi. Milik dia lagi dan bukan suami orang. Cubalah fikir jauh sikit. Takkan nak risikokan diri sendiri merosakkan rumah tangga orang lain," komen seorang netizen.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihatkan wanita berkenaan agar berfikir secara rasional dan mengambil pendekatan untuk menjarakkan diri daripada suami orang yang diminatinya itu.

KOMEN

Rata-rata pelayar menasihati wanita itu agar menjauhkan diri daripada lelaki yang diminatinya.

"Memang patut buang semua tu sebab memang tak ada solution lain selain buang perasaan. Cuba muhasabah diri balik. Kalau tak nak orang rosakkan hubungan kita, janganlah jadi orang yang macam tu.

"Apa kata tukar tempat kerja. Nampak susah tapi kenalah berkorban supaya tak buat perkara yang kau sendiri akan menyesal nanti," demikian antara komen netizen yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain