suria

Ibu meninggal atas riba adik hari terakhir Ramadan, rendang raya dah siap masak... jejaka kerja pelantar minyak masih trauma

Kai kehilangan ibunya pada penghujung Ramadan tahun 2020.

JODOH, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah.

Namun kehilangan ibu tersayang secara tiba-tiba ibarat mimpi ngeri bagi anak-anak kerana saat itu hilanglah keberkatan hidup iaitu doa.

Begitulah yang dirasai pemuda bernama Khairul Najmi setelah kehilangan ibunya Julina Zun, 52, pada Ramadan dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak balik jadi jenazah” – Lega permintaan ibu sempat ditunaikan tapi sambutan hari lahir hambar, kejutan tak kesampaian... Covid-19 ragut semuanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini korbankan kerja dan impian demi jaga ibu sakit di kampung, tapi bapa pergi dulu selepas buat 3 permintaan - “Terakhir ayah minta tidur sebelah mak”

Imbas jejaka berusia 26 tahun ini menerusi ciapannya di Twitter, kehilangan ibu pada 25 Mei 2020 cukup memberi impak besar dalam hidupnya apabila arwah dikatakan meninggal dunia di atas riba adiknya beberapa minit sebelum azan Maghrib hari terakhir umat Islam berpuasa.

“Entahlah... orang lain happy nak masuk bulan Ramadan, kami sekeluarga macam trauma pula nak sambut puasa selepas kejadian tu.

IMG_0283

Jejaka ini bekerja sebagai jurutera operasi di Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

“Walaupun sudah dua tahun mak ‘pergi’ pun rasa masih sama. Rindu sangat pada arwah mak. Saya banyak luangkan masa dengan mak jadi bila tiba-tiba mak tak ada ni rasa lain sangat.

“Suasana pagi raya pun tak sama macam sebelum-sebelum ni. Apatah lagi apabila terkenangkan mak pergi sehari sebelum Aidilfitri. Juadah raya pun mak dah masakkan. Tapi pagi esoknya tu mak dah tak ada,” ceritanya yang mesra disapa Kai.

Bercerita lanjut kepada mStar, Kai yang bekerja sebagai jurutera operasi di Pengerang, Kota Tinggi, Johor ini mengaku tidak bersedia untuk kehilangan ibu kerana menurutnya arwah tiada sebarang penyakit kronik.

Tak ada lagi mak nak kejutkan sahur. Tak dapat nak makan masakan mak lagi dah.

KHAIRUL NAJMI

Bahkan pemergian ibunya membuatkan Kai berasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi insan paling disayanginya itu saat dia menghembuskan nafas terakhir.

“Mak meninggal masa musim Covid-19, tapi dia bukan kena penyakit tu sebab saya ada sepupu yang merupakan doktor kerja dekat hospital. Dia yang sahkan mak saya meninggal bukan sebab Covid-19. Jadi pengurusan mayat mak dapat dilakukan macam biasa saja.

“Mak memang tak ada sakit lain pun masa meninggal. Dulu mak ada kencing manis saja tapi tak teruk. Kali terakhir jumpa mak pada awal puasa tahun yang sama.

25B14041-43CD-48EA-83DF-E50FB8C7B8A8

Difahamkan arwah ibu Kai tidak mempunyai penyakit kronik.

“Saya tak ada dengan mak masa hari terakhir dia dekat dunia ni sebab saya baru habis kerja dekat Pengerang. Hanya adik yang ada dengan mak masa tu. Pada malam lepas meninggal tu mak terus dibawa ke hospital. Dapat jumpa mak buat kali terakhir pun cuma pagi raya sebelum dikebumikan,” kata Kai yang berasal dari Kuala Lumpur.

Jelas anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini, terlalu banyak kenangan bersama ibu membuatkan perasaan menyambut Ramadan dan Syawal kini begitu berbeza.

“Saya dengan mak sangat rapat. Kami selalu luangkan masa bersama berbual macam-macam hal. Sejak dulu lagi saya memang jenis banyak luahkan semua perkara dan masalah dekat mak. Bila mak dah tak ada, saya banyak pendam dan simpan sendiri saja.

IMG_0282

Kai meluahkan kejadian dia kehilangan ibunya di Twitter namun tidak menyangka ia akan menjadi tular.

“Ramadan untuk tahun lepas dan sekarang pun dah tak sama macam sebelum tu. Tak ada lagi mak nak kejutkan sahur. Tak dapat nak makan masakan mak lagi dah.

“Macam keluarga orang lain juga, kami selalu pergi solat Tarawih bersama di masjid. Untuk persiapan raya pun kami akan beli belah baju raya sama-sama dan pasang pelita keliling rumah tapi semua tu dah tinggal kenangan,” luah jejaka ini lagi.

Setakat ini, posting tersebut diulang kicau lebih 11,000 kali dan meraih hampir 30,000 tanda suka.

Ujarnya, dia terharu dengan mesej-mesej serta ciapan daripada pengguna lain yang mendoakan arwah ibunya.

24C5F0D2-81C6-4FDF-9963-636B668BDD82

Kai meluahkan sedikit rasa terkilan kerana tidak sempat membalas jasa kedua-dua orang tuanya.

“Dulu saya jarang post fasal arwah mak dan abah dekat sosial media sebab ada yang pernah cakap ‘bukan kau seorang je anak yatim’. Cuma tak sangka baru-baru ni posting tu jadi viral.

“Ramai yang mendoakan arwah mak dan abah saya. Ada juga yang DM (Direct Message) suruh saya kuat dan tabah harungi dugaan.

“Sekarang pun sebab sibuk kerja, saya dah makin okey. Cuma adalah terdetik dekat hati saya nak balas jasa mereka tapi tak sempat,” ujar Kai menutupi kisah sedihnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain