MINGGU lalu, Cef Ammar yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank menjadi mangsa kecaman netizen kerana dikatakan menjual makanan dengan harga 'Tel Aviv'. Isu berkenaan reda seketika selepas Cef Ammar memberi penjelasan bahawa harga makanannya setanding dengan bahan yang digunakan, selain majoriti pelanggannya juga mengakui akan keenakan serta kualiti air tangan cef kelahiran Palestin itu. Namun, nama Cef Ammar kembali hangat diperkatakan selepas tular satu video memaparkan seorang pelanggan menegur cef berkenaan ketika sedang beratur panjang. ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel jual nasi Arab ‘harga Tel Aviv’, Cef Ammar jawab naik RM1 je... Geram sikap orang tahu makan sedap tapi nak harga B40 Pelanggan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati lantaran tidak sempat membeli nasi Arab kerana kehabisan, sedangkan sudah beratur terlalu lama. "Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga," demikian kata pelanggan berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sehubungan itu, Cef Ammar sekali lagi tampil memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan. Menurut Cef Ammar, demi berlaku adil kepada semua pelanggannya, setiap individu dihadkan untuk membeli maksimum empat set sahaja bermula Rabu (hari ini). Nasi Arab air tangan Cef Ammar yang menjadi 'buruan' ramai setiap kali Ramadan. "Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat. "Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya. "Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam... iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan," ujarnya ketika dihubungi mStar. Cef Ammar mempertaruhkan resipi nasi Arab turun temurun keluarganya dari Palestin. Menurut Cef Ammar, pihaknya akan memasang banner di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelanggan mengenai ketetapan baharu itu. Cef Ammar menambah, dia menyedari ramai memberi pelbagai cadangan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. "Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja. "Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald's. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat. Kami cuba berlaku adil, maka pelanggan juga harus adil sesama mereka. Makanan ini bukan untuk sesetengah orang, tapi kami buat untuk semua. CEF AMMAR "Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan. "Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula... semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak," terang Cef Ammar panjang lebar. Bukan itu sahaja, menurut cef ini lagi, pihaknya juga menyediakan lorong ekspres (express lane) khusus untuk golongan ibu hamil dan warga emas, selain menyediakan dua kaunter juruwang agar urusan jual beli lebih pantas dan mudah. "Sudah empat tahun kami buat express lane. Tapi ada yang ambil kesempatan. Kami cuba berlaku adil, tapi pelanggan juga kena sama-sama bekerjasama. Cef Ammar sebelum ini terpalit isu harga nasi Arab yang dikatakan mahal. "Kemudian, ada juga pelanggan yang kurang bersedia. Bila sampai cashier, baru fikir nak beli apa, tanya menu sedangkan kita jual dua item sahaja. Bila macam ni, jadi lama. Kalau boleh kita nak servis secepat mungkin untuk jimatkan masa. "Bagi saya, kita kena educate sikap masing-masing. Kami cuba berlaku adil, maka pelanggan juga harus adil sesama mereka. Makanan ini bukan untuk sesetengah orang, tapi kami buat untuk semua. Kami cuba beri yang terbaik di samping kekalkan kualiti," katanya lagi. Dalam pada itu, Cef Ammar turut menzahirkan penghargaan kepada para pelanggan yang tidak berhenti menyokong dan memberikan kata-kata semangat kepada dirinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI