suria

Tragedi pulang dari bazar Ramadan! Sempat hantar mak ayah balik rumah sebelum kereta baru beli terbalik 4 kali

Kiri kereta yang dibeli pada Mac, kanan kereta terbabit kemalangan pada April. Gambar kecil ibu bapa Mohd Faizul.

BULAN Ramadan sememangnya banyak menguji kesabaran kita.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini yang nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan.

Lebih menyedihkan, kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka ketika kejadian baru sahaja dibeli dan mengalami kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak rempuh lembu waktu Maghrib, pasrah tengok kereta baharu remuk - "Jadi macam ni, mana keberkatan rezeki?"

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi ngeri selepas setahun kahwin... 55 minit jantung suami berhenti, 42 hari terlantar di hospital - "I dah tak cantik, nanti you cari orang lain"

Berkongsi pengalaman, pemilik kereta, Mohd Faizul Masbuki berkata, kemalangan berlaku pada petang 5 April bersamaan dengan 3 Ramadan.

Pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, ketika kejadian, dia dan isteri dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan ke rumah di Felda Bukit Tongkat di Kluang, Johor.

"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas beli juadah berbuka puasa. Masa tu saya memandu nak memotong sebuah kereta, tapi bila dah separuh potong kereta itu juga secara tiba-tiba nak masuk lorong bertentangan untuk memotong dan mengakibatkan perlanggaran.

"Kereta yang dinaiki kami terbabas ke bahu jalan dan terbalik tiga, empat kali. Keadaan berlaku dengan sangat pantas," katanya kepada mStar.

kereta baru kemalangan 5

Mohd Faizul (kiri) dan isteri.

Mohd Faizul berkata, kereta mengalami kerosakan sambil menambah paling teruk di bahagian belakang dan enjin.

"Kereta total loss. 80 peratus cermin pecah. Hantar bengkel dan kami dimaklumkan mengambil masa, paling cepat pun enam bulan.

"Tak sangka kereta yang baru dibeli pada 3 Mac lalu hanya sempat digunakan selama sebulan sebelum terbabit dalam kemalangan," ujarnya yang berasal dari Kluang.

kereta baru kemalangan 8

Keadaan belakang kereta yang mengalami kerosakan.

Namun, dia amat bersyukur kerana nyawanya dan isteri yang berusia 28 tahun masih panjang dalam nahas itu, malah masih dalam keadaan sedar selepas kereta terbalik.

"Alhamdulillah, kami selamat. Mujur kami pakai seatbelt. Saya mengalami kecederaan di tangan, bahu dan pinggang, manakala isteri di dagu, perut, belakang badan dan siku.

"Sehingga kini masih ada kesan lebam dan terasa sakit-sakit. Belum pulih sepenuhnya," tambahnya.

kereta baru kemalangan 6

Mohd Faizul sering membawa ibu bapanya untuk pemeriksaan kesihatan.

Dia yang merupakan pemandu lori berkata, kereta yang baru dibeli itu sebenarnya untuk tujuan membawa ibu bapanya menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan di klinik dan hospital secara berkala.

"Tiap-tiap bulan check up hospital dan klinik, kedua-duanya sakit tua. Mak ada sakit gout, ayah pula semput. Sebelum ini saya pakai kereta Proton Wira selama 12 tahun.

Saya anggap ini sebagai satu ujian dan syukur selamat. Mak cakap kereta boleh cari, yang penting nyawa.

MOHD FAIZUL

"Tapi saya membeli yang baru untuk keselesaan mak ayah," katanya sambil menambah ibu bapanya masing-masing berusia 65 dan 75 tahun.

Bagaimanapun, Mohd Faizul yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik turut bersyukur kerana ibu bapanya tidak turut sama ketika kejadian.

kereta baru kemalangan 7

Ibu bapa mentua yang turut membantu selepas insiden kemalangan.

"Hari tu saya bawa mak ayah ke klinik. Lepas asar saya hantar mereka balik ke rumah. Saya dan isteri keluar semula untuk ke bazar Ramadan.

"Bersyukur sangat. Mujur tak melibatkan kedua orang tua saya yang sakit dan uzur. Dalam fikiran, saya asyik terbayang kalau jadi apa-apa pada kami, macam mana dengan mak ayah.

"Apa pun, saya anggap ini sebagai satu ujian dan syukur selamat. Mak cakap apa yang lebih penting selamat... kereta tak apa boleh cari, yang penting nyawa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain