BUNTU tanpa jawapan. Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi yang sedang dihadapi wanita ini, apabila penyakit yang dialami anak remajanya masih kekal misteri sehingga kini. Berkongsi cerita dengan mStar, Gania Shalina berkata anak sulungnya, Muhammad Haziq Irfan Hamzah, 15, merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan normal sehinggalah satu peristiwa aneh berlaku kira-kira tiga tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga jumpa tanah kubur keliling kedai, CCTV rakam kelibat pengkhianat... Ustaz pun terkejut, siap hidu bau bangkai ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga kubur demam seminggu nampak wanita misteri lawat kubur! Pagi berselendang hitam, malam wajah menakutkan bertenggek atas pokok "Segala-galanya bermula ketika Irfan berusia 12 tahun. Ketika itu cikgu sekolah menelefon memberitahu anak saya memberontak sehingga menoreh kereta guru. Cikgu minta datang ambil dia di sekolah. "Masa itu saya dan suami fikir mungkin Irfan macam itu sebab masalah di sekolah, dibuli atau sebagainya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Antara perubahan yang ditunjukkannya seperti sukar tidur malam, tak lalu makan tapi anehnya dia ada tenaga. Ketika memberontak, dia boleh angkat sofa, katil, boleh berlari jauh. "Kami ada bawa dia jumpa pakar psikiatri di hospital dan juga ikhtiar kaedah perubatan alternatif. Keadaannya elok seketika. Tapi bila masuk sekolah tahfiz ketika tingkatan 1, tak sampai dua minggu pun, ustaz minta kami bawanya pulang untuk berubat," cerita wanita berusia 43 tahun ini. Gania Shalina pernah membawa Irfan mendapatkan rawatan psikiatri pada 2019. Ibu kepada tujuh orang anak yang menetap di Pendang, Kedah ini berkata, sejak insiden berkenaan, Irfan tidak bersekolah sehingga kini ekoran situasinya tidak mengizinkan. Dalam tempoh tiga tahun, Gania Shalina dan suaminya tidak berputus asa berikhtiar demi memulihkan anak sulung mereka. "Sebelum ini, kawan-kawan dan kenalan yang tahu dan bersimpati cuba bantu rekomen pusat rawatan. Merata-rata tempat dah pergi namun terlalu banyak versi cerita yang disampaikan kepada kami. Gambar yang sempat dirakam selepas Irfan menjadi tidak terkawal. "Ada yang kata Irfan ada gangguan, ada 'benda' yang menumpang, ada saka yang masuk, bunian nak berkawan... malah ada perawat kata Irfan mahu didampingi Wali Songo. "Ada juga perawat yang kata puncanya kerana Irfan terbuang air kecil di busut. Tak kurang juga ada yang kata, puncanya si polan nak sihir keluarga tapi Irfan yang terkena. "Jadi banyak tempat dah pergi berubat, saya sendiri tak tahu nak pegang kata-kata yang mana satu. Irfan masih belum pulih malah kerap pula berkelakuan aneh kebelakangan ini. Mungkin Allah belum izin jumpa penawar yang serasi dengannya," katanya yang menjalankan bisnes sendiri. Moga-moga dengan bantuan netizen dan doa semua, ikhtiar kali ini menjadi. GANIA SHALINA IBU Bagaimanapun tambah Gania Shalina, sekiranya tidak berkelakuan aneh, Irfan adalah seorang remaja yang pendiam namun suka menghabiskan masa bermain bersama adik-adiknya. "Irfan juga boleh hafal surah Al-Baqarah dan Ar-Rahman. Dia kata belajar dekat YouTube tapi saya tak nampak pun. Banyak main game saja. Tapi bila dia baca surah itu, saya yang terkejut. Saya ada rakam dia mengaji. Perawat kata Irfan ni gifted," katanya lagi. Terdahulu, video memaparkan Irfan berjalan kaki seorang diri sebelum dibawa masuk ke dalam kereta oleh ibu dan bapanya, menjadi tular di aplikasi TikTok. Irfan seorang abang yang penyayang dan suka bermanja dengan adik-adiknya. Meraih sehingga melebihi 1.4 juta jumlah tontonan, perkongsin video tersebut turut dibanjiri dengan komen netizen, yang rata-ratanya menzahirkan simpati dan turut membantu mencadangkan pusat rawatan bagi memulihkan remaja berkenaan. "Saya nak ucap jutaan terima kasih kepada semua yang perihatin. Sejak viral, mesej masuk hari-hari. Ada yang tanya keadaan Irfan dan ada yang nak bantu. "Sebelum ini hanya kawan-kawan saja tahu, jadi apabila kongsi di TikTok, kami harap bantuan netizen kerana dah buntu. Alhamdulillah terlalu ramai yang cadang pusat rawatan... kami akan cuba satu demi satu. Gania Shalina dan suami berdoa agar anak sulung mereka kembali sembuh seperti sediakala. "Ada juga netizen sampai sanggup buat kutipan dana bagi membiayai ustaz dari Kelantan untuk bantu rawat Irfan. Bukan itu saja, video Irfan juga viral hingga Indonesia malah ada yang tawarkan nak buat rawatan secara jarak jauh. "Moga-moga dengan bantuan netizen dan doa semua, ikhtiar kali ini menjadi. Sebagai ibu bapa, kami mahu buat yang terbaik untuk Irfan sebab nak tengok dia macam dulu semula... perjalanan hidupnya masih jauh," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI