TAK semua orang mampu menjaga anak-anak istimewa memandangkan mereka memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang. Namun, sikap prihatin yang ditunjukkan Mokkay ketika menjaga adik lelakinya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) meraih pujian netizen. Bekas pembantu kepada usahawan kontroversi Nur Sajat itu berhadapan situasi cemas apabila adiknya diserang sawan ketika dia sedang berniaga secara live menerusi media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Hanya satu kosong itupun diletak kerusi cop parkir, bapa anak istimewa bengang peniaga selamba minta alihkan kereta... kenapa nafikan hak OKU! ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mimpi dapat begini” - Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew Ketika bersiaran live, anak istimewa itu diserang sawan secara tiba-tiba sebelum dibantu dan ditenangkan oleh Mokkay. "Baru galok-galok (gembira) sawan sungguh. Tu la bangun lewat, makan lewat. Banyak angin ni. Duduk, boleh tak?" ujar Mokkay sambil mengurut belakang leher adiknya. Sedutan rakaman live itu turut dimuat naik ke laman TikTok sehingga meraih 1.3 juta tontonan dalam tempoh 11 jam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa ni tengah buat live promo tiba-tiba adik diserang sawan," tulis peniaga bengkung itu pada kapsyen video. Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap tenang Mokkay ketika menguruskan adiknya yang diserang sawan. Selain kata-kata pujian, netizen turut berkongsi kisah mereka yang turut mempunyai ahli keluarga OKU. Mokkay bersama adiknya ketika menziarahi kubur ibu mereka. "Pahala tu yang tak nampak. Bukan senang nak jaga walaupun adik sendiri. Tak semua sanggup buat apa yang awak buat ni. Hanya orang terpilih sahaja. "Percayalah dengan kebaikan ini pasti Allah beri hadiah kepada Mokkay. "Kalau saya, belum tentu dapat urus macam mana awak jaga adik awak. Semoga dipermudahkan segala urusan. Bukan senang nak jaga walaupun adik sendiri... tak semua sanggup buat apa yang awak buat ni. NETIZEN "Terbaik. Tanggungjawab dengan keluarga tidak dilupakan. Semoga dipermudahkan urusan awak ya," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, netizen turut mendoakan Mokkay yang asalnya seorang lelaki agar dia diberi hidayah dan dapat kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti. Mokkay sebelum ini acap kali berkongsi video memaparkan aktiviti yang dilakukan bersama adiknya. Mokkay ketika berniaga secara live. Pada Mac lalu, Mokkay turut membawa adik lelakinya itu menziarahi pusara arwah ibu mereka. Dalam rakaman tersebut, adik Mokkay yang duduk di atas kerusi bersebelahan kubur turut berbicara sambil mengadu kepada arwah ibunya. "Adik kita bercakap dengan arwah ma. Dia beritahu kita masak nasi minyak sedap," tulis Mokkay pada kapsyen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI