suria

Bayi 4 bulan disuap buah pear! Luluh hati ibu tengok anak cirit-birit lebih 30 kali... Berang orang luar ‘gatal tangan’ bagi makan

Bayi berusia empat bulan terpaksa dimasukkan ke hospital selepas diberi 'rasa' buah.

IBU mana yang tidak sedih apabila melihat anak terlantar sakit dan tidak bermaya di hospital.

Lebih mengecewakan apabila masalah itu didakwa berpunca daripada ‘tangan’ individu luar yang tidak mempunyai pertalian darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu stres mentua pandai-pandai suap air masak pada bayi umur 2 bulan, awas ‘mummies’ Dr Imelda kata bahaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang - “Saya sangat tegas, garang”

Seperti yang berlaku terhadap pengguna Facebook Uda Meknul, bayinya yang baharu berusia empat bulan mengalami cirit-birit teruk selepas seorang individu menyuapkan buah kurma dan pear.

"Kalau ikut hati nak je Uda saman. Bayi bawah enam bulan jangan nak memandai-mandai bagi makan, bagi rasa, bagi segalanya... faham?

"Anak orang bukan anak hang! Now warded bayi dah berak darah," luahnya penuh rasa geram.

Hantaran terkini yang dibuat di Facebooknya.

Hantaran terkini yang dibuat di Facebooknya pada Khamis.

Namun ibu berkenaan tidak menyatakan dengan jelas tentang siapa individu yang dimaksudkan dan bagaimana bayinya boleh terdedah kepada situasi terbabit.

Tambah wanita itu lagi, lebih mengundang rasa marah apabila kejadian malang yang menimpa bayinya seolah-olah bukan isu besar bagi si pelaku.

"Apabila kita marah dan mengamuk dia cakap orang dulu-dulu okey je, orang bandar tak tahu apa. Katanya nak bagi rasa kurma dan pear je.

"Lain kali buat kat anak sendiri, jangan usik anak orang!

“Ingat bayi tu besar gemuk dia dah boleh makan ka? Dia baru empat bulan! Kenapa tak suap asam pedas, MacDonald atau KFC," luahnya lagi.

Bayi turut cirit-birit berdarah.

Bayi turut cirit-birit berdarah.

Malah ujarnya, disebabkan perbuatan memberi rasa kurma dan buah pear itu, anaknya mengalami cirit-birit lebih 30 kali.

"Cirit-birit berdarah pun beberapa kali. Kita yang normal kalau cirit tiga hingga empat kali pun dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita la.

"Ini yang 30 kali... lemahnya semangat apabila tengok anak yang ditunggu-tunggu selama lapan tahun jadi macam ni,” ujarnya sambil meminta orang ramai mendoakan agar bayinya segera sihat.

Jelasnya dalam hantaran berasingan, gara-gara kejadian yang menimpa bayi dipanggil Shin itu, dia terpaksa bermalam di wad hospital hingga mengganggu urusan seharian.

Biarlah nak cakap apa pun... sebab apabila sakit, kita anak-beranak yang menanggung.

UDA MEKNUL

"Kerana nak bagi rasa, tengok la betapa susah dan ganggunya aktiviti harian orang lain.

"Kalau kita cakap (lebih-lebih) nanti kata tak hormat orang tua. Awak tu hanya kenalan saja bukan keluarga atau ada pertalian darah pun, jadi jangan pandai-pandai usik anak orang nak bagi itu ini.

"Tanya ibu bapa dia dulu. Harap parents lain waspada dan tegas dengan anak masing-masing, kalau boleh jangan bagi orang lain sentuh bayi pun.

“Biarlah nak cakap apa pun... sebab apabila sakit, kita anak-beranak yang menanggung," ujarnya lagi.

Perkongsiannya itu tular di laman Facebook dan Twitter.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan marah dengan individu tidak bertanggungjawab itu.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Saya memang trauma bab-bab macam ni sebab anak saya sendiri pun tahun lepas masuk hospital selama lapan hari. Umur baru dua bulan. Apabila balik kampung mak mentua suap anak dengan gula dan garam katanya untuk menyambut cucu. Akhirnya anak saya berak darah cirit-birit, terus masuk hospital.

"Masa tu memang saya geram sangat tak tahu nak luahkan marah tu macam mana. Kita sebagai mak yang penat jaga anak kalau sakit. Anak pun menderita kesakitan hari-hari cucuk jarum, ambil darah berkali-kali sampai lebam tangan.

"Yelah bayi dua bulan kot, sampai hilang suara menangis masa kena cucuk jarum tu. Kalau orang lain saya dah saman masa tu," kongsi seorang netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain