suria

Cikgu kemaruk buat live TikTok ketika mengajar dalam kelas, netizen tegur mata asyik tengok skrin! KPM larang, janji akan siasat

Tangkap layar guru wanita itu yang membuat siaran live di TikTok tular dan menerima kecaman netizen.

TINDAKAN segelintir guru yang aktif membuat rakaman video serta siaran langsung (live) ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mula mengundang rasa kurang senang netizen.

Terbaharu, seorang lagi guru wanita menerima kecaman gara-gara bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok ketika sedang mengajar murid-muridnya di dalam kelas di sebuah sekolah.

Tangkap layar live TikTok itu turut dikongsi ke laman Twitter sehingga menjadi topik perbincangan netizen pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, kekal slim! Teacher Julia curi perhatian warga TikTok gayakan busana 11 tahun lalu, galakkan pelajarnya ‘up to date’

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin sekolah kacak tapi garang, paling win berleter dialek Kelantan di TikTok - “Selagi tak ganggu kerja, waktu mengajar... tiada masalah”

"Cikgu mengajar live. Boleh tak boleh? Mak ayah setuju cikgu cikgu mengajar live? Bila komen terus kena block.

"Sekolah mana ni? Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tolong ambil tindakan dekat cikgu-cikgu yang buat TikTok, Facebook live semua ni.

"This is unacceptable. Your focus should be 100 percent in class," tulis pelayar Twitter yang dikenali sebagai @n_ahwal.

02cikgu

Seorang lagi guru wanita turut kelihatan dalam siaran live tersebut.

Posting itu sehingga kini meraih lebih 1,300 ulang kicau (Retweet) dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Dalam tangkap layar tular itu, seorang lagi guru wanita turut kelihatan dalam sesi live berkenaan.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang mereka, tak kurang juga yang mempersoalkan tindakan guru tersebut.

Bukan murid yang tonton, pekerja oil and gas pun ada... KPM akan siasat.

PENGENDALI TWITTER RADZI JIDIN COMMS

"Cikgu kalau ikhlas nak mengajar, masuklah aplikasi yang ada privasi seperti Google Meet atau Zoom supaya lebih memberi fokus. Buat live di TikTok atas alasan mengajar, satu alasan tak masuk akal. Di sana bukan murid saja, pekerja oil and gas pun ada.

"Ada ternampak For You Page (FYP) cikgu lain live. Matanya menghadap phone dan anak murid di belakang. Aneh. Bukan ke cikgu sepatutnya mengajar menghadap murid? Perlu ada interaksi dua hala?

"Aku baru nampak tadi live cikgu tudung purple tu duk mengajar lalu kat TikTok," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu unit Komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi akaun Twitter @DRJComms (Radzi Jidin Comms) turut meninggalkan komen berhubung kes tersebut.

03cikgu

Twitter @DRJComms turut memuat naik tangkap layar berhubung Etika Penggunaan Media Sosial oleh Pegawai Awam.

"Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat atau melalui peralatan peribadi.

"Ruangan komen, bukan murid yang tonton. Pekerja oil and gas pun ada. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan siasat," tulis pengendali akaun Twitter itu.

Dalam komen sama, pengendali Twitter @DRJComms turut memuat naik dua tangkap layar mengenai Etika Penggunaan Media Sosial oleh Pegawai Awam serta Peraturan dan Perundangan yang terkait dengan hal itu.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman TikTok mendapati guru wanita itu memiliki lebih 21,000 pengikut.

Antara yang dimuat naik termasuklah aksi lip sync dalam bilik darjah, namun kesemua video miliknya tidak memaparkan wajah murid-muridnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain