suria

Tak cukup duit bagi makan 40 ekor kucing, wanita dari Terengganu rayu derma... Netizen ragu-ragu, takut scammer!

Haliza memohon bantuan warganet untuk membantu kucing jalanan yang dipeliharanya.

MULIANYA hati individu yang sanggup memberi makanan dan memelihara kucing atau haiwan jalanan.

Malah ada yang memperuntukkan sebahagian gaji demi membeli barang keperluan haiwan kesayangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing diberi nama Money diajar hidup mewah, pakai rantai emas bernilai RM25,980 - “Hari-hari sebut, duit pun datang kat kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati tengok kucing nazak depan mata, 8 ekor mati serentak... Penduduk dakwa jiran warga Singapura jadi dalang, ada sejarah benci si bulus

Begitu juga yang dilakukan Haliza Halip, kerana rasa sayang dia sanggup mengutip kucing jalanan yang sakit dan memelihara di rumahnya selain turut memberi makan kepada haiwan yang berada di kawasan sekitar.

Namun, baru-baru ini dia diduga dengan masalah kewangan dan kira-kira 40 ekor kucing jalanan yang dikutipnya sejak tiga tahun lalu tidak dapat diberi makanan yang secukupnya.

Kekangan yang dihadapi, mendorong wanita berusia 50 tahun itu meminta bantuan warganet membeli keperluan kucing peliharaannya menerusi hantaran di Facebook.

Sebahagian hantaran yang dibuat Haliza di halaman Facebook baru-baru ini.

Sebahagian hantaran yang dibuat Haliza di halaman Facebook baru-baru ini.

"Tolong, sesiapa yang boleh bantu, makanan dan pasir dah habis... untuk bulus (kucing) terbiar sebanyak 40 ekor.

"Salam semua, minta jasa baik pencinta kucing agar ada yang sudi bantu kucing-kucing terbiar dalam jagaan saya sebanyak 40 ekor. Saya kehabisan pasir, makanan basah untuk anak-anak kucing yang tiada ibu.

"Jika ada rezeki untuk si bulus ini syukur sangat memandangkan mereka betul-betul memerlukan. Moga murah rezeki buat bulus-bulus ini," katanya sambil menyertakan nombor akaun miliknya.

Kucing jalanan turut diberi makan jika mempunyai lebihan makanan.

Kucing jalanan turut diberi makan jika mempunyai lebihan makanan.

Ketika dihubungi mStar, Haliza memaklumkan, kesukaran yang dialaminya itu adalah disebabkan dia sudah tidak bekerja sejak kira-kira dua tahun lalu.

"Saya bekerja sebagai tukang cuci, berhenti sebab kontrak dah habis dan faktor kesihatan kerana menghidap kencing manis kronik serta sakit usus.

Antara kucing yang dipelihara Haliza.

Antara kucing yang dipelihara Haliza.

"Gaji suami sebagai juruteknik di Paka Terengganu tidak mencukupi. Tambahan pula sekarang ini kami turut berhadapan masalah kewangan... rumah sewa juga tidak dapat dibayar.

"Jadi saya memohon warganet untuk membantu menyediakan makanan serta pasir untuk kucing-kucing jalanan berkenaan," rayunya.

Menurutnya, perkongsian di halaman Facebook Kelab Pencinta Haiwan Peliharaan Malaysia dibuat kerana dia ingin mencuba nasib jika terdapat warganet yang sudi membantu menyediakan keperluan makanan kepada kucing jalanan di bawah jagaannya itu.

Uruskan kucing-kucing ni tiada masalah, tapi makanan, pasir, ubat yang menjadi isu utama sekarang ini.

Haliza Halip

"Saya terpaksa (merayu) demi kucing-kucing ni... tapi saya tak paksa. Sekadar mencuba nasib untuk bulus-bulus ni sahaja. Uruskan kucing-kucing ni tiada masalah, tapi makanan, pasir, ubat yang menjadi isu utama sekarang ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengakui bahawa orang ramai mungkin tidak mempercayai tentang tujuan dia meminta bantuan dan menganggapnya sebagai scammer kerana itu mereka sukar menghulurkan sumbangan.

Namun katanya, terdapat juga beberapa individu yang tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan dan pasir terus ke rumahnya.

Warganet ragu dengan hantara Facebook yang dibuat Haliza.

Warganet ragu dengan hantaran Facebook yang dibuat Haliza.

"Jumlah keseluruhan yang saya dapat adalah pasir 20 liter dan makanan 10 kilogram pada 7 April. Tapi makanan 10 kilogram hanya bertahan kira-kira tiga hari sahaja," jelasnya lanjut.

Terdahulu, hantaran yang dibuatnya seolah-olah diragui segelintir warganet malah ada yang memintanya memasukkan gambar kucing-kucing berkenaan sebagai bukti.

"Boleh tunjuk gambar kucing 40 ekor tu?

"Oh kucing bela kat rumah atau macam mana sebab saya faham yang kucing terbiar kat tepi jalan tu," komen segelintir warganet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan