"MULA-mula 'berangkat', akhirnya jadi bapa tiri" SIAPA sangka lelaki yang dahulunya bergelar abang angkat, kini bertukar status menjadi bapa tiri. Begitulah kisah Norziha Syuhada Rosili, 23, yang dikongsi kepada mStar, dia mengenali lelaki berusia 31 tahun bernama Hafizi selama lebih 12 tahun sekali gus menjadikan hubungan mereka akrab seperti adik dan abang. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah rahsia sebelum abang kahwin, adik tampil beri ucapan selepas diselubungi rasa bersalah... pengantin berjurai air mata di pelamin ARTIKEL BERKAITAN: Gelisah tunggu depan rumah bakal tunang, abang terbeliak biji mata adik datang beritahu hantaran naik harga.... terus jalan kepit salam bakal mentua Lebih mesra disapa Jiha, dia bercerita mengenai bagaimana abang angkatnya itu bertemu jodoh dengan ibu kandungnya, Hatini Mat Isa, 51, dan mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. "Masa umur saya sembilan tahun, ayah kandung meninggal empat hari sebelum hari raya. Disebabkan tiada lelaki dalam ahli keluarga saya, dua bapa saudara saya datang dan duduk dekat rumah ni untuk jaga keluarga kami. Mereka berdua sanggup datang dari Kedah ke Perak semata-mata untuk jaga kami. Kebetulan pula masa tu mereka ni masih bujang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Satu hari, bapa saudara ajak kawan datang beraya di rumah. Dalam ramai-ramai kawan dia tu, ada seorang yang rapat dengan keluarga saya. Dia (Hafizi) baru berusia 19 tahun dan masa tu saya kecil lagi, jadi saya panggil dia abang. "Dia selalu ambil berat tentang keluarga saya. Kami susah senang pun semua dengan dia. Masa rapat tu adik saya yang bongsu baru berusia dua bulan selepas ayah meninggal," ujarnya. Ibu kandung (kiri) dan abang angkat Jiha mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Disebabkan jarak usia dan umur lelaki itu tidak jauh beza, Jiha menggelarkannya abang meskipun telah menganggapnya seperti bapa sendiri. Jelas gadis yang menetap di Sungai Siput, Perak ini, abang angkatnya mengambil keputusan untuk memperisterikan ibunya atas dasar ikhlas kerana mahu menjaga familinya seperti ketua keluarga. Tambah anak sulung daripada empat-beradik itu, dia dan adik-adiknya akur dengan keputusan itu, malah berasa senang hati apabila lelaki berkenaan menikahi ibunya. "Abang angkat saya juga orang Perak. Dia duduk dengan keluarga sendiri dekat sini. Dari saya dan adik-adik kecil lagi dia ulang-alik untuk jenguk kami. "Sebenarnya saya tak anggap dia macam abang pun, tapi lebih kepada ayah angkat. Tapi sebab jarak umur dia dengan ibu 20 tahun, jadi saya lebih selesa panggil dia abang. "Selepas dia berkahwin dengan ibu, saya kena tukar panggilan tu kepada ayah sebab dah jadi bapa tiri dan bukan lagi abang angkat. Mula-mula janggal sebab dah terbiasa panggil abang tapi lama-lama bolehlah," katanya lagi. Jiha akui sedikit janggal untuk menerima bapa 'baharu' dalam hidupnya. Mengenai video yang dimuat naik hingga tular, Jiha tidak menyangka netizen tertarik dengan kisahnya sehingga meraih lebih 2,000 komen menerusi perkongsian di aplikasi TikTok. "Ingat suami akak, melawan hukum angkat-angkat ni" Mula-mula tu sebenarnya saya tak sedia nak ada ayah tiri, tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh. Saya cuma doakan yang baik-baik. JIHA "Elok-elok panggil abang kena panggil ayah pula" "Weh! Plot twist drama melayu betul," antara komen beberapa netizen. Antara komen netizen. Walau bagaimanapun, menurut gadis yang sudah bertunang pada Oktober 2021, dia reda dan menerima segala ketentuan dan takdir yang ditetapkan oleh Allah. "Ramai ingat saya bercinta dengan abang angkat tu. Bunyinya agak pelik, tapi benar. Ibu saya yang kahwin dengan dia bukan saya. "Mula-mula tu sebenarnya saya tak sedia nak ada ayah tiri, tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh. Saya cuma doakan yang baik-baik tentang kebahagiaan ibu dan bapa baru," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI