"YANG tiada cop MS Sirim lagi kuat daripada yang ada." Demikian komen netizen menerusi satu perkongsian video di laman sosial yang menonjolkan 'kekuatan' tali pelitup muka yang dijual pada harga lebih murah di pasaran. ARTIKEL BERKAITAN: Tali face mask Jovian putus dua kali ketika siaran langsung dengan Tokti, netizen kata belum apa-apa dah 'hauk' ARTIKEL BERKAITAN: Jovian jawab isu pelitup muka 'hauk', rupa-rupanya ada ‘plot twist’... Tapi netizen tetap tak puas hati Ia sekali gus memaparkan pelitup muka yang berharga murah dan disifatkan sebagai 'hauk' lebih berkualiti berbanding produk berjenama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Walaupun videonya beraksi kaku, namun disaksikan lebih 1.2 juta tontonan selain turut dikongsi di beberapa platform lain. Video berdurasi 17 saat itu cuba menunjukkan sejauh mana kualiti dan kekuatan tali pelitup muka yang dibeli pada harga RM6 sekotak. Keupayaan pelitup muka RM6 buatkan netizen terhibur. Pemilik akaun berkenaan menggunakan pelitup muka itu bagi mengangkat beberapa barang berat seperti kelapa, malah mesin pemotong rumput! Malah kapsyen 'cintaku padamu sekuat mask RM6 per kotak dari Shopee' yang ditulis bersama video itu turut menarik perhatian. Penjelasan Jovian berhubung isu pelitup muka 'hauk'. Aksinya itu dikaitkan dengan isu panas membabitkan usahawan yang juga pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berhubung kenyataannya mengenai pelitup muka 'hauk' ketika isu cop MS Sirim sebagai perakuan pelitup muka hangat diperkatakan. Turut tular adalah video 'tutorial' yang menyaksikan pelitup muka keluaran Jovian terputus sebanyak dua kali ketika bersiaran langsung bersama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza. Walaupun menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu telah tampil memberi penjelasan tentang maksud sebenar 'hauk' yang digunakannya sebelum ini bagi merujuk kepada produk tiruan keluarannya, namun segelintir netizen masih tidak dapat menerimanya. Pelitup muka yang digunakan Siti Nurhaliza semasa siaran langsung terputus. Menerusi ruangan komen, video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok @HadreyAli dikaitkan dengan pelitup muka keluaran pereka fesyen itu sebagaimana yang tular. Kebanyakan mereka memetik nama Jovian selain turut mengaitkan perkataan hauk, Sirim dan Siti Nurhaliza. Antara kata-kata lain yang diucapkan adalah 'Jovian menangis tengok ni (video @HadreyAli)'. Ni baru betul mask tak hauk. NETIZEN "Beli mana bang? ada cop Sirim ke tu? "Ni baru betul mask tak hauk. "Yang ada Sirim pun tak mampu sekuat cinta ni. Antara jenaka netizen di ruangan komen. "Patut Datuk Seri Siti Nurhaliza cuba pelitup muka ni dulu," komen beberapa netizen. Terdahulu, video yang dimuat naik di aplikasi popular itu meraih lebih 104,400 tanda suka selain dikongsi lebih 10,800 individu. Ia juga turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain termasuk Twitter, Youtube dan Facebook. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI