suria

Derita dalam senyap! Wanita dedah 2 jam tak sedar pukul diri sendiri, BF sampai lebam... titip pesanan elak jadi lebih parah

Seorang pelayar Twitter menceritakan pengalamannya mendapatkan rawatan psikiatri.

DERITA dalam senyap!

Namun, ramai yang mengabaikan kesihatan mental dan takut untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dilabel 'gila'.

Jika tidak dirawat, pesakit akan mengalami masalah lebih besar selain cenderung untuk membunuh diri akibat tekanan emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku hidap anxiety sejak beberapa tahun lalu, Ella minta masyarakat lebih berani suarakan masalah mental

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat antikemurungan, Janna Nick terpaksa perlahan kerjaya seni demi kesihatan mental

Berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan psikiatri, seorang pelayar Twitter yang dikenali sebagai Luna berkata, dia mula mengalami depresi sejak zaman belajar di universiti.

Menurutnya, sejak 2018 dia mendapatkan rawatan di beberapa hospital sehingga disahkan menghidap bipolar dan borderline.

"Rasa mahu membunuh diri, kurang tidur, terlalu kuat belajar dan bekerja. Tapi itu bukan 'episod' pertama, saya mula mencederakan diri (kelar tangan) ketika usia 13 tahun dan semakin teruk pada usia 17 tahun.

"Pensyarah saya Puan Juhanita yang mengajar semasa asasi dan semester pertama ijazah sarjana muda banyak kali sebut pasal pelajar dia bunuh diri. Jadi, dia minta sesiapa yang ada masalah untuk datang jumpa dia dan itu yang saya lakukan.

Luna menasihati orang ramai yang mengalami simptom atau masalah sama untuk mendapatkan rawatan.

Luna menasihati orang ramai yang mengalami simptom atau masalah sama untuk mendapatkan rawatan.

"Saya tak dapat nak beritahu keluarga kerana sudah berpecah-belah. Jadi Puan Juhanita bawa saya ke Klinik Kesihatan Presint 9 di Putrajaya untuk rawatan dan saya disahkan menghidap depresi," katanya yang mula mengambil ubat-ubatan.

Bagaimanapun, Luna memberitahu, pengambilan ubat-ubatan tersebut sedikit pun tidak membantunya sehingga akhirnya dia terpaksa berhenti belajar.

Sejak itu, katanya dia menjadi individu yang terlalu bergantung harap dengan teman lelaki sebelum ditinggalkan ekoran pasangan tidak mempunyai ruang dan masa sendiri.

"Saya terlalu bergantung pada dia dan teman lelaki seterusnya. Dalam tempoh lima tahun, saya pernah mengambil dos berlebihan beberapa kali, jadi daripada didiagnosis sebagai penghidap depresi, ia bertukar kepada kemurungan yang terlampau atau MDD (Major Depressive Disorder) dan akhirnya BMD (bipolar mood disorder)," jelasnya.

Antara ubat yang sering digunakan untuk merawat masalah kesihatan mental.

Pelbagai jenis ubat digunakan untuk merawat masalah kesihatan mental. - Gambar hiasan

Mendakwa dirinya pernah mengambil dadah, dia turut mengambil pelbagai jenis ubat seperti Luvox, sertraline, clonazepam, xanax, quetiapine, lamotrigine dan suntikan fluanxol.

"Untuk yang mengalami masalah sama, jangan ambil clonazepam. Saya pernah menyalahgunakannya kerana ia adalah ubat penenang dan membantu kita melupakan sesuatu. Bila stres, saya akan makan banyak-banyak dan melupakan semua.

"Saya juga pernah masuk PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), Hospital Selangor, Hospital Shah Alam, Hospital Sultanah Aminah, Gleneagles... sebab saya tak boleh kawal emosi, bila sedih saya akan jadi terlalu sedih dan kalau gembira, akan jadi terlalu gembira.

"Selepas didiagnosis barulah tahu yang saya hidap bipolar iaitu penyakit mental. Bila mood berubah ia akan menjadi terlalu esktrem sehingga dimasukkan ke hospital.

"Sekarang saya menerima rawatan dan perlu mengambil suntikan setiap bulan. Hipomanik dan depresi dapat dikurangkan, itupun selepas lima tahun mendapat rawatan," ceritanya lanjut.

Luna menunjukkan kesan calar di tangannya yang dilakukan kerana masalah kesihatan mental.

Luna menunjukkan kesan calar di tangannya yang dilakukan kerana masalah kesihatan mental.

Dalam pada itu, Luna turut memberitahu dirinya tidak dapat mengawal kemarahan, yang akan menyebabkan badannya menggigil selain memaki, membaling barang serta memukul diri sendiri termasuk orang lain.

Ujarnya, dia kemudian disahkan menghidap borderline personality disorder (BPD) selepas dibawa mendapatkan rawatan di Gleneagles, beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya BPD yang dihidapinya semakin membimbangkan pada tahun ini apabila cenderung untuk menyakiti diri sendiri.

"Saya dah berhenti kelar tangan sejak awal tahun tapi jadi tabiat pukul diri sendiri pula... paling teruk, saya pukul semua sampai lebam termasuk teman lelaki. Sampai dua jam saya tidak sedar," katanya.

Justeru, dia menasihati pengikut di Twitter supaya mendapatkan rawatan sekiranya merasakan diri tidak sihat kerana keadaan yang tidak dingini boleh berlaku.

Talian hotline befrienders yang disediakan untuk membantu individu kemurungan tidak memberi impak, malah ramai yang mengetahuinya.

LUNA

Dia yang turut mendapatkan rawatan perubatan Islam memberitahu, mereka yang mempunyai anxiety dan nervous adalah perkara biasa tetapi sekiranya masalah itu mengganggu kehidupan seharian, rawatan perlu dijalankan.

Tambahnya, mereka yang ingin mendapatkan rawatan boleh pergi ke hospital besar dengan membawa surat rujukan dari klinik kesihatan.

Luna juga menyatakan talian hotline befrienders yang disediakan untuk membantu individu kemurungan tidak memberi impak, malah ramai yang mengetahuinya.

Perkongsiannya itu membuka mata orang ramai tentang pentingnya rawatan awal bagi individu yang mempunyai simptom masalah kesihatan mental.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka.

Rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman masing-masing dan masalah yang dihadapi.

"Saya dapat rasakan kesakitan yang awak hadapi untuk melawannya, bukan mudah. Saya pernah terfikir untuk membunuh diri juga tapi saya dapatkan pertolongan dan gembira awak lakukan itu juga. Saya tahu bukan mudah untuk melawan tapi saya ada bersama awak, mesej saja apabila perlu."

"Terima kasih atas perkongsian. Saya terpaksa berhenti kerja walaupun baru mula seminggu sebab bila nak kerja saya akan alami sesak nafas dan sakit dada serta terlampau berfikir sehingga menggigil. Seksa tu tuhan sahaja yang tahu, kemudian saya putuskan untuk berhenti dan mendapatkan rawatan pakar."

"Nak bercakap isu ni memerlukan kekuatan, awak sangat hebat. Harapnya awak pulih dan tolong sebarkan kesedaran tentang masalah kesihatan mental, saya pasti ramai yang perlu tahu tentang ini," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain