suria

Jiwa rider saja faham mengapa pemuda ini menangis lepas kemalangan, bukan sakit tapi risau nampak cik tunang terbaring atas jalan

Kata Akmal, dia menangis kerana trauma apabila sudah dua kali terlibat dalam kemalangan dengan tunangnya.

MALANG tidak berbau. Begitulah kisahnya mengenai pasangan darah manis ini apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil sebelum susur keluar ke Putrajaya pada Isnin lalu.

Menurut Akmal Haikal Jamaludin, 29, motosikal yang dinaiki bersama tunangnya Mimi Zaniza, 22, dilanggar oleh sebuah lagi motosikal lain, menyebabkan mereka berdua terpelanting ke atas jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pakai baju kurung pergi kelas” - Pantas! Atlet buat kejutan, kata nak merisik tapi bawa cincin tunang

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris kemalangan gara-gara mabuk, hidup tak tenang tanpa hidayah Allah... Bekas kru kabin temui jawapan selepas peluk Islam

"Pada masa itu, saya dalam perjalanan nak hantar tunang ke tempat kerja. Berlaku kesesakan trafik, jadi saya yang berada di lorong tengah nak masuk ke laluan kiri untuk elak sesak.

"Saya dah bagi signal, saya nampak motor di belakang pun mula perlahan. Tiba-tiba ada motor ketiga pula yang datang dan langgar kami. Akibat kemalangan itu, bahagian tapak kaki saya berlubang.

"Ada juga luka-luka dekat lutut, tapak tangan, badan habis calar, gigi depan pun pecah. Tunang saya pula cedera dekat paha, tisu paha dia terkoyak. Belakang badan dia pun cedera sebab terseret atas tar," imbasnya ketika dihubungi mStar.

Senang disapa Ikmal, dia turut berkongsi rakaman di tempat kejadian menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.6 juta tontonan dalam tempoh singkat.

Menerusi video yang dirakam tunangnya, Akmal kedengaran sedang menangis dalam keadaan tangannya yang berlumuran darah.

Bercerita lanjut, Akmal berkata dia bukan menangis kerana sedang menahan rasa sakit, sebaliknya risau akan keadaan tunangnya kerana sudah dua kali mereka terlibat kemalangan dalam tempoh setahun.

akmal2

Pasangan ini bertunang pada hujung tahun lalu.

"Ini merupakan kejadian kedua. Oktober tahun lepas kami terlibat dengan kemalangan kereta, sebulan sebelum kami bertunang. Apabila berlaku sekali lagi ini saya terus trauma.

"Saya nampak tunang tercampak. Sebab tu saya menangis, tapi dia pula tenangkan saya. Sejujurnya saya dah lama tak menangis. Kita dah hati-hati, dah beringat, tapi orang pula yang langgar," ujarnya yang menetap di Putrajaya.

Mengulas tentang video tular di TikTok, Akmal akui tidak berkecil hati apabila ada netizen yang menggelarkannya sebagai mat rempit.

Memang masih trauma, tapi nak buat macam mana... saya anggap ia sebagai ujian dalam bulan puasa.

MIMI

Menurut rider Shopee Food itu lagi, dia terkejut apabila video berkenaan meraih perhatian ramai dan berharap ia tidak berulang lagi pasa masa akan datang.

Dalam pada itu, tunang Akmal yang senang disapa Mimi berkata, dia masih trauma dengan kemalangan yang berlaku pada tahun lalu namun menerima apa yang berlaku sebagai ketentuan Allah.

"Masa kemalangan kali kedua, perasaan saya bercampur-baur. Dia nampak saya terbaring, jadi dia nangis. Bila dengar suara tunang nangis, terus saya bangun.

akmal3

Akmal berkata, dia risau melihat tunangnya yang terbaring selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.

"Dia datang dekat saya. Dia takut saya tinggalkan dia sebab dah dua kali kemalangan. Masa kemalangan tahun lepas kepala saya terhentak, dia jadi trauma, dia takut saya cari orang lain.

"Memang masih trauma, tapi nak buat macam mana. Saya anggap ia sebagai ujian dalam bulan puasa. Yang mana komen negatif di TikTok, saya pandang daripada sudut positif.

"Yang mana doakan kami, saya berterima kasih. Tuhan bagi peluang lagi untuk kami teruskan hidup," ujarnya mengakhiri bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain