PAKAI tudung sebab fesyen, lebih baik tak payah! Itu antara teguran sinis yang sering dilemparkan kepada kaum hawa gara-gara kelakuan mereka yang dianggap tidak seiring dengan gaya sebagai seorang Muslimah. "Apabila pakai tudung tapi tak ikhlas kerana Allah, inilah jadinya. Dengan make up tebal, tabarruj sana-sini, perangai tergedik, buat malu tudung je. Lebih baik cabut je tudung tu. ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak cetak, jual baju tulis ayat mencarut guna tulisan al-Quran! Ustazah anggap biadab, kreatif tak bertempat ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar, liuk-lintuk badan malu disentuh suami selepas akad nikah... ustazah ada teguran sayang buat pengantin ketika sesi batal wuduk "Ni lah perempuan zaman sekarang. Pakai tudung sebab fesyen. Sebab orang puji cantik... nak nampak in trend. Nak jadi hijabista cool la konon. Sampai ke laut jadinya. Lebih baik tak payah pakai tudung," demikian antara pandangan segelintir netizen berhubung imej wanita bertudung. Namun menurut pendakwah ustazah Sharifah Zahidah, meskipun faham dengan mesej atau teguran yang ingin disampaikan namun dia tidak bersetuju dengan saranan agar mereka membuka tudung. "Menjadi kebiasaan kita tengok orang pakai tudung tapi sebenarnya dia tak menutup aurat? Teguran-teguran dalam dialog tu memang betul. Tapi saranan yang menyatakan ‘lebih baik’ buka tudung itu langsung tak betul," tegurnya menerusi Facebook. Biarpun banyak kesalahan yang dilakukan oleh si pemakai, Sharifah Zahidah beranggapan tidak wajar untuk menyuruh mereka membuka tudung, sekali gus terus menambah dosa. "Sekalipun wanita itu bertudung sebab nak nampak cantik semata, walaupun dia bertudung tapi dia bertabarruj dan buat banyak kesalahan atau dosa lain dengan tudungnya, keadaan dia bertudung itu sendiri adalah lebih baik daripada langsung membuang tudungnya. Ada segelintir individu memberi saranan supaya wanita yang tak menutup aurat dengan sempurna agar membuka tudung mereka. (Gambar Hiasan) "Cuma amalannya bertudung adalah sia-sia atau dipersiakan. Kenapa amalan tudungnya dipersiakan? Seorang wanita yang bertudung tapi tak menutup aurat mengikut prinsipnya yang betul, dia tidak dapat pahala daripada tudungnya. "Tapi kebaikannya masih ada sedikit, iaitu kebarangkalian dia terselamat daripada dosa mendedahkan helaian rambutnya. Adapun dosa lain seperti mendedah dada, pakai ketat, tabarruj dan sebagainya, tetap berjalan seperti biasa. "Yang dimaksudkan ‘lebih baik’ bila bertudung walau dengan cara salah dan jahil, kerana sekurang-kurangnya timbangan dosanya jadi lebih ringan," jelasnya lagi. Dalam nukilan sama, Sharifah Zahidah sempat menitipkan pesan kepada golongan yang tidak sempurna tudungnya agar menetapkan niat dengan betul dan berusaha untuk mengurangkan dosa masing-masing. Tambahnya, jika seseorang itu berusaha untuk memperbaiki diri, lambat laun pasti akan hadir kekuatan untuk terus menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah. Syurga neraka belum start lagi. Kenapa gopoh menghakimi? Tegur... tapi jangan putuskan ke mana akhir sesiapa. USTAZAH SHARIFAH ZAHIDAH "Usahlah ditempelak mereka dan menggalakkan mereka terus buka tudung. Anda tak tahu seberat apa menanggung dosa dan azab kerana dosa-dosa yang dipikul di akhirat kelak. "Adapun wanita yang menutup aurat dengan sempurna, ada dua kemenangan buat mereka. Satu, mereka terselamat daripada dosa... keduanya mereka dapat pahala. "Mereka untung berganda. Untuk wanita yang tak sempurna tudungnya ini, saranan saya dalam kita berusaha, tetapkan niat, bahawa kita bertudung sekurangnya untuk meringankan dosa, walau kita tahu dan tak kuat menghalang dosa lainnya lagi. "Masih mencukur kening, pakai ketat, tayang dada dan sebagainya. Tapi jangan lupa sentiasa hadirkan niat. Jika tak berpahala sekalipun, biar berkurang dosa sekadar kita mampu. Lambat laun, kekuatan pasti akan hadir dalam jiwa kita untuk terus berjuang menjadi lebih baik," jelasnya panjang lebar. Sharifah Zahidah menitipkan pesan kepada golongan yang tidak sempurna tudungnya agar menetapkan niat dengan betul. Sharifah Zahidah turut memberi peringatan kepada mereka yang sudah menutup aurat dengan sempurna agar tidak memandang rendah kepada kaum hawa yang lain. Tambahnya, usah gopoh menghakimi dan mengambil alih kerja Tuhan, sebaliknya tegurlah dengan lembut dan penuh berhemah. "Yang dah sempurna tutup auratnya. Jangan tempelak mereka, tapi tegurlah, baik dengan lembut mahupun dengan tegas. Yang penting usah tempelak mereka seakan pintu taubat sudah tertutup untuk mereka apatah lagi sarankan mereka buka tudung lebih baik. "Jika kita tahu seberat apa itu dosa dan azab Allah, mustahil kita anggap buka tudung itu lebih baik. Sama-sama kita doakan untuk semua. "Syurga neraka belum start lagi. Kenapa gopoh menghakimi? Tegur, tapi jangan putuskan ke mana akhir sesiapa. Itu kerja Tuhan. Bukan kerja kita," ujarnya mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI