KANDUNGAN sebuah buku teks yang memberi gambaran negatif mengenai aktiviti papan selaju mengundang rasa kurang senang komuniti sukan itu. Ia berikutan paparan ilustrasi sekumpulan remaja yang sedang bermain papan selaju dilabelkan tiada penghayatan agama atau tiada kepercayaan dalam hidup. Menurut pengendali Instagram sk8msia (Skate Malaysia) kandungan buku teks itu merupakan satu fitnah, sekaligus memberi tanggapan negatif kepada peminat sukan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya lagi suka jatuh” - Gadis berhijab seronok main skateboard... aurat, rahim dan peranakan antara isu terpaksa hadap! ARTIKEL BERKAITAN: Ikut jejak langkah bapa, aksi bersahaja si cilik umur 3 tahun main skateboard curi perhatian ramai "Astargfirullahalazim. Apa motif penerbit buku teks ini sebenarnya? Apa salah bermain aktiviti skateboard? "Sedarkah mereka skateboard juga telah dipertandingkan di Sukan Asia 2018 di Palembang, 2019 di Filipina dan terkini Tokyo 2020 sebagai salah satu kategori sukan? Permainan papan selaju turut dipertandingkan di acara-acara sukan dunia. (Gambar Hiasan) "Kami amat sedih kerana ini satu fitnah dan memberi tanggapan yang negatif kepada komuniti kami. Malah mendidik masyarakat kita pandang serong terhadap pemain skateboard," ujar pengendali akaun itu. Tambahnya lagi, adalah tidak wajar sekiranya remaja yang terlibat dalam sukan itu digambarkan sebagai individu yang tiada penghayatan agama. Malah, dia turut memohon Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar mengambil tindakan atas penerbitan buku teks berkenaan. "Kenapa perlu mendidik cara yang salah? Skateboarding adalah sukan. Bukan aktiviti tidak bermoral lebih lebih lagi ditulis 'tiada penghayatan agama atau kepercayaan dalam hidup' dan letak gambarajah remaja sedang bermain skateboard. Apa motif penerbit buku teks ini sebenarnya? Apa salah bermain aktiviti skateboard? SK8MSIA "Kami mohon Menteri Belia dan Sukan dan KBS dapat bantu menyelesaikan isu ini. Kami bagi pihak komuniti skateboard di Malaysia tidak berpuas hati dan berharap semua buku teks tersebut dilupuskan dan disunting atau cetak semula. "Ini satu fitnah kepada kami semua. Didiklah rakyat khususnya generasi muda dengan cara yang betul dan cerdik. Semoga dipermudahkan buat kita semua," tulis kenyataan itu lagi. Dalam posting sama, pengendali Instagram itu turut membuat pautan kepada laman sosial Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berhubung isu tersebut. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas kandungan yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan. Tangkap layar yang kini tular di media sosial. "Aku skater, aku puasa, mengaji, solat. Jika dengar azan kami berhenti solat dulu. "Siapa kata papan selaju tak berfaedah? Ia adalah sukan ekstrem yang membawa anda keluar daripada zon selesa dan memotivasikan diri sendiri. Selain itu, sebilangan netizen turut berpendapat sebaliknya dan menganggap ia sebagai salah faham sahaja. "Isunya melepak pakai baju sekolah kot rasanya. Atau ponteng sekolah. Main skateboard tak isu pun. Kalau pakai baju sekolah main basikal tepi jalan pun jadi isu. "Ini ponteng sekolah la admin tiada kaitan dengan skatebording, sebab pakaian seragam sekolah," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI