suria

Hangus RM3,000! Wanita sedang berpantang dijerat Macau Scam, ‘pindah’ semua duit selepas cuak ‘hukuman gantung’

Wanita ini kehilangan RM3,000 gara-gara ditipu oleh individu menyamar sebagai pihak Pos Laju.

PENIPU atau scammer sentiasa mencari ruang dan peluang selagi boleh untuk memperdayakan mangsa.

Boleh dikatakan saban hari pelbagai jenis tipu helah dilakukan mereka demi mengaut keuntungan ribuan ringgit.

Terbaharu, Nurul Najwa Ibrahim, 23, menerima panggilan daripada individu yang kononnya daripada 'Pos Laju' pada 10 Mac lalu, mendakwa terdapat 'barang haram' seperti kad bank dan kad pengenalan dihantar kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang sarat hamil nyaris ditipu warga asing, selamba 'sound' scammer... pernah melayang RM100 sebab trick sama - "Saya bukan malas..."

ARTIKEL BERKAITAN: Plan nak keluarkan RM10,000 wang KWSP, dah fikir apa nak buat? Trader kongsi ilmu biakkan duit, yang pasti elak pelaburan saham

Najwa memberitahu, barangan tersebut kononnya ditahan di balai polis Kuantan untuk siasatan dan kejadian berlaku ketika dia sedang berpantang selepas bersalin anak kedua..

"Masa tengah pantang tu, saya terima satu panggilan daripada 'Pos Laju'. Pemanggil itu beritahu saya perlu membuat laporan polis kerana mungkin seseorang menggunakan maklumat peribadi saya. Bila saya kata saya tidak hantar apa-apa, dia minta saya tekan '9' sebelum saya disambungkan kepada individu yang mendakwa dirinya 'Koperal Nasir'.

"Saya jadi yakin untuk tmeneruskan panggilan tu dan bila dia minta saya semak dalam carian Google nombor telefon balai polis Kuantan dan dia diberitahu untuk menjangka panggilan daripada nombor berkenaan.

"Lepas saya terima panggilan tu, 'Koperal Nasir' memberi dua pilihan. Mereka 'ugut' akan mengeluarkan waran tangkap dan hukuman gantung atau saya boleh bekerjasama dengan cara lain. Saya sangat takut ketika itu sampai menangis dan menjelaskan apa yang berlaku masa tu," katanya kepada mStar.

macau scam 3k 2

Najwa (kiri) bersama keluarga.

Bukan sekadar itu, Najwa turut diberi amaran oleh pihak berkenaan supaya merahsiakan perbualan tersebut dengan mengunci pintu dan tidak boleh keluar dari bilik.

Selepas pelbagai jenis 'penjelasan' dibuat, Najwa juga diminta agar tidak memberitahu berhubung perkara itu kepada orang lain termasuk suaminya sepanjang siasatan dijalankan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, terdapat dua waran dikeluarkan terhadapnya sekali gus mencetuskan suasana panik sehingga tidak mampu berfikir dengan rasional ketika itu.

"Dia suruh saya kurangkan aktiviti luar. Maksudnya jangan berinteraksi dengan orang lain. Dia beritahu akaun bank saya akan dibekukan selama dua tahun enam bulan, jadi saya terpaksa buat pindahan semua wang ke dalam akaun yang dia sediakan iaitu 'akaun perlindungan sementara waktu'.

macau scam 3k 3

Tangkap layar perkongsian mengenai kisah Najwa di Facebook.

"Bila saya beritahu yang saya nak mereka jalankan siasatan ke atas akaun saya, dia menghantar nombor akaun bank kepada saya dan mengarahkan supaya memasukkan wang RM3,000 untuk membolehkan dia menyemak sumber wang saya.

"Saya tak fikir panjang sebab gelabah jadi terus saya transfer semua. Setelah beberapa ketika, saya terfikir sendiri, bagaimana mereka boleh menyemak sama ada wang saya datang dari cara haram melainkan mereka mempunyai penyata bank saya? Ketika itulah saya menyedari bahawa saya telah ditipu tapi sudah terlambat sebab mereka dah block nombor saya," ujar Najwa.

Taktik mengetahui nama penuh dan nombor kad pengenalannya serta menghubunginya menggunakan nombor yang sama dalam carian Google membuatkan Najwa percaya ia adalah sahih.

Najwa yang menetap di Kelantan berkata, dia berharap pihak berkuasa akan melakukan lebih banyak siasatan dalam menangani ancaman penipuan dan membanteras jenayah 'Macau Scam'.

macau scam 3k 4

Najwa merupakan peniaga pakaian dalam talian.

Najwa yang berniaga pakaian dalam talian berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan jangan takut walaupun terdapat pihak mendakwa mempunyai 'kes polis'.

"Saya mula berniaga dan kumpul duit pada awal 2020. Saya jual macam-macam jenis pakaian. Saya jual blouse, mini dress, dress, kaftan, skirt, palazo dan baju raya pun ada.

"Bukan senang nak dapat untung berniaga demi nak sara hidup sekarang. Tambah pula sekarang ni lepas Covid-19, sangat sukar walaupun nak dapat seorang pelanggan.

"Pada masa sama, saya promosi barang-barang menerusi Telegram pun tak ada yang nak beli.

"Bla ada seorang pelanggan beli, semangat saya datang balik. Ini saja pendapatan saya nak cari balik duit yang saya hilang sebab kena scam. Saya percaya rezeki Allah, moga Dia ganti kesedihan dan kerugian ini dengan berita baik pada masa akan datang," katanya..

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain