suria

Suami kacak, isteri cantik tapi pengotor! ‘Penyewa puaka’ hidup dalam sampah berulat, sewa pun lambat bayar

Keadaan rumah yang dihuni penyewa yang kotor dan berulat.

DAH serupa tapak pelupusan sampah! Begitulah gambaran terhadap sebuah rumah sewa yang dipenuhi sampah sarap selepas ditinggalkan penyewa.

Menerusi video yang tular kelihatan keadaan rumah yang teruk dari ruang tamu, dapur membawa ke bilik tidur hingga tuan rumah menggambarkan penghuninya sebagai 'penyewa puaka'.

"Tak tahu macam mana dia boleh hidup dengan keadaan macam ni," kata seorang wanita menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Penyewa dari neraka' memang wujud! Pemilik perlu 'daki' timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun menyewa atas ihsan pemilik, kumpulan pelajar perempuan tak pernah cuci langsir, tuala wanita lekat di tingkap, "Ingat ni muzium seni ke?"

Menurut tuan rumah berkenaan, Kamarina Komeng, dia menyewakan rumahnya di perumahan flat di Pasir Gudang, Johor kepada pasangan suami isteri.

Wanita berusia 37 tahun itu memberitahu pasangan yang baru berkahwin itu mula menyewa sejak pertengahan tahun lalu.

"Suami isteri ni asalnya menyewa bilik di tempat lain tetapi bercampur penghuni lelaki lain di dalam rumah. Mereka kemudian minta tolong nak sewa rumah saya.

"Mereka baru berkahwin, si isteri tidak bekerja ketika itu. Jadi saya kasihan mereka dan beri peluang untuk menyewa," katanya kepada mStar.

penyewa puaka 4

Keadaan di bilik tidur.

Namun sejak pasangan itu menyewa, Kamarina berdepan pelbagai dugaan bagi mendapatkan sewa bulanan sebanyak RM500 bagi rumah dengan tiga bilik tidur itu.

"Mereka selalu lambat bayar atau ada saja tunggakan. Jadi, saya datang buat spot check. Saya tergerak hati untuk datang pada Januari lalu.

"Tapi kedua-duanya tiada di rumah. Saya masuk guna spare key dan sebaik melangkah masuk, saya hanya mampu mengucap (dua kalimah syahadah) sebab keadaan dalam rumah sangat teruk," ujarnya yang berasal dari Batu Pahat.

penyewa puaka 1

Ruang tamu dipenuhi sampah.

Tambah Kamarina yang bekerja sebagai guru, keadaan rumahnya itu kelihatan sangat menjijikkan kerana terdapat juga sisa makanan berulat.

"Saya hanya mampu berdiri, nak jalan pun susah. Memang tak boleh duduk langsung sebab banyak sangat sampah. Tilam dicucuk dengan rokok.

"Ada makanan yang berulat. Bukan setakat di ruang tamu dan dapur, di dalam bilik tidur pun ada. Baunya tak boleh nak bayangkan, itu belum lagi dengan lipas sana sini.

"Di tandas pula ada seluar dalam lelaki yang dibiarkan di atas lantai. Tak dapat nak bayangkan macam mana suami isteri ni boleh duduk dalam rumah sekotor itu," katanya sambil menambah penyewa bekerja sebagai kontraktor.

penyewa puaka 5

Salah sebuah bilik turut kotor.

Bagaimanapun kata Kamarina, dia menegaskan bahawa tiada tanda-tanda rumah yang disewakannya itu dipecah masuk kerana pintu dan tangkap dalam keadaan baik.

"Saya tanya jiran-jiran, mereka cakap masih nampak suami isteri ni keluar masuk ke rumah. Jadi, mereka masih tinggal di situ, cuma tak pasti macam mana mereka boleh tidur dalam keadaan macam tu.

Ada makanan yang berulat. Bukan setakat di ruang tamu dan dapur, di dalam bilik tidur pun ada. Baunya tak boleh nak bayangkan, itu belum lagi dengan lipas sana sini.

KAMARINA KOMENG

"Saya call pasangan tu dan pura-pura tak tahu yang rumah tu kotor. Saya tanya jika masih tak boleh bayar sewa, saya minta mereka keluar rumah secara baik.

"Mereka bersetuju untuk keluar dari rumah dan beberapa hari kemudian rumah ditinggalkan dalam keadaan yang telah dikemaskan, cuma kotor sikit-sikit tidak seteruk hari tu," katanya.

penyewa puaka 6

Barang-barang berselerak dan puntung rokok tidkak dibuang.

Wanita itu berkata, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan keadaan lebih buruk terjadi di rumah sewanya kerana suami isteri itu menyewa tanpa sebarang perjanjian.

"Saya tolong mereka atas dasar kasihan, jadi tak ada sign apa-apa. Kalau nak buat laporan polis pun tak ada perjanjian dibuat.

"Saya tak serik untuk menyewakannya lagi, sebelum ni pun ada saja penyewa yang pengotor tapi ini yang paling teruk. Takut pula ada benda-benda pelik kat rumah tu.

"Cuma saya terkejut sebab mereka lemah lembut. Suaminya handsome, isteri cantik dan mereka sentiasa berpakaian kemas. Mungkin sikap pengotor mereka tak dapat dijangka," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain