MELIHAT kepada reaksi gadis ini, ramai yang menelah dia adalah anak kesayangan kepada bapanya. Telahan itu dibuat netizen berdasarkan satu perkongsian video di media sosial memaparkan gelagat si bapa menyakat anak gadisnya yang bertugas di kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera. Menerusi video berdurasi 14 saat itu, kelihatan gadis tersebut terkejut dan menjerit kegembiraan apabila menyedari pelanggan yang mahu mengambil pesanan makanan merupakan bapanya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Pecah tawa anak-beranak... bapa sporting tiba-tiba jadi supir, siap pakai kot tapi berseluar pendek! - “Dia pernah bakar tuala kegemaran saya” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa garang berubah sporting sejak jadi imam, kejutkan anak ‘hantu PUBG’ dengan gaming chair - “Mak bising kerusi dapur asyik hilang” Berkongsi cerita dengan mStar, Zulkifle Mohd Rosli berkata video tersebut dirakam secara spontan ketika dia singgah untuk membeli ayam goreng di restoran makanan segera tempat anaknya bekerja. "Video itu dirakam petang Ahad lalu, ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari kampung halaman di Melaka menuju Kuala Lumpur. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Ibu saya ada bekalkan sedikit lauk pauk untuk berbuka termasuk sambal tumis. Saya terfikir, sedapnya kalau makan sambal tumis dengan ayam goreng, jadi saya pun singgah di restoran tersebut dan masuk kaunter pandu lalu. "Anak saya memang kerja di restoran tersebut cuma pada hari itu, saya tak tahu dia bertugas bahagian apa dan tak tanya dia pun. Tiba-tiba dari jauh nampak dia di kaunter serahan pesanan. Zulkifle mengakui dia seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak. "Itu yang saya spontan rekod... saja nak sakat anak tengah bekerja. Sekejap saja sebab ada kereta di belakang tunggu giliran. Selepas tiba di rumah, baru saya upload," ujarnya yang merupakan seorang perunding hartanah. Menurut Zulkifle, anak sulungnya, Puteri Dania Batrisyia, 18, bekerja di restoran makanan segera berkenaan secara sambilan bagi mengisi masa lapang sebelum melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Berkongsi mengenai perwatakan dirinya sebagai seorang bapa, Zulkifle berkata dia sebenarnya sangat tegas apatah lagi dia merupakan bekas pegawai pasukan beruniform berpangkat kapten. Zulkifle sering meluangkan masa dan bercuti bersama-sama keluarganya sebagai satu cara mengukuhkan ikatan kekeluargaan. "Saya dengan anak-anak memang tegas. Disiplin memang nombor satu tapi seiring dengan kasih sayang. Biasalah, apabila bapa garang, anak-anak akan berkongsi cerita atau masalah kepada ibu mereka. "Dan isteri akan berkongsi pula dengan saya... sebagai bapa, saya bertindak untuk selesaikan jika ada masalah. "Tapi apabila anak-anak dah besar, saya layan mereka seperti kawan-kawan. Kalau ditanya mengenai bagaimana kami bonding, saya sangat tekankan waktu makan mesti sama-sama. Saya rasa bersalah apabila baca komen segelintir netizen. Ada yang beritahu mereka iri hati sebab tak dapat kasih sayang daripada ayah sejak kecil. ZULKIFLE MOHD ROSLI BAPA "Apabila kita semeja, tak ada lebih dan tak ada kurang. Saya juga macam bapa lain, apabila ada masa terluang, pasti bawa keluarga berjalan-jalan," ujar bapa kepada dua cahaya mata ini. Zulkifle dalam pada itu berkata dia sama sekali tidak menyangka video santainya meraih lebih 3.2 juta jumlah tontonan. "Mula-mula niat nak share dalam WhatsApp group keluarga saja. Tapi saya fikir, video tu lucu juga jadi sajalah share di TikTok. Tak sangka pula jadi viral. "Tapi saya rasa bersalah apabila baca komen segelintir netizen. Ada yang beritahu mereka iri hati sebab tak dapat kasih sayang daripada ayah sejak kecil sebab dah meninggal dunia ataupun berpisah dengan ibu. Antara komen netizen yang kagum dan memuji keakraban hubungan Zulkifle dan anaknya. "Ada juga yang komen, dia tak pernah merasa gurauan seorang ayah. Saya pula yang jadi sedih dan serba salah. "Apapun daripada sudut pandang saya sebagai bapa, anak-anak ini amanah Allah. Sayangkan anak tangan-tangankan. Tapi niat itu biarlah untuk mendidik, bukan untuk lepas geram. "Marah anak untuk mendidik supaya apabila kita dah tak ada nanti, mereka menjadi orang yang berguna," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI