suria

Rumah dia tak ajak, tapi nak terjah rumah orang! Wanita bengang ada puak paksa buat open house, mana common sense?

Rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri menjadi 'tradisi' bagi meraikan tetamu. Gambar hiasan

SUDAH menjadi satu kelaziman atau tradisi kebanyakan daripada masyarakat kita sering menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan perayaan utama.

Sudah semestinya ia adalah antara 'acara' yang ditunggu-tunggu ramai kerana berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan secara percuma di samping dapat mengeratkan silaturrahim antara tetamu dan tuan rumah.

Ketika ini hujung minggu kebanyakan orang pastinya padat dengan aktiviti rumah terbuka atau kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri memandangkan Syawal masih belum melabuhkan tirainya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Open house' tak jadi, kesian anak tercongok depan pintu

ARTIKEL BERKAITAN: Seram sejuk rumah terbuka Hari Raya muncul 'tetamu tak diundang', "Rambut mengerbang, duduk atas balang kuih raya"

Namun begitu, dalam keseronokan dan keterujaan mahu beraya ke rumah kenalan atau saudara mara sendiri, tetamu perlu menitikberatkan adab ketika berkunjung antaranya mendapat jemputan daripada tuan rumah terlebih dahulu, dan bukannya terus menerjah.

Demikianlah situasi yang dihadapi oleh seorang wanita apabila ada antara kenalannya yang tidak sabar-sabar menjadikan kediamannya sebagai 'sasaran' acara rumah terbuka untuk diserbu.

OPEN HOUSE 1

Luahan seorang wanita yang kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak mempunyai 'common sense'.

Wanita tersebut meluahkan rasa kurang senang apabila pihak berkenaan dilihat seolah-olah tidak mempunyai 'common sense' kerana tidak memikirkan perasaan tuan rumah.

"Tolong post pasal orang yang nak raya datang rumah. Kita minggu ni baru balik dari kampung beraya. Baru sampai KL (Kuala Lumpur).

"Ada pula puak-puak yang malas masak paksa kita suruh buat open house Sabtu Ahad.

"Kita ni penat tak habis lagi tempuh jam, raya, barang-barang rumah tak kemas lagi," demikian luahan wanita berkenaan menerusi satu mesej yang dikongsikan oleh pentadbir laman Facebook Siakap Keli Press.

raya 2

Penat berhari raya dan bercuti di kampung juga antara faktor tuan rumah belum bersedia menerim tetamu. Gambar hiasan.

Tambah pelayar wanita itu lagi, adalah lebih manis sekiranya mana-mana pihak yang ingin bertandang mendapat jemputan terlebih dahulu daripada pihak tuan rumah.

"Sabarlah... hujung minggu lain kan ada. Janganlah pandai-pandai nak suruh orang buat open house. Kalau orang tak jemput, orang pun ada komitmen," luahnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih hampir 300 shares di Facebook selain dihujani ribuan komen netizen.

Suka hati tuan rumahlah kalau dia busy belum ada rasa nak buat. Orang lain jangan sibuk-sibuk.

NETIZEN

Rata-rata warganet tampil dengan pandangan yang pelbagai namun majoritinya turut bersetuju dengan luahan wanita berkenaan kerana pernah mengalami situasi yang sama.

"Memang ada yang jenis macam ini. Rumah dia tak pernah ajak, rumah orang dia paksa. Dia dah plan siap-siap rumah yang dia nak pergi. Siap ajak orang lain join sama konon nak jumpa ramai-ramai. Eh orang tak balik lagi kau dah plan nak beraya. Agak-agaklah.

"Pernah juga kena paksa macam ni. Baru balik dari kampung terus masuk kerja. Lauk-lauk peti ais pun ada ciput-ciput. Dah orang datang, kita ni goreng bihun sajalah.

KOMEN

Antara sebahagian komen netizen terhadap luahan wanita berkenaan.

"Tak payah pening-pening. Open house bukan wajib buat pun. Suka hati tuan rumahlah kalau dia busy belum ada rasa nak buat. Orang lain jangan sibuk-sibuk," demikian antara sebahagian komen netizen.

Namun ada juga yang menganggap tuan rumah tidak sepatutnya menolak kunjungan tetamu kerana mereka dianggap 'pemberi rezeki', apatah lagi kunjungan berkenaan hanyalah setahun sekali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain