suria

Abang, kakak balik beraya cuma tau melawa, jadi VIP! Adik di kampung bengang dibiar buat kerja, siap tegur ‘pakai baju kelawar je?’

Wanita ini meluahkan rasa terkilan gara-gara sikap darah daging sendiri yang tiada 'common sense' apabila pulang beraya di kampung. Gambar hiasan

TIDAK dinafikan memang meriah tatkala rumah ibu bapa di kampung penuh dengan adik-beradik serta anak-anak buah yang pulang untuk menyambut hari raya.

Namun dalam pada keseronokan berkumpul ramai-ramai meraikan lebaran, terselit juga kenangan yang kurang enak sehingga ada yang makan hati dek sikap individu dari darah daging sendiri.

Begitulah situasi yang dilalui oleh seorang wanita apabila ada dalam kalangan adik-beradiknya yang seolah-olah lepas tangan dan pulang ke kampung seperti 'tetamu VIP'.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dia tak ajak, tapi nak terjah rumah orang! Wanita bengang ada puak paksa buat open house, mana common sense?

ARTIKEL BERKAITAN: Raya di kampung tapi tidur hotel, Ustazah Asma kata boleh demi jaga aurat... jangan datang time makan saja!

Menurut wanita berkenaan, lebih memenatkan apabila semua persediaan menyambut Aidilfitri seperti memasak dan mengemas rumah dilakukannya bersendirian.

"Saya seorang sajalah yang bertungkus lumus dari pagi sampai ke malam... masak ayam rendang lima ekor, rendang daging tiga hingga empat kilogram, ketupat 150 biji. Nak mengemas rumah, macam-macam kerja nak diselesaikan.

raya 1

Luahan wanita berkenaan mengenai sikap adik beradik sendiri yang cula membuat kerja dapur.

"Sebab pada waktu malam, rombongan masjid takbir rumah ke rumah di perkampungan saya. Letih memasak tak hilang lagi, keesokannya pagi abang kakak dengan anak buah, cucu mereka angkut ke rumah ibu," luahnya menerusi satu mesej yang dikongsikan oleh personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya di Twitter.

Tambah wanita tersebut, lebih membuatkan dia terkilan, adik- beradiknya bukan setakat tidak menghulurkan tangan untuk meringankan penat lelahnya bahkan tidak membantu dari segi kewangan.

"Punyalah ramai jangan cakap... katanya seronok beraya beramai-ramai. Rasanya nak saja baling mercun!

raya 5

Selain memasak, wanita itu juga bertungkus lumus mengemas rumah untuk menyambut kedatangan tetamu. Gambar hiasan

"Sudahlah tak bagi duit dapur untuk ibu, tak tolong masak... datang macam tetamu VIP. Bukan saya saja pening, ibu pun pening tapi dia hanya diam tak boleh kata apa-apa... nanti sentap.

"Datang masuk dapur siap cakap 'hai... pakai baju kelawar je ke raya ni?' Mahu saja saya sumbat mulutnya dengan batang lemang.

"Kalau pakai baju raya, pinggan mangkuk semua tak basuh, panaskan lauk dan macam-macam kerja dapur," luahnya lagi.

Anak-anak buat inisiatif, buat grup WhatsApp adik-beradik lepas tu buat collection untuk duit barang dapur mak tiap bulan apatah lagi raya.

NETIZEN

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 2,000 ulang kicau (retweet).

Menjengah ruangan komen pula, rata-ratanya turut berkongsi situasi sama yang pernah dilalui wanita berkenaan, kerana menetap bersama ibu di kampung.

"Ada juga senasib dengan saya bila tiba time raya. Kalau kenduri pun macam tu. Yang lain melawa sambut tetamu dengan mekap bagai. Saya pakai seluar trek, duduk dapur sampai majlis habis. Kalau tak kenangkan mak yang dah tak kuat. Nama je adik-beradik perempuan ramai.

komen 1

Antara komen netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

"Saya bongsu dan tinggal dengan mak. Tiap-tiap tahun macam tu. Saya, mak dan kakak selalu buat semua even kerja-kerja lelaki pun kami buatkan. Yang lain datang hanya tunjuk muka dan bergambar kata buat kerja. Mak hanya diam... tak tahu kenapa masing-masing jadi macam tu," demikian antara perkongsian netizen.

Ada juga netizen yang berkongsi cadangan untuk mewujudkan 'tabung' keluarga dan kaedah yang lebih mudah untuk mengelakkan situasi 'makan hati' terus berlanjutan.

"Anak-anak buat inisiatif, buat grup WhatsApp adik-beradik lepas tu buat collection untuk duit barang dapur mak tiap bulan apatah lagi raya.

"Buat menu simple saja. Kuah kacang beli, serunding beli, ketupat beli frozen. Pinggan mangkuk guna pakai buang saja, settle," kata netizen lain pula.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain