suria

Nak ‘besar, tebal’! Isteri angin suami bawa balik plastik boleh isi sampah sebulan sampai berulat, pernah beli bawang macam nak kenduri

Suami isteri berkongsi kisah mengenai plastik sampah gergasi.

LAIN yang disuruh beli, lain pula yang dibawa balik.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang isteri apabila suaminya membeli plastik sampah bersaiz gergasi, berkali ganda besar saiznya berbanding tong sampah di rumahnya.

Tapi benarkah perempuan tak pernah salah?

ARTIKEL BERKAITAN: Demi anak, bapa redah masuk tandas wanita nak tukar lampin! Sesak atau sunyi tetap tak selesa, terbayang ada yang panik menjerit

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kahwin, suami sanggup 'korbankan' dumbbell untuk isteri senggugut teruk jam 1 pagi

Berkongsi pengalaman kepada mStar, Mohamad Asraf Jaafar berkata, isterinya memesan supaya membeli plastik sampah ‘besar dan tebal’ ketika dia keluar ke kedai, Ahad malam.

Lebih mesra disapa Acap S, katanya, dia mengakui sebelum ini sering membeli plastik sampah bersaiz lebih kecil berbeza dengan apa yang dikehendaki isterinya.

"Sebelum ni saya pernah silap beli tak ikut seperti pesanan isteri. Jadi kali ni saya kena beli yang betul. Di pasar raya ada jual plastik sampah bersaiz besar dan ada tulis tebal, saya pun beli.

"Lepas balik hantar plastik sampah, saya keluar semula ke kedai vape saya. Tiba-tiba dapat mesej daripada isteri bising sebab plastik sampah yang dibeli terlalu besar... dulu beli plastik sampah kecil dia bising, dah beli yang besar seperti dipesan tak okay pula," katanya ketika dihubungi.

viral plastik sampah 5

Plastik sampah yang terlalu besar hingga boleh digantung pada ampaian baju.

Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun terkejut apabila menyedari plastik sampah yang dibelinya terlalu besar berbanding saiz tong sampah di rumahnya.

"Kalau sebulan punya sampah di rumah pun belum tentu penuh. Jangan kata nak tunggu sebulan, seminggu je pun dah penuh ulat nanti.

"Tapi beli kecil pun salah, beli besar pun salah. Betullah orang kata yang perempuan ni tak pernah salah, susah nak mengaku kalah," ujarnya yang berasal dari Gerik, Perak.

Sementara itu, isteri Acap S, Nur Adriana Syazwani Asrul Affendi berkata, dia mengakui terkejut sebaik membuka pek plastik sampah yang jauh lebih besar daripada dirinya sendiri.

viral plastik sampah 6

Pek plastik sampah 'tebal' yang dibeli Acap S.

"Memang saya pesan ‘besar dan tebal’ sebab sebelum ni suami selalu beli plastik sampah kecil. Sebelum tu famili kami datang ke rumah, jadi saya nak kemas-kemas.

"Nak tunjuk sejauh mana besarnya, saya gantung plastik sampah tu pada ampaian baju. Kalau tinggi suami 174cm (sentimeter) pun boleh nampak bawah kaki je, saya yang tinggi 163cm memang habis tenggelam kalau disarung dengan plastik sampah tu," ujarnya secara berseloroh.

Sebelum ni saya pernah silap beli tak ikut seperti pesanan isteri. Jadi kali ni saya kena beli yang betul.

ACAP S

Senang disapa Nana, suri rumah berusia 22 tahun itu mendedahkan, plastik sampah bukanlah satu-satunya barang 'bermasalah' yang dibeli suaminya sejak mereka berkahwin pada tahun lalu.

"Sebelum ni saya pesan beli ubi untuk kami makan, dia belinya sampai 15 biji. Nak buat apa banyak-banyak sampai busuk nanti?

"Pesan beli bawang, dibelinya lebih sekilo dalam guni. Dia ingat saya ni nak masak buat kenduri agaknya. Sebab tu apabila saya minta beli plastik sampah, saya pesan betul-betul supaya cari yang besar dan tebal," katanya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

viral plastik sampah 1

Acap S dan Nana mendirikan rumah tangga pada 2021.

Mengenai plastik sampah bersaiz 'jumbo' berukuran 135cm x 170cm itu yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih sejuta tontonan, Nana berkata, dia menerima banyak komen termasuk mesej secara langsung (DM) bertanyakan mengenai plastik tersebut.

"Saya pun tak sangka ada plastik sampah sebesar itu. Bila saya post video pasal plastik sampah tu, ramai yang DM tanya kat mana kami beli.

"Plastik sampah sebesar itu memang muat nak masukkan tilam toto kalau nak hantar pergi cuci di kedai dobi. Macam kami sendiri simpan luggage untuk elak berhabuk.

"Mula-mula saya rasa nak marah sebab suami asyik silap beli je. Tapi bila saya sarung plastik sampah tu pada dia sebab besar sangat, saya sendiri yang gelak sebab kelakar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain