VIDEO temubual menerusi platform BBC World Service yang menampilkan seorang pelajar Malaysia mula menjadi bualan ramai netizen. Dalam video tersebut, Sabrina Azhar, 22, yang juga pelajar di Korea Selatan tampil berkongsi pandangannya sebagai gadis berhijab yang suka menari. "Saya datang ke Korea untuk belajar. Pada masa sama, saya juga terlibat dalam penghasilan kandungan media sosial. Jika kamu tanya sesetengah orang, mereka akan kata, oh dalam Islam wanita tidak sepatutnya menari. Wanita tak sepatutnya menyanyi bla bla bla bla. ARTIKEL BERKAITAN: Gempak habis! Pelajar sekolah sains 'feeling' artis K-pop, “Tak adalah kami asyik baca buku” ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam! - “Habis kerja, saya terus berlatih dua jam” "Tapi ada juga sesetengah orang yang, kamu tahu, ini abad ke-21. Maksud saya, sudah tentu kami tidak dibenarkan untuk twerk (tarian provokatif). Tapi masih ada sesetengah orang yang percaya bahawa kami tak sepatutnya menonjolkan diri menerusi media sosial. "Kita tidak sepatutnya menjadi objek kepada lelaki ketika membuat persembahan di hadapan mereka bla bla bla. Bagi saya, selagi saya buat perkara yang saya fikir betul, saya tidak menyakiti sesiapa, saya tak rasa ia patut menjadi masalah," ujarnya. "I like my hijab and I like dancing." How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8 — BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022 Dalam temubual berjudul Life of a hijabi K-pop dancer itu, Sabrina berkata hijab tidak pernah menjadi penghalang untuk dia meneruskan minat dalam dunia tarian. Malah kata YouTuber yang memiliki lebih 200,000 subscribers itu, dia tidak ambil pusing akan komen-komen kebencian dan memilih untuk menjadi diri sendiri sahaja. Sabrina merupakan pelajar Malaysia di Korea Selatan. "Ada orang yang kata, oh kamu memalukan Islam, kamu tak sepatutnya memakai hijab, kamu patut buka (hijab). Apa guna pakai hijab jika kamu menari. Saya dapat banyak komen. "Saya tak pernah balas komen. Apabila mereka fikir mengenai hijab, mereka macam, oh kamu perlu tutup diri kamu, berselindung, kamu tak boleh bangga dengan diri kamu. "Kamu faham maksud saya, kamu tak boleh jadi yakin kalau kamu berhijab. Saya yakin ketika berhijab, pada masa sama saya juga suka menari, jadi saya gabungkannya. Bagi saya, selagi saya buat perkara yang saya fikir betul, saya tidak menyakiti sesiapa, saya tak rasa ia patut menjadi masalah. SABRINA "Saya tak boleh kawal kata-kata orang. Apa yang saya boleh kawal ialah bagaimana saya rasa mengenainya. Jadi saya pilih untuk hiraukan segala komen kebencian yang saya dapat. "Saya rasa gadis muda yang berhijab tak perlu takut untuk yakin dengan diri sendiri," ujarnya lagi. Untuk rekod, video temubual berdurasi dua minit 18 saat yang dikongsi menerusi Twitter @bbcworldservice sejak Selasa meraih sejuta tontonan setakat ini. Di ruangan komen, netizen dari Malaysia tampil dengan pandangan tersendiri termasuklah yang kurang senang dengan pendirian gadis tersebut. Tangkap layar posting video itu. "Nak menari joget semua hak masing-masing tapi kalau dah kaitkannya dengan Islam kononnya cara hidup, itu salah dik. Matlamat tidak menghalalkan cara. "Kita dah buat kerja kita sebagai saudara sesama Islam untuk menegur, kelebihan you bijak pandai belajar sampai ke luar negara. Jatuh haram niat kita tak menghalalkan cara, semoga kita semua diberikan hidayah Allah. "Bagi saya ni semua dugaan untuk semua. Dia dugaan cara tu, kita pun dugaan dengan bagi nasihat dengan baik. Harapnya awak munasabah. Menari dengan cara seksi tu adakah sesuatu yang sesuai dengan Islam. Saya rasa anda bijak jadi saya tak perlu bagi jawapan. "Dik tak ada orang kisah pun kau nak menari macam beruk ke apa ke, tapi orang kisah bila kau menari dan masa sama kau kaitkan Islam dengan cara hidup kau tu, Kau nak menari ke apa ikut suka kau la tapi janganlah drag nama Islam sekali dalam statement kau tu," tulis beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI