TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai jurufoto Malaysia, Badrul Akram Badaruddin yang sekali lagi mendapat pengiktirafan syarikat teknologi gergasi Apple pada Rabu malam. Dalam posting di laman Instagram syarikat itu, Apple berkongsi sekeping foto lelaki sedang bermain papan selaju, yang dirakam oleh jurufoto berkenaan pada Februari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Anak jati Perak terharu video Taiping raih hampir setengah juta tontonan, photoshoot pengantin temukan dirinya dengan ‘kambing cantik’ ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terkejut, gambar mata anak jadi tatapan 26.5 juta pengikut Instagram Apple... ambil dalam kereta je! - “Dah nak tidur, saya dapat notification” "Gambar ini dirakam di Kompleks Rakan Muda Kamunting, Taiping, Perak pada Februari lalu. Sebenarnya ada kawan yang selalu main skateboard, jadi saya hubungi dia untuk pergi tangkap gambar. "Saya sendiri pun memang main skateboard sejak zaman sekolah. Tapi dah 10 tahun saya berhenti. Kelebihannya di situ, saya lebih faham skateboard photography kerana saya sendiri pernah main dulu. "Ia dirakam menggunakan iPhone 12 Pro Max. Pada bulan puasa, pihak Apple hantar email kepada saya, minta dua keping gambar. Tapi mereka tak maklumkan bila akan post gambar tu. Gambar mata yang dihasilkan Badrul pernah mendapat perhatian Apple pada tahun lalu. "Tiba-tiba semalam handphone banyak bunyi, masuk banyak notification. Saya tengok akaun Instagram Apple mention saya. Memang rasa teruja, mungkin ini rezeki raya," ujar jejaka berusia 31 tahun itu. Senang disapa Badrul, dia mengakui terharu dengan pengiktirafan berganda daripada pihak Apple yang berlaku dalam tempoh kurang setahun. Untuk rekod, pihak Apple juga pernah memuat naik sekeping foto mata hasil bidikan Badrul pada Oktober tahun lalu. Teruskan ambil gambar. Cantik tak cantik itu lain cerita kerana cantik itu subjektif. Yang penting kena kejar minat. BADRUL "Perasaan sama macam pertama kali dulu. Tapi saya sangat seronok kerana ia kali kedua dalam tempoh tak sampai setahun. Bukan senang Apple nak pilih gambar kita. "Setiap hari ramai orang dari seluruh dunia yang kongsi gambar menggunakan hashtag #ShootoniPhone. Sejujurnya rasa bangga, ramai juga yang baru discover saya, mungkin mereka boleh jadi potential client," ujarnya berseloroh. Dalam temubual sama, bapa kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan pesan kepada jurufoto muda di luar sana agar tidak pernah putus asa mengejar minat dan impian mereka. Badrul bersama isteri dan dua anaknya. "Nasihat saya, teruskan ambil gambar. Cantik tak cantik itu lain cerita kerana cantik itu subjektif. Yang penting kena kejar minat. "Kena buat apa yang kita suka, baru fikir sekiranya orang lain suka atau tidak," ujar jurufoto perkahwinan yang menetap di Taiping itu. Untuk rekod, foto tersebut dikongsi oleh Apple menerusi laman Instagram buat tatapan 27.5 juta pengikut mereka. Selain dihujani ucapan tahniah netizen, foto tersebut sehingga kini meraih lebih 50,000 likes dalam tempoh 15 jam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI