SEGAK pakai baju Melayu merah dan songkok bukan untuk pergi ziarah-menziarahi, tapi mencuri! Begitulah kisah kedatangan 1 Syawal yang dicemari dengan tindakan seorang lelaki yang dikesan mencuri di sebuah kedai serbaneka. Lebih mengejutkan apabila barang yang dicuri adalah kondom, dalam kejadian pada 2 Mei lalu, ketika umat Islam di Malaysia menyambut hari raya pertama Aidilfitri. ARTIKEL BERKAITAN: Enam Ditahan Curi Kondom Bernilai RM850,000 ARTIKEL BERKAITAN: "Homestay saya bukan tempat maksiat" - Penemuan kotak kondom, katil 'lesap' buat pemilik lebih hati-hati Sejak Rabu, tular foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek di sebuah kedai serbaneka dekat sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Foto yang ditampal di luar premis kini tular di media sosial. Menerusi kertas yang ditampal pada pintu atau dinding kaca premis yang memaklumkan mengenai kes kecurian, individu berbaju Melayu merah dan bersongkok itu didapati mencuri kondom. Dalam foto sama, terdapat seorang kanak-kanak juga memakai baju Melayu merah dan bersongkok mengekori suspek, dipercayai anaknya. Rata-rata netizen memberi gambaran mengenai tindakan lelaki itu seperti hasutan syaitan yang 'bebas' selepas diikat sebulan pada bulan Ramadan. "Raya pertama pakai baju Melayu. Pergi curi kondom. Astaghfirullah," komen seorang netizen. Antara foto yang dikongsi mengenai produk kondom yang dijual di kedai serbaneka. Selain itu, ia turut dihujani komen-komen yang melucukan, seperti lelaki berkenan terpaksa mencuri kondom kerana segan untuk membayarnya di kaunter. "Mungkin dia malu nak bayar kot. So alang-alang. "Aku rasa budak ni segan nak bayar kat cashier, bukan tak ada duit. Masa kerja farmasi dulu, benda ni la paling rajin hilang termasuk 'aksesori-aksesori' dia sekali. Depa (mereka) malu kot nak bayar. NETIZEN "Bukannya mahal mana pun. Takut nak bayar, belilah online. "Kalau dah kahwin, buat apa malu beli kondom. Tapi ada je kot yang dah kahwin tiga, empat tahun masih malu-malu. "Plot twist nak curi chewing gum (gula-gula getah) sekali tercuri kondom," demikian antara komen netizen. Antara komen-komen netizen. Malah, seorang pengguna Twitter turut berkongsi pengalamannya yang berdepan insiden kecurian kondom semasa bekerja di sebuah farmasi. "Masa kerja farmasi dulu, benda ni la paling rajin hilang termasuk 'aksesori-aksesori' dia sekali. Depa (mereka) malu kot nak bayar," katanya. Seorang netizen berkongsi pengalaman mengenai insiden kecurian kondom. Walaupun wajah suspek tidak dapat dilihat dengan jelas kerana memakai pelitup muka tetapi netizen mula bimbang kerana ‘lelaki berbaju Melayu merah’ kini menjadi sasaran. "Tolong bayarkan kondom yang dia curi. Kasihan dia. Habis blacklist (senarai hitam) baju Melayu merah raya ni," komen seorang netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI