suria

Demi ikut trend, jurulatih kecergasan risau tengok orang Malaysia joging pakai sweater tebal macam di overseas... boleh kena strok haba

Pemakaian sweater atau windbreaker ketika berjoging sudah menjadi trend.

BERJOGING dengan menggunakan windbreaker atau sweatshirt sudah menjadi trend dalam masyarakat terutama golongan muda masa kini.

Ada pula yang mengatakan pemakaian sebegitu dapat membakar jumlah kalori yang banyak dalam masa singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya atau tidak... gaya tidur dapat bantu turunkan berat badan!

ARTIKEL BERKAITAN: Demi pinggang secekak, sanggup buat apa saja... Awas! 3 diet ini tidak sesuai untuk wanita

Bagaimanapun, pemakaian tersebut dilihat tidak sesuai di Malaysia kerana faktor cuaca dan dibimbangi individu yang melakukannya mendapat strok haba.

Melihatkan peningkatan trend itu, jurulatih kecergasan, Aidy Syazreef Johan tampil membuat penjelasan di laman sosialnya.

"Risau tengok orang pakai sweater tebal-tebal joging tengah panas. Berpeluh lebih banyak tak bermaksud lebih banyak kalori dibakar.

Ciapan yang dibuat Aidy.

Ciapan yang dibuat Aidy.

"Berpeluh hanya cara badan kita mengimbangi suhu badan. Kalau badan terlalu panas, boleh akibatkan heat stroke atau heat exhaustion. Be careful," ciapnya di Twitter.

Terdahulu, perkongsiannya itu diulang kicau hampir 7,000 pelayar aplikasi tersebut selain menerima lebih 12,000 tanda suka.

Menjelas mengenainya, Aidy ketika dihubungi mStar memberitahu, pemakaian seperti itu dahulunya sering dilihat di negara-negara luar, tetapi kini menjadi trend di Malaysia.

Justeru katanya, melihatkan keadaan cuaca di Malaysia, ia amatlah tidak sesuai melainkan mereka berjoging awal-awal pagi atau malam iaitu tanpa matahari dan keadaan lebih sejuk.

Sesetengah individu menjadikan sweater sebagai pakaian 'rasmi' bersukan bagi mengelakkan bentuk badan kelihatan. - Gambar hiasan

Sesetengah individu menjadikan sweater sebagai pakaian 'rasmi' bersukan bagi mengelakkan bentuk badan kelihatan. - Gambar hiasan

"Jika pada waktu petang atau cuaca dah cerah... bimbang individu tersebut terkena strok haba iaitu keadaan di mana mereka rasa seperti hendak pitam dan pening serta kelihatan pucat.

"Di luar negara buat sebab cuaca di sana sejuk. Jadi dengan pemakaian sweater itu dapat membantu mereka mendapatkan haba sekali gus mengimbangi suhu badan," jelasnya yang turut beranggapan wanita yang mengenakan pakaian seumpama itu bertujuan menutup auratnya.

Tambah jejaka berusia 33 tahun itu lagi, penggunaan baju sejuk akan menggalakkan rembesan peluh seseorang kerana haba terperangkap.

Malah katanya, walaupun mampu membantu menurunkan berat badan, namun ia adalah bersifat sementara kerana yang dikeluarkan hanyalah air bukan pembakaran lemak.

Aidy berharap lebih ramai sedar penggunaan baju sejuk ketika brjoging pada waktu siang di Malaysia.

Aidy berharap lebih ramai sedar penggunaan baju sejuk ketika brjoging pada waktu siang di Malaysia.

"Walaupun peluh banyak keluar, ia tidak bermakna seseorang itu berjaya membakar kalori. Peluh adalah cara badan nak sesuaikan suhu dengan persekitaran.

"Orang ramai perlu faham bahawa apabila degupan jantung meningkat, bermakna lebih banyak peluh akan keluar.

"Nak bakar kalori atau turunkan berat badan... individu tersebut hanya perlu bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik," ujarnya.

Mengambil contoh penggunaan sauna yang sering dikaitkan dengan membakar lemak, katanya, ia sebenarnya mengurangkan air yang terdapat di dalam badan.

Katanya, ia boleh mengakibatkan seseorang dehydrated dan paling membimbangkan jika ia berlaku ketika individu tersebut sedang berjoging.

Aidy bersama pasukan ingin kekal sihat.

Aidy bersama pasukan ingin kekal sihat.

Berkongsi tip bagaimana cara untuk membakar kalori dan mendapatkan berat badan ideal, jelasnya, individu tersebut perlu mengetahui senaman yang sesuai dengannya terlebih dahulu.

"Tidak semua sesuai melakukan senaman yang disiarkan dalam YouTube atau mana-mana platform media sosial.

Jika mengalami masalah berat badan berlebihan dan baru hendak bermula, mereka boleh melakukan brisk walking dalam keadaan laju terlebih dahulu.

AIDY JOHAN

"Jadi mereka perlu mengetahui dulu kemampuan diri sebelum melakukan senaman yang dicadangkan. Seperti mereka yang berbadan gempal, skipping mungkin tidak bersesuaian namun jika sudah biasa melakukannya... ia tidak menjadi masalah.

"Tetapi seeloknya jika mengalami masalah berat badan berlebihan dan baru hendak bermula, mereka boleh melakukan brisk walking dalam keadaan laju terlebih dahulu.

"Kalori yang dibakar bergantung kepada intensiti badan dan aktiviti yang dilakukan. Nak lakukan senaman juga perlu mengikut chapter seperti buku," ujarnya.

Katanya lagi, antara aktiviti yang sesuai dilakukan untuk membakar kalori adalah dengan cara berbasikal dan berenang.

Antara reaksi nitezen.

Antara reaksi nitezen.

Perkongsiannya itu mendapat maklum balas daripada warganet dan ada yang menyifatkan pemakaian seperti itu adalah disebabkan terpengaruh dengan iklan.

"Buang air dalam badan saja. Kalau body builder selalu buat sauna untuk keringkan lagi badan tu bagi air dalam badan kurang. Sebab kita ni ada berat air, berat lemak, berat otot dan tulang. Jadi sauna boleh turunkan jumlah air dan bagi kulit lebih tegang.

"Terpengaruh dengan iklan jenama terkenal.

"Iklan tu orang barat yang berlari pakai sweater pada musim sejuk.

"Kebanyakan perempuan banyak buat mistake ni. Dulu kerja kedai sukan, bila beritahu sweater tidak sesuai untuk joging, mereka tidak peduli. Bagi perempuan, rekaan adalah lebih penting daripada fungsi... kau joging tempat sunyi kemudian overheated kepala goyang dan pitam, selamat tinggal dunia," ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain