suria

Tulisan siswa ‘law’ macam cakar ayam, diberi amaran bakal gagal subjek... Netizen sepakat sokong pensyarah

Khairiah menceritakan situasi yang pernah dihadapi kerana tulisan tangannya yang sukar dibaca.

KEBIASAANNYA tulisan cakar ayam sering dikaitkan dengan kerjaya doktor.

Namun seakan 'memecah tradisi' perkongsian mahasiswa jurusan perundangan menerusi sebuah video di TikTok mengejutkan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Tulis terbalik tapi hasilnya padu, patutlah kertas BM dapat A... sebelum kahwin suami minta buat demo tapi bukan karang surat cinta

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab kenapa tulisan tangan doktor macam 'cakar ayam'

Malah, disebabkan dia suka menulis dengan cepat seperti robot, rakan-rakan semasa berada di bangku sekolah rendah menggelarnya sebagai Terminator.

Berkongsi cerita kepada mStar, Khairiah Abdul Malik berkata, tulisan tangannya semakin sukar dibaca ketika dia berada di sekolah menengah.

"Semasa sekolah rendah, huruf yang ditulis masih gemuk dan apabila meningkat usia tulisan pun tiba-tiba jadi semakin kurus.

"Disebabkan itu, sejak sekolah menengah cikgu selalu pesan supaya saya menulis dengan baik terutama sekali semasa menjawab soalan peperiksaan.

"Jadi semasa menduduki peperiksaan, saya akan berusaha membulatkan setiap abjad yang ditulis," jelas anak ketiga daripada empat beradik.

Terdahulu perkongsian Khairiah tentang tulisan tangannya tular dan menarik perhatian ramai di TikTok.

Anak ketiga daripada empat beradik.

Anak ketiga daripada empat beradik.

Ia susulan penerangan pada video tersebut seakan merungut apabila pensyarahnya didakwa akan menggagalkannya gara-gara mempunyai tulisan yang buruk ketika menjawab soalan peperiksaan.

Khairiah turut berkongsi contoh tulisan tangannya pada video tersebut.

Susulan itu netizen meninggalkan komen yang rata-rata berpihak kepada pensyarah gadis berkenaan apabila mereka turut bersetuju tulisannya sukar dibaca.

Kata netizen mereka juga akan melakukan perkara sama jika berdepan situasi tersebut.

Pernah digelar terminator.

Pernah digelar terminator.

Bagaimanapun ujar Khairiah, dia tidak menyangka ramai yang salah faham dengan menyifatkan dia cuba menyalahkan tenaga pengajar tersebut.

"Saya sedar itu adalah kesalahan saya sendiri dan memerlukan sedikit masa untuk membaikinya," luahnya.

Mengimbas kembali tentang bentuk tulisannya itu, anak jati Selangor ini memberitahu dia pernah ditegur semasa berada di tahun pertama pengajian.

Lagi membimbangkan apabila pensyarah pernah memberi amaran supaya dia membaiki tulisan tangan bagi mengelakkan keputusan peperiksaannya gagal.

Kiri tulisan tangan asal. Kanan tulisan tangan yang telah dibaiki selepas ditegur penysarah.

Kiri tulisan tangan asal. Kanan tulisan tangan yang telah dibaiki selepas ditegur penysarah.

"Pensyarah bagi amaran sebab dia sudah berusia dan sukar untuk membaca tulisan saya yang halus. Selalunya semasa ujian di dalam kelas, nama saya pasti akan dipanggil ketika dia menanda kertas jawapan.

"Dia juga pernah nyatakan sukar untuk memberi markah peperiksaan kerana tidak dapat membaca dan memahami tulisan tangan saya.

"Pada awal waktu ujian memang saya akan berusaha sebolehnya membulatkan huruf tetapi apabila masa hampir tamat, ia automatik bertukar kepada asal," luahnya.

Saya pernah buat latihan dan sebenarnya selepas ditegur pada tahun pertama, saya dah ubah tapi disebabkan kelas dalam talian selama dua tahun, jadi rentak menulis tu dah tak ingat.

KHAIRIAH

Mengakui pernah migrain apabila melihat tulisan tangan sendiri dari jarak jauh, dia kini kembali membuat latihan tangan bagi membaiki tulisan.

"Saya pernah buat latihan dan sebenarnya selepas ditegur pada tahun pertama, saya dah ubah tapi disebabkan kelas dalam talian selama dua tahun, jadi rentak menulis tu dah tak ingat," katanya.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Tambahnya, semasa mengikuti latihan industri baru-baru ini, dia bersyukur kerana tidak perlu banyak menulis di atas kertas sebaliknya maklumat yang diperoleh akan dimasukkan terus ke dalam perisian komputer.

Dokumen berkaitan mahkamah pula akan dicetak.

"Tapi walaubagaimanapun, saya perlu baiki tulisan tangan kerana akan datang perlu mengisi borang untuk client," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain