suria

Bukan ‘panjat’ rumah janda! Suami merungut isteri asyik call tanya bila nak balik... Lepak dengan kawan pun tak senang

Seorang lelaki merungut diganggu isteri ketika keluar bersama rakan-rakan. -gambar hiasan

LEPAK bersama kawan-kawan sudah menjadi budaya yang sering kita lihat dalam masyarakat hari ini.

Namun sesuai dengan perubahan status seseorang dalam kehidupan, budaya itu seharusnya dikikis atau dikurangkan lebih-lebih lagi jika sudah berumah tangga.

Tapi lain pula bagi lelaki ini apabila dia merungut mengenai isterinya yang dikatakan tidak mampu untuk menjaga seorang anak ketika dia sedang melepak bersama teman-teman.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu tinggal 2 anak, isteri sarat hamil di rumah... suami suka keluar malam dapat pengajaran, satu hari terdetik nak balik awal - "Rasa macam tak berguna jadi ayah"

ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard ceroboh rumah pernah tanya di mana 'suami'! Wanita dedah terpaksa ambil ubat penenang, mujur tergerak hati beli CCTV 2 minggu lalu

"Aku tak faham la bini aku ni susah sangat nak jaga anak seorang. Sampai aku nak lepak dengan kawan-kawan pun susah.

"Memang la anak sama-sama, tapi memang tak susah kan? Aku lelaki kot. Kerja siang malam cari duit untuk keluarga. Beras aku beli kot," tulisnya.

Kata lelaki itu lagi, perbuatan isteri yang kerap menghubunginya ketika sedang keluar bersama rakan-rakan dianggap sebagai menjatuhkan air mukanya.

"Aku pun nak masa untuk chill dengan kawan-kawan. Tak sampai 30 minit keluar asyik call je, tanya bila nak balik.

"Malu wei kena bahan dengan kawan-kawan. Tak ada hati perut punya bini," katanya lagi.

suami meroyan 2

Keluhan seorang suami.

Perkongsian tersebut kemudian tersebar di media sosial sehingga menarik banyak kecaman netizen yang menyifatkan lelaki itu sebagai suami dan bapa tidak bertanggungjawab.

Menyedari postingnya menjadi tular, lelaki berkenaan bagaimanapun tetap berkeras dengan pendiriannya berhubung tanggungjawab suami dan isteri dalam berumah tangga.

"Setan mana la pergi viralkan post aku. Lunyai aku kena bantai dengan netizen. Lantak kau lah. Aku tahu aku betul, memang tanggungjawab bini lahirkan anak dan jaga anak luar dalam.

"Aku nak chill dengan kawan tau! Bukan panjat rumah janda! Aku lelaki! Dah sediakan makan minum segala bagai, apa lagi bini mahu.

"Banyak peel (perangai) macam ni aku lepaskan je baru padan muka. Ingat aku hadap ke dengan kau? Dasar tak reti diuntung!" tulisnya menerusi posting berasingan.

suami meroyan 1

Reaksi suami berkenaan susulan postingnya menjadi tular.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap lelaki tersebut sebenarnya belum bersedia dengan komitmen sebagai suami apatah lagi untuk meninggalkan zaman bujang yang membolehkannya untuk keluar bersama rakan tanpa batasan pada bila-bila masa.

"Brother ni kalau tak sedia nak kahwin, nak tinggalkan dunia lepak dia, lebih baik lupakan je. Itu tanggungjawab kau, yang merungut kenapa? Siapa yang gatal nak kahwin, nak ada anak?

Kalau tak sedia nak kahwin, nak tinggalkan dunia lepak dia, lebih baik lupakan je. Itu tanggungjawab kau, yang merungut kenapa?

NETIZEN

"Sembang macam dia seorang je terpaling terkongkong tak dapat lepak. Dia tak tahu ke isteri pun tak ada life kerana berkorban jaga anak, tak ada kawan nak sembang, tak ada masa untuk diri sendiri. Nak me time pun tak ada sebab habis kat kerja rumah dan anak. Masing-masing ada tanggungjawab, maka give and take.

"Betul tindakan bini tu. Tak elok tinggalkan bini dengan anak-anak seorang kat rumah lama-lama, kerap pula tu. Banyak kes kawan makan kawan, tak pun orang jahat pecah masuk rumah masa suami keluar lepak. Anak tu tanggungjawab dua-dua ibu bapa untuk jaga.

suami meroyan 6

Antara komen netizen.

"Silap mamat ni pergi luahkan kat media sosial. Lepas tu ugut nak lepaskan bini. Suami orang lain pun melepak juga tapi ada masa lah. Komunikasi tu penting. Ada beza melepak zaman bujang dan bila dah ada anak.

"Tak apa, boleh je awak melepak dengan kawan-kawan 24 jam. Nak lepaskan bini pun lepaskan. Dah ada niat kan. Bagi bini peluang cari suami lain yang lagi baik. Tak ada lah awak asyik nak meroyan kat media sosial, asyik kena bahan je dengan kawan-kawan," demikian antara komen-komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain