BUKAN biasa-biasa. Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan transformasi fizikal jejaka ini sehingga dia meraih pujian netizen. Menurut Asyraf Fathi Abdul Karim, 23, dia kurang keyakinan diri kerana memiliki tubuh yang kurus, lantas mengambil keputusan untuk mengubah fizikalnya sejak Disember tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar gigih buat 2 kerja part time demi miliki gim sendiri "Berat asal saya hanyalah 54 kilogram (kg). Saya rasa insecure sebab kurus. Nak keluar dan buat apa-apa aktiviti pun rasa malu. Apabila orang selalu tegur, makin bertambah rasa malu. "Biarpun malu, saya jadikan teguran orang sebagai pembakar semangat untuk berubah. Jadi, saya memulakan proses untuk tambah berat badan sejak pertengahan Disember tahun lepas. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Nak upah coach tak mampu, jadi saya banyak rujuk video YouTube. Selain workout di gim, saya juga ambil protein dan kira pengambilan kalori setiap hari. "Selepas lebih tiga bulan, berat saya naik kepada 64kg. Saya belum capai sasaran lagi. Target nak berat 75kg. Ini baru perubahan daripada keding ke berisi, belum sado lagi," ujarnya. Senang disapa Asyraf, pelajar bidang Undang-Undang itu mengakui perjalanan yang dilalui tidak semudah yang disangka, malah acap kali dia hampir berputus asa. Asyraf yang kurus kini lebih berisi selepas dia mula membuat perubahan gaya hidup sejak Disember lalu. Namun kata anak sulung daripada empat beradik itu, dia bersyukur apabila mendapat sokongan penuh keluarga, di samping tunjuk ajar oleh pengunjung gim yang lain. "Dalam proses ini, memang selalu rasa nak putus asa. Contohnya ketika minggu-minggu pertama bila saya tak nampak apa-apa perubahan pun pada badan. Ada juga orang tegur, kata saya tak sado walaupun dah pergi gim selama tiga minggu. "Ia membuatkan saya sakit hati dan bertambah insecure. Tapi saya teruskan makan banyak-banyak, ambil apa yang berlaku sebagai pembakar semangat. Keluarga pun turut bagi sokongan, mereka bayar yuran keahlian gim, siap bagi kereta untuk pergi ke gim. Ini baru perubahan daripada keding ke berisi, belum sado lagi. ASYRAF "Bila bersenam di gim, ada otai-otai perasan yang saya ni orang baru, mereka tegur jika saya ada buat silap. Banyak tunjuk ajar yang diberi, sekali gus memberi lebih semangat untuk saya melalui perjalanan ini," ujarnya yang menetap di Selangor. Dalam pada itu, Asyraf turut terkejut apabila video transformasi fizikalnya meraih lebih dua juta tontonan di TikTok dalam tempoh sehari. Ujar Asyraf, dia sekadar mahu berkongsi perjalanan yang dilalui sejak Disember lalu dan sama sekali tidak menyangka akan menjadi perhatian netizen. Video dikongsi Asyraf meraih lebih dua juta tontonan di TikTok. "Saya terkejut jumlah tontonan naik sehingga dua juta dalam masa sehari. Ramai yang kata mereka dapat inspirasi dan motivasi menerusi video itu, ia membuatkan saya bersemangat untuk teruskan perkongsian. "Saya bersyukur dengan semua komen yang diberi. Ramai juga kaum lelaki yang mesej dan minta tunjuk ajar. Nasihat saya kepada mereka yang senasib dengan saya, jangan pernah malu untuk mulakan perubahan. Antara komen yang diterima pelajar itu. "Kita kena sentiasa konsisten, percaya dengan proses. Selain itu, kita juga kena ada target dan paling penting, abaikan kata-kata orang," ujar penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu. Selain kagum dengan perubahan fizikalnya, ramai netizen turut memuji rupa paras Asyraf yang dikatakan lebih tampan apabila dia semakin berisi. Jelas Asyraf, dia juga akan terus menghasilkan video kecergasan menerusi TikTok dan sedia memberi tunjuk-ajar kepada mereka yang mahu mendapatkan tubuh sepertinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI