SEMAKIN hari semakin ramai content creator dalam bidang masakan muncul di media sosial dengan pelbagai teknik suntingan dan angle untuk santapan mata warga maya. Begitu juga dengan siswa ini yang memanfaatkan sebahagian masanya yang sedang mengikut pembelajaran secara dalam talian di rumah dengan menghasilkan pelbagai video masakan. Namun apa yang menariknya, konten masakan pemuda ini ternyata berbeza apabila dia menggunakan bahan utama yang ditanam di sekeliling rumahnya dan memasak menggunakan dapur kayu. ARTIKEL BERKAITAN: Zaman dah maju, tak sangka lelaki ini masih setia di pondok... masak guna dapur kayu! ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan, tak semua sokong usaha wanita ini buat content masak guna dapur kayu sebab ‘menyusahkan’! Shooting ayam golek ambil masa 2 hari Video-video yang dikongsikan di media sosial ternyata mengundang perhatian warganet kerana apa yang dipaparkan benar-benar mengimbau suasana desa. Berkongsi cerita dengan mStar, Hazriq Danial Abdul Haris berkata dia mula menghasilkan video masakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekitar dua tahun lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Awal-awal dahulu saya memasak guna dapur biasa sahaja. Kemudian ada yang komen kononnya saya tiru seorang selebriti media sosial popular. Sejak itu saya slow sikit sebab tak nak orang kata tiru. "Memasak ni memang hobi dan minat saya. Alang-alang nak memasak untuk makan tengah hari atau malam, saya fikir nak rekod dan share. Saya bukan masak semata-mata nak buat content," kata penuntut semester dua Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini. Senang disapa sebagai Hazriq, pemuda ini berkata dia mula mengetengahkan idea untuk memasak menggunakan dapur kayu selepas didorong oleh kedua-dua ibu bapanya. Hazriq menggunakan bahan-bahan yang hanya didapati di sekeliling rumahnya. "Ibu bapa saya suka menonton saluran YouTube mengenai video masakan dari negara-negara lain. Mereka suka lihat konten di mana orang tu memasak secara tradisional, guna sayur atau bahan-bahan daripada alam sekeliling. "Mereka kata mengapa tidak saya pun cuba buat macam tu. Saya pun fikir menarik juga dan lain daripada yang lain. Memang dah ada orang buat konten masak guna dapur kayu, tapi tak ramai. "Saya pula suka masak masakan kampung dan yang simple. Memang bahan-bahan yang saya ambil adalah daripada kebun bapa di sekeliling rumah," katanya yang menetap di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Menurut Hazriq, dia mula menghasilkan video masakan menggunakan dapur kayu sejak Ramadan lalu. Konsep masakan yang diketengahkan adalah lauk kampung yang ringkas. "Apabila saya kongsi di Instagram, sambutannya sangat menggalakkan dan saya cuba nasib kongsi juga di TikTok. Tak sangka, video-video di kedua-dua platform ini meraih jumlah tontonan yang tinggi. "Daripada maklum balas orang ramai di ruangan komen, mereka kata suka tengok environment di kampung, suka tengok bahan-bahan yang saya guna. "Ada yang tak pernah dengar nama sayur terung telunjuk dan ada yang tak tahu pucuk ubi keledek boleh dibuat sayur. Jadi secara tak langsung, sambil memasak lauk kampung saya share ilmu baru dengan pengikut," ujar anak bongsu daripada enam adik beradik ini. Daripada maklum balas orang ramai di ruangan komen, mereka kata suka tengok environment di kampung, suka tengok bahan-bahan yang saya guna. HAZRIQ DANIAL ABDUL HARIS Menggunakan kemahirannya memasak, Hazriq dalam masa yang sama turut menghasilkan produk ready to eat iaitu sambal sotong, hasil kolaborasi bersama kakaknya. "Ada orang komen, nampak dekat video macam pandai masak, tapi sedapnya belum tentu. Jadi alang-alang suka masak, saya dan kakak buat 'Sambal Sotong Cumi'. Bukan dari kilang tapi dari dapur rumah kami. "Selain dapat salurkan minat memasak kepada sesuatu yang berfaedah, saya juga suka orang ramai mencuba air tangan saya. Sambal tu dihasilkan awal tahun lalu namun disebabkan kurang tenaga, pengeluarannya sedikit terhad," katanya lagi. Tidak menyangka menerima sambutan yang menggalakkan sehingga menyaksikan pengikut di akaun TikTok dan Instagramnya meningkat, Hazriq berkata dia sedang merancang untuk mewujudkan saluran YouTube agar dapat berkongsi lebih banyak video dengan para pengikutnya. Ibu dan bapa merupakan pendorong utama Hazriq untuk menghasilkan konten masakan. "Ramai yang request supaya saya buat video panjang... InsyaAllah, sedikit masa lagi saya rancang nak buat saluran YouTube. Dan dalam masa yang sama mahu konsisten hasilkan video setiap minggu. "Walaupun penat juga nak hidupkan dapur kayu malah semuanya buat seorang diri daripada memetik sayur, memasak hinggalah rakaman dan suntingan, namun saya puas. "Niat saya nak share kehidupan di kampung, bagi idea nak masak apa dan dalam masa yang sama kongsi ilmu pasal tumbuhan kampung sahaja. Tiada isu meniru kerana setiap video ada style dan tarikan tersendiri. "Kalau ada di antara individu di luar sana yang ada bakat, kemahiran atau sesuatu yang mahu dikongsikan, share saja di media sosial asalkan bermanfaat," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI