KESEMPITAN hidup dan terdesak adakalanya membuka ruang untuk diri dianiaya dan diperguna pihak tidak bertanggungjawab. Jika sebelum ini penipuan atau scammer sering berlaku di pihak penyedia perkhidmatan, namun kini perkara sebaliknya berlaku. Lebih menyedihkan apabila pihak tidak bertanggungjawab ini didakwa menganiaya anak-anak golongan B40 yang ingin membantu ibu dan bapa mencari rezeki. ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah ARTIKEL BERKAITAN: Layan ‘maid’ macam VIP, bawa shopping baju raya di KLCC... Ramai tawar diri jadi bibik, mengidam bonus RM5,000! Menerusi perkongsian pengguna Facebook pada 24 Mei lalu, seorang remaja yang menawarkan servis melipat baju dan mengemas rumah di sekitar Ampang, Selangor dikatakan dianiaya individu tidak bertanggungjawab. "Berkenaan adik yang ambil upah kemas rumah, lipat baju, gosok baju (selama) empat jam RM38 tu, kalau anda ambil servis dia tolonglah jangan ambil kesempatan pada dia. Status yang dimuat naik pelayar Facebook. "Patutnya kita tolong pada yang memerlukan," luah Dizzy Zureen di Facebook. Namun kata wanita berkenaan dia kecewa apabila mengetahui remaja terbabit hanya diupah sebanyak RM30 walaupun dikerah untuk bekerja selama lapan jam bermula 5 petang hingga pukul 1 pagi. "Alasan cuma lipat baju, kerja senang. Balik pukul 1 pagi. Dibiarkan sahaja balik sendiri dengan alasan tidak boleh memandu malam, nanti anak cari," luahnya yang berang dengan situasi itu. Tambahnya lagi, individu yang berada di Batu 9, Cheras itu seharusnya bertindak wajar dan memikirkan keselamatan remaja terbabit yang cuba mencari rezeki halal. Remaja tawarkan servis lipat baju dianiaya. - Gambar hiasan Luahan yang dibuat itu kemudian dikongsikan warganet. Rata-ratanya menyuarakan rasa geram dengan sikap individu berkenaan yang disifatkan tidak prihatin. "B***h punya manusia... Sudah la pemalas lipat baju sendiri pastu boleh bagi upah RM30 sahaja kat budak tu? Lain kali kalau sengkek jangan panggil orang untuk lipat kain baju kau. "Tak baik buat orang macam tu. Dia nak cari rezeki halal. Tiada perikemanusiaan. Iklan yang dilakukan remaja terbabit. "Kurang ajar betul aniaya hasil keringat orang. Semoga Allah bagi balasan. "Dah la bayar upahnya sikit. Sampai hati jam 1 pagi biar balik sendiri," luah beberapa netizen yang tidak berpuas hati. Kalau adik nak kerja dengan company lagi bagus gajinya dan company boleh hantar pakai e-hailing... mereka yang tanggung bayaran. NETIZEN Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah menawarkan servis seumpama itu turut berkongsi pengalaman dan mencadangkan agar remaja terbabit berdaftar di bawah syarikat berkaitan. "Saya juga kerja kemas rumah, tapi harga adik bagi ni adalah zaman nenek moyang dahulu kala. Kalau adik nak kerja dengan company lagi bagus gajinya dan company boleh hantar pakai e-hailing... mereka yang tanggung bayaran. Antara reaksi netizen. "Saya sebelum ni pernah post juga... saya ambil sejam RM15, itupun ada yang tanya boleh murah lagi? Diri sendiri malas, nak upah orang tapi tak mampu bayar ikut harga. "Kerja-kerja mengemas bukan kerja yang tidak penat ya, kalau tak boleh bagi lebih, jangan minta kurang dan ada juga yang tak sediakan minuman. "Ni apa yang saya alami sebagai warganegara, kalau warga asing mungkin dibuat lagi teruk. "Harap lepas ni adik naikkan harga servis dia. Sebab tu adik, kita jangan buang harga atau letak harga rendah sangat daripada pasaran. Nanti orang pijak kita," ujar mereka. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI