HIDUP berumah tangga memerlukan pengorbanan dan tolak ansur antara suami isteri. Ini termasuklah dalam membuat satu keputusan besar untuk berhenti kerja. Begitulah dilema yang terpaksa dihadapi oleh pasangan suami isteri ini, menerusi perkongsian Firdaus Shakirin di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: "Empat tahun menghabiskan duit suaminya, tapi tak pernah habis" - Lelaki ini kagum tak miskin tanggung keluarga selepas isteri resign ARTIKEL BERKAITAN: "Nak beli jiwa tak perlu modal," Suami sebak bawa keluarga pusing mall, dalam poket ada RM20 sahaja "Nak berhenti kerja ke tak? Ini berlaku pada saya dan isteri. Saya cakap kat isteri, nanti anak dah masuk sekolah rendah, darjah satu, berhenti la kerja. Jaga anak-anak, besarkan anak-anak, ajar dia kerja-kerja sekolah. "Saya tak nak pagi-pagi dia tunggu depan rumah seorang. Umur baru tujuh tahun, takut jadi apa-apa je. Saya juga tak nak pengasuh ambil alih tugas kami untuk mendidik anak-anak," tulisnya. Seorang isteri nekad berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. -gambar hiasan Dia berdoa agar niatnya untuk menyaksikan isterinya sebagai suri rumah sepenuh masa dan berhajat rezeki dibuka bagi menanggung keluarga. "Selepas tu isteri tanya, 'Nanti cukup ke?' InsyaAllah cukup saya kata. Kalau tak cukup pun, kita buat bagi cukup," katanya. Namun, Firdaus memberitahu pengasuh kepada anak-anaknya disahkan hamil. "Gembira untuk dia, kurang gembira untuk saya dan isteri. Siapa yang akan jaga anak saya yang tiga orang tu lepas ni? Budak-budak dah besar tiga tahun, empat tahun, dah kenal orang ni, mana mahu tukar orang baru. "Tak apalah, saya cakap kat isteri, tanya pengasuh, dia nak jaga sampai bila... dia kata, dia jaga setakat mana yang dia larat. Jadi, mungkin sampai dia sarat la kot lagi empat, lima bulan. Sempat kot lima bulan,” katanya. Luahan seorang suami mengenai kisah rumah tangganya. Bagaimanapun, dugaan menimpa pengasuhnya apabila mengalami keguguran dan perlu berpantang, sekali gus tidak dapat menjaga anak-anaknya buat sementara waktu. "Isteri saya ambil semua cuti yang dia ada. Cuti tahunan, cuti tanpa gaji, cuti sakit sampai habis... sehinggalah bos call tanya 'Nak datang kerja atau tidak?' "Fikir punya fikir, isteri ada hutang dia, saya ada hutang saya. Dua-dua hutang banyak lagi. Kereta seorang sebiji, PTPTN lagi, duit umah lagi, anak-anak akan hantar ke tadika lagi. "Dua pendapatan akan jadi satu, macam mana nak hidup? Tak cukup, simpanan pun tak banyak, cukup-cukup je. Isteri terpaksa juga berhenti dan saya bekerja," tambahnya. Bagai jatuh ditimpa tangga, dia pula diberhentikan kerja enam bulan selepas itu susulan kilang sektor minyak dan gas di tempatnya bekerja mahu mengurangkan pekerja. Si suami berusaha mencari pekerjaan selepas diberhentikan kerja. -gambar hiasan Tidak mengenal erti berputus asa, Firdaus berkata, dia berusaha mencari peluang pekerjaan termasuk membuat banyak permohonan dan menghubungi bos-bos lama. "Semua saya pergi... saya tengok, mana yang boleh bagi gaji yang lebih kurang dengan gaji saya sekarang ni. Nak dapat gaji rendah sangat, komitmen banyak. Saya pun terima la tawaran bekerja di satu kilang ni, gaji kurang RM300 dari gaji lama. Jauh pula dari rumah. Hubungan dengan pemberi rezeki pun kena jaga elok-elok. Semua yang kita dapat ni, datang daripada-Nya. FIRDAUS SHAKIRIN "Baru masuk dua hari, bos lama berbangsa Cina telefon, bagi gaji lebih RM1,000 dari gaji sekarang. Allahu, lebih RM1,000. "Rupa-rupanya, Allah tarik sesuatu untuk nak bagi sesuatu. Sekarang, gaji ada lebih RM1,000 plus tiga bulan duit pampasan," tambahnya. Si suami akhirnya mendapat pekerjaan. Selepas setahun, Firdaus bersyukur kerana ‘satu pendapatan’ yang masih ada tetap mencukupi untuk menyara kehidupannya sekeluarga. "Alhamdulillah... sangat-sangat ajaib sebab ‘duit cukup’ walhal dua pendapatan jadi satu kot. Hutang masih sama. Hidup disesuaikan dengan pendapatan yang ada. "Banyak perubahan untuk menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan seorang diri ni. Dah tak mewah macam dulu. Hidup biasa-biasa je. Tapi Alhamdulillah, masih mencukupi sehingga ke hari ni," katanya. Sehubungan itu, Firdaus menasihatkan kaum suami supaya berusaha untuk memenuhi hak dan memenuhi permintaan isteri dan anak-anak. "Jangan berkira dengan mereka. InsyaAllah, selebihnya gaji kita tu cukup sampai hujung bulan. Allah yang cukupkan. "Hubungan dengan pemberi rezeki pun kena jaga elok-elok. Semua yang kita dapat ni, datang daripada-Nya. Dia yang memberi. Kalau kita 'tak baik' dengan Dia, macam mana Dia nak 'baik' dengan kita," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI