PENANGAN transformasi anak muda ini, siapa sangka kereta berusia 25 tahun yang diwarisi daripada bapanya kini berubah wajah seperti sebuah kereta baharu! Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Syahmi Eshamuddin berkata, idea untuk melakukan transformasi terhadap kereta model Nissan Wingroad itu tercetus beberapa tahun lalu kerana minatnya dalam bidang 'restoration' kenderaan. "Kereta tersebut adalah kereta pertama ayah saya yang dibelinya ketika mendirikan rumah tangga. Apabila dah ada kereta baru, kereta itu jarang sangat digunakan. ARTIKEL BERKAITAN: Tangan magis! Siapa sangka ambulans boleh jadi kedai gunting rambut bergerak... interior mewah dan eksklusif buat ramai ternganga ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kopi tulen di warung bonet kereta, dilayan pula barista macam di coffee shop popular... anakanda Sultan Johor siap cemar duli! "Ia tersadai kira-kira empat tahun sebelum saya minta dekat ayah untuk 'menjaganya'. Ayah pun okay dan sokong idea saya ini. Sayang juga... daripada biar tak digunakan, lebih baik buat sesuatu. "Lagipun kereta model ini jarang sangat nampak orang pakai sekarang. Selain itu, keluasan interiornya juga membuatkan saya tak fikir banyak kali untuk buat restoration," ujar pemuda berusia 24 tahun ini. Senang disapa sebagai Syahmi, pemuda ini berkata dia mula melakukan transformasi terhadap bahagian enjin terlebih dahulu, sekitar tahun 2017. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya hantar ke bengkel untuk buat restoration kereta ini. Saya buat secara berperingkat mengikut bajet yang ada. Ada bajet, saya buat sikit-sikit. "Pada tahun 2020, saya hantar bengkel cat untuk beri wajah baharu. Kereta ini kali pertama overhaul 25 tahun lalu. Sebelum ini, ia hanya ada kerosakan minor saja. "Selesai dah tukar enjin, saya test dulu. Bila dah confirm boleh berjalan jauh, barulah saya buat bahagian lain pula iaitu interior seperti tukar kusyen kereta, wiring dan lain-lain. Kereta pertama bapa syahmi yang dibeli ketika mula-mula berkahwin. "Sekarang pun ada lagi benda yang belum lengkap sebab spare part susah nak didapati. Spare part kereta ini dari Jepun. Ada je dari Malaysia tapi 'spec' dari sana lain sikit berbanding Malaysia," katanya yang juga memiliki bengkel di rumah. Menurut Syahmi yang menetap di Melaka, setakat ini kereta tersebut sudah 'dipandu uji' sehingga ke utara. Sewaktu proses menukar cat. "Paling jauh dah pergi utara seperti Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Sempadan Thailand saja belum kesampaian. Alhamdulillah, setakat ini kereta saya tak beri masalah. "Cuma ada kena buat penambaikan sedikit," katanya lagi. Tidak keberatan berkongsi mengenai kos yang dibelanjakan untuk restoration kereta tersebut, Syahmi berkata dia sudah menghabiskan sekitar RM13,000 sejak ia mula melalui transformasi. Nak dibandingkan wang yang dibelanjakan, memori saya dan keluarga dengan kereta ini lebih berharga. MUHAMMAD SYAHMI "Bila dah pandu uji, performance kereta ini okay... rasa berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. Lagipun, saya bukan buat sekali gus... tetapi buat secara berperingkat apabila ada bajet. "Nak dibandingkan wang yang dibelanjakan, memori saya dan keluarga dengan kereta ini lebih berharga. Banyak momen manis dengan kereta ini... sepanjang saya belajar, kereta inilah yang berjasa kepada kami," ujarnya lagi. Konvoi bersama pemilik kereta Nissan Wingroad. Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 350,000 jumlah tontonan, Syahmi berkata dia sekadar suka-suka berkongsi kisah transformasi kereta lama dengan pengikutnya. "Tak sangka pun video tu meletup. Kalau di ruangan komen, ramai yang tanya pasal model kereta sebab ia jarang dilihat dah sekarang. Lagi pula model lama. Wajah baharu kereta lama yang sudah ditransformasi oleh Syahmi. "Bagi yang ada kereta lama tu, daripada biarkan tersadai, mungkin boleh cuba buat sesuatu... lebih-lebih lagi ia banyak menyimpan kenangan," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI