DEMI cinta dan sayang kepada isteri, seorang lelaki sanggup memandu sejauh 364 kilometer semata-mata untuk makan nasi kandar. Begitulah pengorbanan seorang suami bagi memenuhi permintaan isterinya yang teringin menikmati hidangan itu di sebuah restoran terkenal di Pulau Pinang. "Demi sesuap nasi," tulisnya menerusi video yang kini tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas mengidam Lamborghini, bakal ibu mahu mewahkan anak dalam kandungan pula... beli beg baby RM50,000! ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak sulung, lain macam mengidam isteri pemandu ini... teringin pegang lori pasir tapi peliknya ada syarat - "Kontena, treler dia tak minat" Berkongsi cerita kepada mStar, suami berkenaan, Muhammad Shakir Mohd Shahar berkata, dia menerima panggilan isterinya yang menangis teresak-esak, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah, petang 27 Mei lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika ditanya apakah yang sebenarnya berlaku, pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu, isterinya mengadu mahu menikmati nasi kandar. "Pada asalnya saya tak terfikir sampai nak ke Pulau Pinang kerana kami tinggal di Shah Alam, Selangor. Di sini pun banyak kedai nasi kandar. "Tapi isteri beritahu dia nak makan nasi kandar Deen Maju di Pulau Pinang. Terkejut juga, balik rumah dulu bincang dengan isteri," katanya ketika dihubungi. Cikgu Key (kiri) dan isteri berkahwin pada 2020. Bertugas sebagai guru, Muhammad Shakir menjelaskan bahawa isterinya, Haifa Nazira Hanizam, 25, sedang hamil anak sulung dan usia kandungan mencecah lima bulan. "Isteri saya ni seorang yang berhati lembut, mudah menangis. Lebih-lebih lagi apabila tengah hamil dan mengidam nak makan itu ini. "Sebagai suami, saya rasa bersalah kalau tak dapat tunaikan permintaan isteri. Jadi, kami pergi ke Pulau Pinang pada Sabtu selepas saya habis mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru," ujarnya yang berasal dari Banting, Selangor. Menikmati nasi kandar di Restoran Deen Maju di Pulau Pinang. Dikenali sebagai Cikgu Key, katanya perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang mengambil masa lebih empat jam. "Rancangan asal kalau boleh nak pergi dan balik je lepas makan nasi kandar. Tapi perjalanan agak lama, pergi saja empat jam. "Isteri pula sedang hamil, jadi tak boleh duduk lama-lama dalam kereta. Kami menginap di hotel satu malam," katanya yang mendirikan rumah tangga pada Ogos 2020. Isteri Cikgu Key ketika beratur untuk mengambil pesanan nasi kandar. Setibanya di restoran nasi kandar yang menjadi sebutan itu, Cikgu Key yang memasuki tahun kedua bertugas sebagai guru berkata, hajat isterinya tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. "Sampai saja agak mengecewakan sebab masa beratur tu isteri beritahu dia nak makan nasi kandar lauk sotong dan kambing. Tapi masa nak ambil order, pekerja beritahu sotong dan kambing dah habis, yang tinggal hanya ayam. Apalah sangat drive empat jam, jika dibandingkan isteri yang mengandung anak kami selama sembilan bulan? CIKGU KEY "Kami makan juga, dah alang-alang datang dari jauh kan. Esoknya (Sabtu) kami pergi ke restoran nasi kandar lain yang juga popular di Pulau Pinang, dah bungkus lauk sotong dan kambing. "Bertolak pulang dari Pulau Pinang pukul 3 petang tapi 11.30 malam baru sampai Shah Alam sebab singgah beberapa tempat dalam perjalanan balik selepas traffic jam," katanya sambil menambah nasi kandar yang dibeli tetap dimakan selepas tiba di rumah. Hasrat isteri makan nasi kandar di Pulau Pinang dipenuhi. Menurut Cikgu Key, permintaan isterinya yang juga merupakan guru itu dipenuhi bukan sekadar mahu memenuhi hajat wanita hamil tetapi sebagai tanda menghargai pasangan. "Apalah sangat drive empat jam, jika dibandingkan isteri yang mengandung anak kami selama sembilan bulan? "Isteri sanggup susah senang bersama, terima baik buruk saya. Isteri cuma mahu makan nasi kandar... selagi saya mampu tunaikan, saya lakukan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI