suria

Pelajar kolej beli 70 tiket wayang semata-mata nak tengok Tom Cruise berdua-duaan dengan BFF, habiskan RM1,600 demi kejutan

Arina (kiri) membeli 70 tiket untuk menonton filem berdua bersama rakan baik.

KEJUTAN bukan biasa-biasa!

Seorang gadis membuat kejutan untuk sahabatnya apabila 'menempah' satu dewan pawagam untuk menonton filem secara eksklusif bersama.

Bercakap kepada mStar, gadis bernama Ariana Naqma Saharuddin berkata, kejutan itu dibuat di sebuah pawagam di pusat beli-belah di Johor Bahru, Johor pada malam Ahad, 29 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Drama' di majlis nikah, pengantin terkejut YouTuber idola sanggup datang... kejutan kurang menjadi gara-gara Mustang!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menangis di sebalik kostum Mickey Mouse lihat sahabat terpisah 25 tahun depan mata - "Nenek Raja bantai kami dengan getah paip"

Baru berusia 19 tahun, dia bagaimanapun menjelaskan tidak menyewa dewan pawagam tersebut, sebaliknya menempah hampir kesemua tempat duduk di dalamnya.

"Dewan cinema tu ada 90 seats. Saya cuma beli 70 seats sahaja sebab saya rasa tak mungkin ada orang nak beli tiket di dua barisan paling hadapan.

"Kesemua 70 tiket saya beli secara online pada harga kira-kira RM1,600 dan hanya dua seats saja yang diguna untuk saya dan dia," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, pelajar jurusan sains hayat di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak itu memberitahu, dia ‘memancing’ sahabatnya dengan mengajak keluar untuk makan malam.

book pawagam 4

Ariana (kiri) dan rakan baiknya sebelum memasuki pawagam.

Sebaliknya, dia yang lebih mesra disapa Ariana membawa sahabatnya itu ke pawagam untuk menonton filem pecah panggung, Top Gun: Maverick lakonan mantap Tom Cruise.

"Saya buat kejutan ni sebab nak menggembirakan dia yang bersedih selepas putus cinta. Dia pernah kata teringin nak tengok berdua je dalam cinema hall.

"Tak ada boyfriend pun tak apalah, saya boleh penuhi hasrat dia untuk tengok berdua. Lagipun memang dia nak sangat tengok filem Top Gun tu," ujarnya yang berasal dari Larkin.

book pawagam 6

Rakan baik Arina seperti tidak percaya hanya mereka berdua di dalam dewan pawagam.

Walaupun masih bergelar pelajar, anak kedua daripada empat beradik itu sebenarnya mempunyai pendapatan sampingan dengan melakukan paid review di laman sosial.

"Saya dah buat paid review sejak Januari 2021. Macam-macam produk, biasanya skincare, makanan, tudung dan baju.

"Jadi, ada rezeki lebih bulan ini sebab banyak video review saya naik banyak views. Alhamdulillah saya belanja keluarga termasuk best friend," katanya.

book pawagam 7

Tiada penonton lain di dalam pawagam sehingga filem tamat ditayangkan.

Menurut Ariana lagi, dia mengenali sahabatnya, Sazliana Sulan, 19, sejak di Tingkatan Satu ketika belajar di sekolah sama di Johor Bahru.

"Sekarang kami juga belajar dalam jurusan sama di kolej sama. Kami tengok movie untuk release tension selepas dua minggu sibuk belajar sebelum exam pada 12 Jun.

Apalah sangat nak dibandingkan RM1,600 tu dengan nilai persahabatan kami.

ARIANA

"Mungkin orang kata membazir beli tiket satu dewan, tapi sepanjang persahabatan sejak sekolah, dia yang setia mendengar luahan saya, bila saya tak ada duit, dia yang bantu.

"Apalah sangat nak dibandingkan RM1,600 tu dengan nilai persahabatan kami. Dia banyak bantu saya selama ni, sentiasa ada di waktu saya susah," katanya sambil menambah dia dan sahabatnya berkongsi minat menonton filem, makan, karaoke dan mengembara.

book pawagam 8

Ariana mahu menghargai hubungan persahabatan dengan rakan baiknya.

Mengulas lanjut Arina berkata, dia dan sahabatnya tidak membeli sebarang makanan sepanjang menonton filem drama aksi berdurasi dua jam dan 17 minit itu.

"Habis tengok movie kedai-kedai di mall pun dah tutup. Sudahnya kami balik ke rumah baru makan, kebetulan dia bermalam di rumah saya.

"Masing-masing memang dah lapar sangat, kami makan masakan ibu nasi putih berlaukkan ayam masak kicap dan sayur campur goreng," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain