suria

Anak meluru menyorok bawah meja nampak ikan siakap stim, tak boleh lupa tragedi 4 tahun lalu... Apa yang tak kena?

Seorang doktor berkongsi anaknya yang trauma selepas dihidangkan masakan ikan siakap stim. -gambar hiasan

BERGERAK ke hadapan atau move on bagi melepaskan masa silam bukanlah satu perkara mudah.

Seperti kejadian malang tercekik tulang ikan, pastinya ia sukar untuk dilupakan.

Kisah seorang anak yang berlaku kira-kira empat tahun lalu dikongsi oleh seorang bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar tinggi tapi anak lebam sebab kena cubit pun tak mampu nak kesan! Doktor terdiam rakan mengadu anaknya didera pengasuh

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tahan mata, wanita kesal tertidur lama ketika anak demam... sedar-sedar dah kena sawan! Doktor kata si ibu sikit pun tak salah

"Jangan anggap anak mudah lupa. Empat tahun lalu anak saya pernah tercekik tulang ikan siakap stim di sebuah restoran. Balik dari makan, kami singgah ke unit kecemasan (hospital).

"Doktor ENT (telinga, hidung dan tekak) periksa tapi tak jumpa. Masuk mini scope ke dalam tekak. Memang dia meronta-ronta sebab takut," tulis Dr Rozanizam Zakaria di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Rozanizam berkata, anaknya dibenarkan discaj dari unit kecemasan pada malam itu dan diminta datang semula ke hospital keesokannya.

"Sepanjang malam dia tak boleh tidur. Pagi itu isteri saya suluh semula dengan lampu, dia dapat locate tulang halus. Terus ke unit kecemasan semula dan Alhamdulillah dapat keluarkan.

"Sejak hari itu dia memang takut makan ikan. Tapi masih makan kalau diasingkan tulangnya," ujar pakar psikiatri berusia 38 tahun itu.

tercekik tulang ikan

Kejadian anak tercekik tulang ikan empat tahun lalu. -gambar hiasan

Kini selepas empat tahun berlalu, mereka kembali ke restoran dan kisah anaknya tercekik tulang ikan dibangkitkan dalam perbualan.

"Kami hanya berbual santai fasal kisah dia tercekik tulang. Kebetulan set yang kami order memang ada siakap stim. Saya tak menyangka ia jadi satu pilihan yang silap.

"Apabila ikan tadi sampai, anak saya terus berubah wajah dan dia menyorok di bawah meja dengan muka cemas," tambahnya.

Jangan sesekali memperkecilkan pengalaman anak, sekalipun ia kecil dan remeh bagi kita sebagai dewasa.

DR ROZANIZAM ZAKARIA

Sebagai bapa, Dr Rozanizam melihat situasi yang berlaku sebagai peringatan untuk diri sendiri, kadang-kadang terlepas pandang tanpa sedar.

"Peringatan tentang jangan sesekali memperkecilkan pengalaman anak, sekalipun ia kecil dan remeh bagi kita sebagai dewasa.

"Kedua, ketahuilah anak sangat-sangat ingat apa yang berlaku dalam hidup mereka, terutama pengalaman yang bersifat traumatik," katanya.

posting dr rozanizam

Perkongsian Dr Rozanizam di Facebook.

Sehubungan itu Dr Rozanizam yang juga penulis buku 'Psikologi Si Kecil' mengingatkan ibu bapa supaya berjaga-jaga dalam setiap perbuatan, pertuturan dan pendedahan kepada anak-anak.

"Kita tak mahu memahat kekal dalam ingatan mereka sesuatu yang memberi parut pada jiwa mereka.

"Alhamdulillah dengan sedikit psychological first aid (pertolongan cemas psikologi), dapatlah juga bawa dia keluar dari zon panik.

"Kalau tak, entahlah. Makan bawah meja ramai-ramailah agaknya," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

komen tercekik tulang ikan

Antara komen-komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman traumatik masing-masing.

"Anak saya pernah muntah-muntah teruk lepas makan oden. Sejak daripada tu muka dia berubah kalau dengar atau bau oden, dan tiba-tiba nak termuntah.

"Anak saya masa darjah lima tercekik ikan bilis yang letak dalam nasi goreng. Sampai sekarang kalau nasi goreng ada ikan bilis dia tak nak makan.

"Saya sampai sekarang tak makan karipap mini yang inti ikan. Trauma masa darjah dua terlekat tulang ikan. Dua hari menahan sakit. Akhirnya arwah ayah korek pakai tangan," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain